Saturday, March 12, 2011

Ini Dia Negara-Negara Yang Akan Diterjang Tsunami

Sejumlah negara telah memberikan peringatan kepada warganya berhubung dengan gempa 8,9 Skala Richter (SR) yang melanda Jepun, semalam.

Dahsyatnya kekuatan gempa tersebut telah menimbulkan gelombang tsunami yang juga menerjah negara-negara di Asia, Australia, bahkan Eropa.

Seperti diberitakan Reuters, Jumaat (11/3/2011), Kanada dan Amerika Syarikat, termasuk kepulauan Hawaii, sudah memberikan peringatan kepada warganya yang tinggal di pesisir yang berhadapan langsung dengan Laut Pasifik untuk berwaspada.

Demikian halnya dengan Mexico dan negara-negara di Amerika Selatan juga sudah diminta berjaga-jaga.

Kesan tsunami juga dirasakan warga di Rusia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua Nugini, Fiji, Panama, Honduras, Cile, Ekuador, Kolombia, dan Peru.

Pasukan Penjaga Pantai Taiwan langsung bergerak cepat mengosongkan warga di pesisir yang berpenduduk padat. Namun pihak berkuasa tempatan memberitahu gelombang yang sampai ke pantai sebelah utara Taiwan hanya setinggi 50 sentimeter.

Papua New Guinea juga sudah mengumumkan peringatan namun belum melakukan sebarang pemindahan penduduk. Kerajaan menyatakan gelombang laut tidak akan melebihi 1 meter.

Demikian halnya di Indonesia. Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisik (BMKG) mengumkan gelombang tsunami akan sampai ke wilayah timur Indonesia kira-kira pukul 18.35 WIB atau pukul 20.00 WIT. Ketinggian gelombang dianggarkan diantara 0.5 sampai 1 meter.

11 comments:
Write comments
  1. Baik kita berwaspada buat masa ini.

    ReplyDelete
  2. semua negara kena berwaspada dan bersedia untuk menghadapi bencana tersebut.

    ReplyDelete
  3. Hopefully there is not going to be another Tsunami.

    ReplyDelete
  4. Kita elak benda2 yang boleh dielak, buat persediaan awal dan agar ramai yang dapat diselamatkan.

    ReplyDelete
  5. Berdoalah, agar semua dijauhi oleh bencana ini.

    ReplyDelete
  6. walaupun dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi canggih, tapi masih belum cukup untuk menandingi kuasa alam. kita cuma mampu berdoa dan bersedia untuk mengelak..

    ReplyDelete
  7. Apa yang berlaku ini adalah duga untuk kita. maka kita haruslah sentiasa berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  8. sebaiknya jika kita sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti maklumat yang diberikan dari sumber yang berul.

    ReplyDelete
  9. Harap semua orang akan berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  10. Luckily, Malaysia tidak terkena.. Apapun semoga negara2 lain tidak kena tempias dengan teruk.. Kasihan Jepun..

    ReplyDelete
  11. Semoga apa yang terjadi menjadi penjagaran kepada negara2 lain terumatanya dalam kesan kuasa nuklear.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.