Monday, March 7, 2011

MCA Beli Undi, MP DAP Buat Laporan Polis

Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .

Dalam laporan polisnya itu, Sim berkata, dia bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak kekecohan, kata Sim, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi dan merupakan satu kesalahan melanggar peraturan pilihan raya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung. -mk

20 comments:
Write comments
  1. The MACC should investigate whether this is true or not.

    ReplyDelete
  2. Hope soon got result on this issue.

    ReplyDelete
  3. hal ini perlu disiasat untuk mengetahui kebenarannya.

    ReplyDelete
  4. biarlah pekara ini disiasat terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada ianya benar atau tidak.

    ReplyDelete
  5. Perkara ini dah menjadi darah daging kita semasa PRU apatah lagi di Sabah kalau nafikan pun kenyaan tangan dapat RM.Menteliti pengundi malaysia taraf rendah masih macam orang ulu lagi tak faham politik.

    ReplyDelete
  6. susah juga kalau ada pihak yang tidak dapat terima kekalahan ini. susah mahu faham dengan keadaan. Maka lebih baik terima saja dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  7. Isu ini da jd kes polis. jd biar la polis siasat perkara yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. The only way whether this allegation is true is by investigation.

    ReplyDelete
  9. I hope voters wouldn't accept the "money". If they did accept it, I hope they still vote based on who they really want to win regardless being given the money.

    ReplyDelete
  10. polis akan siasat perkara ini.

    ReplyDelete
  11. oo.. buktinya tiada.. konon sudah dipadam..

    ReplyDelete
  12. Siasat perkara ini, siapa2 yang didapati bersalah, walaupun dari parti MCA, harus mendapat hukuman.

    ReplyDelete
  13. Jangan lepaskan sesiapa yang bersalah, kerana kemungkinan besar beliau akan melakukan lagi kesalahan lain dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  14. Semoga perkara ini dapat disiasat sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  15. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan kes ini nanti.

    ReplyDelete
  16. DAP sepatutnya melaporkan kepada SPRM.

    ReplyDelete
  17. Hal ini perlu disiasat dahulu secara terperinci. Rasuah memang satu kesalahan yang besar!

    ReplyDelete
  18. Selalu macam inilah selepas pilihanraya..

    ReplyDelete
  19. Have the police investigate this case?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.