Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu parti-parti komponen BN 'melancarkan pertarungan besar-besaran” ke atas pembangkang.
Berucap pada konvensyen BN di Kuching, hari ini, Taib yang begitu berkobar-kobar berkata BN tidak seharusnya lagi menjadi sebegitu defensif dalam menangkis segala tohmahan pembangkang.
Dalam menghadapi pilihan raya negeri yang dijangkakan diadakan seawal bulan ini atau bulan depan, Taib mendakwa kerajaan BN Sarawak telah membawa pembangunan pesat dan kekayaan kepada negeri itu, yang kini dianggap antara yang termiskin di Malaysia.
"Siapa berani kata BN tak buat apa-apa untuk negara? Kenapa kita perlu defensif? Kenapa kita harus takut untuk bersuara? Kenapa tidak kita perang besar-besaran ke atas penipu dan pengecut?”
Ketua menteri yang bakal genap menyambut 30 tahun berkuasa di Sarawak pada bulan ini, kemudiannya mengimbas kejayaan BN, - termasuk mendakwa berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat negeri itu sebanyak 40 kali ganda sejak mencapai kemerdekaan.
Ikrarnya, kerajaan negeri mensasar untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Sarawak pada RM28,075 sekarang ini kepada lima kali ganda iaitu - RM100,000 pada 2030.
Bagi Taib, pertarungan BN dengan pembangkang adalah pertaungan politik realiti berlawan dengan politik persepsi.
Katanya, hakikat politik yang diamalkan oleh BN berjaya membawa pembangunan kepada rakyat tetapi politik persepsi oleh pembangkang menyebarkan propaganda dan membakar sentimen orang ramai.
Sebelum itu, Taib tiba pada konvensyen BN itu menaiki sebuah Roll Royce, dengan diiringi isternya yang berusia 28 tahun, Ragad Waleed Alkurdi.
Bercakap kepada wartwan selepas merasmikan Konvensyen BN Sarawak yang dihadiri 5,300 anggota dan penyokong parti komponen BN negeri, Taib, yang mencecah usia 75 tahun pada 21 Mei, berkata pilihan raya negeri ke-10 akan diadakan tidak lama lagi namun tidak menyatakan sebarang tarikh.
"Saya tidak tahu. Lagipun saya tidak akan beritahu anda (media)."
Tiga lagi parti komponen BN negeri ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). -MK
Pandai-pandailah rakyat mengundi parti yang betul.
ReplyDeletesarawak juga telah mencapai byk pembangunan dibawah BN. namun pembangkang menafikan hal ini.
ReplyDeleteRakyat harus bijak untuk memilih parti mana yang akan memerintah kerajaan. Rakyat jangan la mudah terpedaya dengan kenyataan yang tidak berasas.
ReplyDeleteteruskan usaha untuk membawa pembangunan. terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian.
ReplyDeleteRakyat kenalah bijak menilai. Undilah yang terbaik.
ReplyDeletePembangkang tidak perlulah memburukkan nama BN. Rakyat pandai-pandailah menilai sendiri.
ReplyDeleteRakyat yang bertanggung jawab memilih siapa yang terbaik untuk mereka. Jadi pilihan anda yang menentukan siapa yang bakal memimpin penduduk Sarawak nanti.
ReplyDeletekita perlu ingat, perubahan drastik dan cepat memang tidak mustahil untuk berlaku dan dialami dizaman sekarang ini. perubahan memang tidak lagi mustahil. BN mungkin boleh menang dan tidak mustahil juga boleh tumbang.
ReplyDeleteSarawakians should think twice before voting.
ReplyDeleteTerpulang kepada rakyat Sarawak.
ReplyDeleteTaib sudah lama memerintah Sarawak..
ReplyDeleteYour vote is your rights.
ReplyDelete