Saturday, March 12, 2011

Lebih 1,000 mati gempa bumi, tsunami Jepun



Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.

Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.

“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.

“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.

Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.

Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.

Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.

Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.

Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.

Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters

8 comments:
Write comments
  1. Berdoalah untuk mangsa Tsunami Jepun.

    ReplyDelete
  2. Let's pray to those who are affected in Japan.

    ReplyDelete
  3. Some 2,000 bodies have been found on two shores in Miyagi Prefecture following Friday's devastating earthquake and massive tsunami, as Japan struggles to grasp the whole picture of the disaster.

    Updated March 14, 2011 15:00:00

    ReplyDelete
  4. bencana ini amat dashyat. ia mengorbankan byk nyawa dan memusnahkan harta benda. semoga mangsa tsunami dpt bersemadi dgn aman.

    ReplyDelete
  5. takziah kepada keluarga manga Tsunami..

    ReplyDelete
  6. Taziah kepada keluarga mangsa terkorban. Harap penduduk yang lain akan berada dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete
  7. Memang dashyat sekali bencana yang melandan Jepun ini!

    ReplyDelete
  8. Bayangkan tiada rumah, kenderaan, lapangan terbang terbakar, bekalan makanan dan minuman bersih terhad, ditambah lagi dengan kesan radioaktif yang tersebar dan gegaran susulan yang masih belum 'selesai'. Harap ini akan jadi pengajaran dan kesyukuran kepada rakyat2 seluruh dunia yang tidak mengalami bencana alam yang serius.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.