Monday, June 23, 2008

Benarkah cermin gelap jimat minyak..?

Oleh kenyir44

" Pihak JPJ mesti memberikan kerjasama kepada pengguna jalanraya untuk memasang cermin gelap bagi membantu mengatasi kenaikan harga minyak.

Telah terbukti bahawa penggunaan minyak dapat dijimatkan dengan adanya pemasangan cermin gelap pada kenderaan awam. Kita mengettahui bahawa undang 2 JPJ melarang pemakaian cermin gelap.. Tetapi pihak Kerajaan tidak pernah mengambil kira kesan kepada penggunaan minyak. Apabila cermin gelap dipasang, penggunaan hawa dingin dapat dikurangkan dan seterusnya dapat mengurangkan pembaziran petrol.

JPJ perlu mengambilkira perkara berikut sebelum menyaman kenderaan cermin gelap;

1. Pemandu dan penumpang akan lebih selesa memandu dengan cermin gelap dinegerti yang panas seperti Malaysia seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.

2. Penjimatan minyak menerusi pengurangan penggunaan alat penghawa dingin.

3. Mengurangkan pencemaran ke atas alam sekitar.

4. Mengurangkan kemalangan.


Sebaliknya JPJ disarankan bertindak lebih efisien lagi ke atas perkara berikut;

1. Kenderaan yang membawa lebih muatan. Dalam banyak keadaan diperhatikan banyak kenderaan lebih muatan terbalik atau tercicir barangnya yang mengakibatk kemalangan maut ke atas pengguna jalan lain.

2. Kenderaan berat mestile mengikat barang yang dibawa dengan sempurna. Aku pernah menyaksikan trailer yang bawa spun pile (cerucuk binaan ) bertaburan di Plus H'way dekat Pedas. Aku pernah tengok CULVERT jatuh yang besarnya membolehkan kereta kancil lalu kat celah dia.

3. Kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan. JPJ tak gunakan akal. Tunggu aje kat jalan nak naik bukit dan tak payah bawak alat pun boleh saman.

4. Kenderaan yang tak ada lampu belakang, lampu brake, lampu signal.

5. Kenderaan yang modify dia punya ekzos hingga berlaku pencemaran bunyi dan asap.

6. Kenderaan yang tak boleh bergerak laju di lebuhraya membahayakan pengguna jalanraya lain.

7. Pemandu mabuk.

8. Dan banyak lagi.


JPJ seharusnya peka bahawa isu2 di atas adalah lebih perlu diambil perhatian berbanding cermin gelap. Negara jepun telah praktikkan cermin gelap tetapi mensyaratkan bahawa cermin depan (pemandu dan penumpang depan) perlu clear gelas (cermin terang).

Jadi JPJ diharap menggunakan akal lebih panjang dalam memastikan penggunaan jalanraya yang lebih selamat. Biarlah rakyat berjimat cermat dan memandu dengan selesa. Jangan jumudkan pemikiran itu."

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.