Saturday, June 14, 2008

Minyak Oh Minyak

Tak perlu tunggu sehingga bulan Ogos untuk mengetahui harga minyak yang baru…Wah terkejut saya bila mendengar berita malam tadi, tetiba minyak diumumkan naik hari esok (hari ini). Yang lebih terkejut tu harga naik mendadak….Petrol naik 78 sen menjadi RM2.70 dan Diesel naik RM1 menjadi RM2.50.




Selepas minyak, tarif elektrik pula akan diumumkan oleh kerajaan yang akan berkuat kuasa pada bulan Julai ni. Apa nak jadi ni….wa pun tak dapat nak fikir ni….

PETIKAN MALAYSIAKINI : Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.

Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Mendengar cakap-cakap dari orang ramai, kebanyakan dari mereka tak berpuas hati dengan kenaikan yang terlalu mendadak ini. Bila tengok forum-forum kat internet kebanyakan mereka menganggap ini satu penindasan yang amat sangat.

Sempat juga saya mendengar radio TKOfm. Memang hangat perbincangan yang berkaitan dengan minyak ni. Ramai yang mengatakan kerajaan BN (Barang Naik) menghadiahkan bonus istimewa kepada mereka yang mengundi UMNO dan BN. Hadiah yang pastinya akan menyusahkan rakyat termasuk aku ni..ho ho panas

Beberapa petikan daripada Tranungkite.net…:Pengumuman Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan tarif elektrik petang tadi jelas membuktikan bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang zalim dan bankrap idea untuk menjaga kebajikan rakyat.

Jelas sekali rakyat yang mengundi BN merupakan rakyat yang ‘bangang’ dan degil tidak mahu faham dengan hasrat Pakatan Rakyat (dulu BA dan DAP) yang membentuk kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat. Akhirnya kita semua akan menanggung kesengsaraan bukan sahaja harga minyak dan bil elektrik naik bahkan selepas ini harga barangan juga akan melambung naik.

Lagi…:Sah dalam akhbar semalam Datuk Shahrir cakap harga petrol mungkin naik bulan Ogos. Sah Menteri rambut putih tu menipu hangit!

2-3 hari lagi Sah!!!paling kurang pun 1 bulan Sah harga barangan keperluan juga akan melambung naik sesuai dengan kenaikan harga minyak dan Sah beban hidup kita selama ini akan makin bertambah.isu beras pun belum selesai & kini tak sampai sebulan kita dibebani lagi dengan kenaikan harga minyak yang akan menjanjikan kenaikan bukan saja barangan keperluan tetapi juga semua yang berkaitan.pengangkutan awam jangan kita lupa.pendek kata selepas hari ini,perbelanjaan kita akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 40% dari jumlah asal.

Ini bukan khabar angin tapi inilah yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.mana mungkin harga minyak naik tetapi harga barangan lain dapat dikekalkan sedangkan kos semuanya meningkat lebih-lebih lagi penghantaran.lojistik…

Apa lagi akal para menteri parti Barang Naik selepas ini.kita tidak menafikan kenaikan harga minyak dunia.itu kita faham,tetapi tidak adakah penyelesaian yang lebih baik untuk mengatasinya?mengikut kenyataan Shahrir sebelum ini,harga minyak dijangka naik pada bulan Ogos…praktikalnya ialah biarkan ianya berlaku pada bulan Ogos seperti yang dijelaskan terdahulu.yang naik tetap akan naik tetapi kerajaan seolah tidak memberi peluang untuk rakyat mengolah semula perbelanjaan harian dengan kenaikan yang begitu mendadak.

Akibat daripada pengumuman kenaikan harga minyak ini, stesen-stesen minyak di seluruh negara diserbu oleh orang ramai. Pastinya banyak stesen minyak yang sesak ni sehingga pukul 12 malam. Lihat video kesan daripada kenaikan harga minyak ni….wah sesaknya.

Apa komen anda dengan perkara ini, perkara yang telah menjadi masalah besar….??? Fikir-fikirkan lah.

Gua tak dapat fikir lagi…dah pening..peningggggggg.!!!!

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.