Wednesday, November 9, 2016

Trump presiden, Nurul harap saman DOJ tidak terjejas

Hobi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermain golf memenangi beliau seorang lagi sekutu yang cukup berkuasa di White House.

BBC melaporkan bahawa Donald Trump yang dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-45 hari ini "golfing buddy" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri memberitahu BBC bahawa Najib memiliki gambarnya bersama Trump di atas meja.

Dalam gambar itu, Trump menadatanganidengan dengan tulisan "untuk PM kegemaran saya", kata BBC dalam liputan secara langsung pilihan raya presiden itu.

Sebelum ini, Najib juga pernah bermain golf dengan presiden Barack Obama di Hawaii.

Ketika ditemui sebuah majlis di Kuala Lumpur selepas keputusan diumumkan, Najib berkata beliau mempunyai hubungan peribadi dengan Trump.

"Saya sendiri mengenali beliau secara peribadi dan beliau bukan asing bagi saya," katanya.

Agak bebas

Sementara itu di bangunan Parlimen, Nurul Izzah Anwar berkata beliau, berharap keputusan pemilihan presiden itu tidak akan memberi kesan terhadap saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) mengenai penyalahgunaan yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Kata Nurul yang adalah Naib Presiden PKR, Najib berjaya mengelak banyak perkara kerana kedudukannya.

"Terima kasih kepada penguasaan mutlaknya dalam kerajaan Malaysia, dan beberapa cabang demokrasi di negara ini," katanya ketika ditemui di Parlimen.

Untuk berlaku adil, Nurul Izzah yang adalah anggota parlimen Lembah Pantai berkata DOJ sentiasa bertindak dengan cara yang agak bebas.

"Saya berharap dan percaya kes DOJ tidak akan terjejas dengan Trump sebagai presiden," katanya ketika mengulas keputusan pemilihan presiden Amerika Syarikat.

Dokumen DOJ tidak menamakan Najib, tetapi disebut sebagai "Malaysian Official 1".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan kemudiannya mengesahkan bahawa "Malaysian Official 1" merujuk kepada Najib, tetapi menegaskan memandangkan Najib tidak dinamakan, maka DOJ tidak menyiasatnya.

DOJ bagaimanapun menamakan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz dan jutawan kelahiran Malaysia Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga Najib.

Najib menafikan dirinya menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan pihak berkuasa Malaysia membersihkannya daripada sebarang salah laku.

-MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.