Saturday, March 5, 2011

Program Bela Tanah Rakyat Sabah

"Isu tanah Sabah ini merupakan isu penting bagi rakyat Sabah. Rakyat Sabah yang dinafikan hak memiliki tanah dijemput untuk menyertai sebuah NGO baru yang dinamakan TABAH (Bela tanah rakyat Sabah).

Keahlian NGO TABAH ini dibuka dengan meluas tanpa mengira bangsa dan keturunan,asalkan mereka yang menyertai NGO ini adalah dari rakyat yang mahu memperjuangkan hak tanah rakyat Sabah yang dirampas tanah mereka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Presiden Tabah Hisammuddin Sulaiman mewakili AJK TABAH yang lain menjemput dan mempersilakan dengan hormat Dato/Datin/Tuan/Puan hadir ke majlis pelancaran NGO BELA TANAH RAKYAT SABAH (TABAH),yang akan dirasmikan oleh YB Salahuddin Ayub dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man pada 12 MAC 2011 bertempat di LIKAS SQUARE JAM 8 PG-5 PTG.

Antara isu besar tanah Sabah yang akan dibincangkan ialah isu pencerobohan,perampasan,penyelesaian isu NCR,FMU dan lain-lain.Semua rakyat Sabah yang mengalami masalah tanah dirampas dan seumpama dengan nya mesti hadir.

Pada hari dan tempat yang sama akan diadakan KONVENSYEN IKATAN ANAK SEMENANJUNG (IKHLAS)yang akan membincangkan isu kargo,epw/tiket percuma dan lain-lain isu berkaitan.Jadi guru-guru dan pekerja perkhidmatan awam yang berasal dari semenanjung jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan IKHLAS.
Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik YB/DATO/TUAN/UST/USTAZAH untuk menyumbang kewangan bagi menampung perbelanjaan program ini. NO AKAUN MAYBANK 560090001060 ATAS NAMA PAS KAWASAN KENINGAU, hubungi ust Satimen Bendahari TABAH DI NOM 014 8627073." "

Oleh: pro (tranungkite)

17 comments:
Write comments
  1. semoga TABAH dpt mempertahankan tanah rakyat sabah.

    ReplyDelete
  2. kalau pemimpin atau parti2 politik tidak mampu menyelesaikan masalah tanah rakyat, rakyat boleh beralih kepada pertubuhan ini..

    ReplyDelete
  3. isu-isu tanah yang berlaku memang memerlukan perhatian. tapi pastikan ia diperjuangkan dengan cara yang betul dan bukannya bermotifkan politik pula.

    ReplyDelete
  4. harap isu tanah yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan baik, seperti diharapkan oleh semua.

    ReplyDelete
  5. Pertahanlah tanah rakyat Sabah!

    ReplyDelete
  6. kalau boleh, program2 yang bertujuan untuk membantu rakyat tidak perlu minta bantuan rakyat tanggung perbelanjaan. kalau tidak mampu anjurkan program, jangan la buat. jangan tambahkan lagi kesusahan rakyat. lebih2 lagi jika tujuannya untuk kepentingan politik..

    ReplyDelete
  7. Semoga masalah tanah ini akan dapat ditangani oleh kerajaan. Para penduduk sekalian, semoga tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang. Biar lakukan tetangan secara aman.

    ReplyDelete
  8. Semoga dengan adanya NGO ini akan dapat membantu rakyat Sabah memperjuangkan hak tanah mereka.

    ReplyDelete
  9. Masalah tanah adalah antara masalah besar selain PATI di Sabah. Ramai penduduk asli Sabah mendakwa tanah mereka diceroboh. Maka kerajaan perlulah memperjelaskan apa masalah sebenarnya berlaku disini.

    ReplyDelete
  10. Jangan biarkan tanah di ambil oleh orang yang tidak sepatutnya. Jagalah tanah anda sebagaimana anda menjaga diri dan keluarga anda.

    ReplyDelete
  11. Bersama2 kita menjaga tanah agar kita tidak menjadi pengemis dibumi sendiri, satu hari nanti.

    ReplyDelete
  12. I hope this program will be a successful one.

    ReplyDelete
  13. I hope this program will defend the people land professionally.

    ReplyDelete
  14. kita mesti pertahankan hak2 kita.

    ReplyDelete
  15. Sabahan tidak akan terus berdiam-diri. Kita perlu mempertahankan hak dan tanah kita.

    ReplyDelete
  16. kau orang cakap merapu habuk tadak maksudnya tindakan kau oranglah.Boring forum bodoh nie tanpa ada visi

    ReplyDelete
  17. Tak salah kalau orang asli menghadiri majlis ini, boleh mengetahui lebih mendalam hak diri dan juga hak tanah masing-masing. Lain kali tidak lagi mudah dipengaruh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.