Wednesday, May 21, 2008

PR bangkitkan isu kemiskinan

Oleh pemudawilayah

"Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Isu kemiskinan, khususnya di luar bandar menjadi topik utama wakil Pakatan Rakyat apabila giliran Kementerian Luar Bandar mengambil bahagian penggulungan atas perbahasan titah ucapan diraja, di Dewan Rakyat, semalam.

Dato’ Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), ketika bangun memohon penjelasan, berkata terdapat jalan-jalan kampung yang tidak mempunyai kualiti terbaik ekoran wujudnya dakwaan yang mengatakan kontraktor tidak mengikut spesifikasi sebenarnya, yang menyebabkan kualiti jalan tersebut tidak terjamin dengan baik.

Sementara itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata kebanyakan projek-projek jalan raya akan melimpah ruah ketika musim pilihan raya, sedangkan tidak rancak jika tiada pilihan raya.

Justeru, beliau dalam nada berseloroh menyatakan kebimbangan sekiranya rakyat meminta wakil rakyat mereka meninggal dunia untuk mendapatkan projek-projek jalan raya di tempat mereka.

Bagaimanapun, Menteri Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyatakan bahawa kementeriannya akan membuat segala projek kebaikan rakyat secara menyeluruh.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) turut menimbulkan soal jalan-jalan di kampung yang sering rosak apabila dilanda banjir, dan meminta kerajaan menyatakan peruntukan dan pendekatan jangka panjang dan pendek.

Dalam jawapannya, Muhammad menegaskan pihaknya akan memberi ’service maintainance’ mengenai masalah tersebut.

Dalam pada itu, Dr Dzulkifli Ahmad (PAs-Kuala Selangor) membangkitkan soal kemiskinan tegar di kawasannya biarpun sudah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

“Dalam keadaan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan, wujud wajah dwi Malaysia iaitu negeri maju dan negeri tidak maju. Adakah kementerian mempunyai satu program yang benar-benar apat mengatasi masalah kemiskinan tegar ini?” soal beliau.

Muhammad ketika menjawap persoalan itu berkata kementeriannya hanya menyediakan ‘fizikal development’ seperti bekalan air, elektrik, dan jalan, bagaimanapun bagi program kesedaran dan sebagainya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dilakukan kementerian- kementerian lain. - mks.

"

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.