Monday, April 1, 2013

Pelacur Mati Ketika Seks Hidup Semula

SEORANG pelacur yang mati ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar dalam keranda dari sebuah hotel.

Kejadian berlaku di Hotel Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.
Bagaimanapun, ketika mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: “Kamu hendak membunuh saya?”

Orang ramai yang berkerumun untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia bangkit.

“Ia seperti dalam filem. Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib,” kata seorang saksi.
Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. (Mymetro)

Gambar Mukhriz Bersama Datuk Ridwan Jadi Tandatanya

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.....BERNAMA

Lelaki paling dikehendaki rapat dengan anak Mahathir

Mohon anak Mursyidul Am Umno/BN Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir bantu pihak polis untuk jejak dan tangkap individu yang paling dikhendaki kerana dipercayai menyalur bantuan dana kepada teroris Sulu yang menyerang dan menceroboh Lahad Datu.

Kerjasama anda amatlah rakyat alu-alukan...

Sebelum ini, media melaporkan, polis sedang mencari seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' untuk membantu siasatan dalam Ops Daulat.

BN rancang huru-hara 13 Mei?

PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) sedang merangka satu percaturan untuk menimbulkan huru-hara ala ‘Peristiwa 13 Mei’ sekiranya gagal mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, BN akan menggunakan sentimen tersebut untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

“Saya yakin ini yang sedang dirancang untuk membolehkan PRU diadakan menjelang 13 Mei untuk menyuntik satu jarum pemikiran ketakutan yang kemudiannya akan ada satu provokasi daripada BN yang sedang menaja kumpulan pengganas politik di negara ini untuk timbulkan huru-hara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Beliau percaya indikator itu boleh berlaku kerana melihat kerajaan sehingga sekarang masih belum membubarkan Parlimen, sebaliknya sengaja melengahkan tarikh PRU sehingga diadakan pada sekitar hujung April sehingga Mei ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, provokasi itu akan berlarutan sehingga rakyat dan ahli politik pembangkang dijadikan mangsa tahanan pihak berkuasa dengan merujuk kepada Operasi Lalang 1987.

“Saya percaya BN sedang rancang sesuatu untuk timbulkan huru-hara berasaskan beberapa keadaan politik apabila BN sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat seperti mana saya dimangsakan Ops Lalang 1987 iaitu isu ketegangan kaum pada waktu itu yang diketuai Najib Tun Razak (Umno) dan Datuk Lee Kim Sai (MCA).

“Walaupun Akta Keselamatan Negeri (ISA) sudah tiada, kali ini mereka akan gunakan apa saja undang-undang yang ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012),” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kewujudan konspirasi tersebut dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menghalang perkara itu terjadi.

“Saya sedia bekerjasama untuk menyelamatkan negara kita daripada terjebak dalam suasana yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat dan rakyat.

“Sekarang ni rakyat pelbagai kaum kena lebih berhati-hati dengan tindakan Umno-BN dan tidak terperangkap dengan adu domba politik yang akan merosakkan negara kita,” katanya. -FMT

Kumpulan Exist cipta lagu untuk Anwar Ibrahim?

LAGU terbaru bertajuk "pasti kau ingin" sebuah lagu berentak rock kini boleh ditonton melalui YouTube. Difahamkan lagu berentak rancak tersebut dicipta oleh Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi dari kumpulan Exist.

Suara penyanyi rasanya dinyanyikan oleh Joey, vokalist baru kumpulan Exist. Manakala drummer Ujang dan bassist Musa Radhi. Guitarist rasanya tentulah Along Exist, tapi gua tak nampak muka along dalam video klip ni. Gua cuma nampak Musa dan Ujang je.

Tapi jari runcing guitarist yang goreng gitar tu gua kenal, itu jari Along kah kah kah...

Video klip arahan Johan ini secara simbolik menyokong dan mengajak anak muda kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana sebuah lukisan grafiti memaparkan gambar beliau ketika muda terpapar di akhir video klip.

Nampaknya semakin ramai artis tanah air yang berani menonjolkan ideologi politik untuk menyokong selain Barisan Nasional. Zaman angguk dan patuh kepada parti penyebar video lucah, iaitu Umno dan Barisan Nasional sudah berlalu.



Berikut video yang dimaksudkan sila tonton, like dan sebarkan video klip ini kepada orang kampung, orang bandar, ayam, itek, lembu dan kambeng, sebelum macai gerombolan penyebar video lucah dislike video ini secara berjamaah kah kah kah...

Sumber:  MiLo SuaM"

Najib jumpa pemimpin parti komponen BN

Beberapa pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Difahamkan ia sebagai lanjutan kepada beberapa pertemuan antara Najib yang juga Pengerusi BN dengan semua pemimpin peringkat negeri yang bermula sejak minggu lepas bagi membincangkan soal calon yang akan bertanding pada pilihanraya umum ke-13 ini.

Pada sebelah pagi, Najib menemui Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebelum beliau mengadakan pertemuan dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong).

Kenderaan yang dinaiki Chua dilihat keluar daripada bangunan itu pada 10.40 pagi, namun usaha untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuan itu tidak berjaya.

Minggu lalu, Najib turut mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN negeri, meningkatkan lagi bahang pilihan raya yang semakin hampir. — Bernama

Seruan Dr Mahathir untuk rakyat Johor sia-sia

Kesian marilah berdoa untuk Dr Mahathir Mohamad, dia masih bercakap dalam luruh lama tanpa melihat kepada realiti semasa. Beliau telah terlupa era politik hari ini bukan lagi di zaman kerajaan 2M selepas kerajaan 1M1G atau kerajaan 1M1A atau 1M1A (sekali lagi). Era sekarang ini ialah era Umno dibawa 1N1M.

Kerana keterlupaan itu mungkin disebabkan nyanyuk, semasa di Johor beliau menasihat rakyat negeri itu agar tidak menyerahkan Johor kepada Pakatan Rakyat. Dia mahukan Johor kekal sebagai negeri fixed deposit kepada UBN. Mungkin Ahmad Maslan memberi gambaran silap kepada Dr Mahathir. Dan kejadian memberi gambaran silap atau disengajakan ini juga biasa dalam dunia politik.

Saya tiak dapat pasti sudah berapa lama beliau tidak jejak kaki ke Johor Baru? Yang pastinya sebaik Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri setahun selepas itu dia keluar dari Umno. Sebagai bukan ahli Umno Dr Mahathir tidak berhak untuk berada atau menghadiri majlis Umno di Johor kecualilah untuk pekena rojok Singapura di Johor Baru.

Atau apakah sebaik saja meninggalkan Putrajaya kerana terpaksa, apabila ditekan arus reformasi ekoran tindakan mernyingkirkan Anwar Ibrahim, beliau terus menyepikan diri untuk melihat perkembangan politik mutakhir di Johor. Lantaran itu Dr Mahathir masih beranggapan Johor masih kubu kuat Umno. Johor masih seperti Johor di era Umno dibawah pimpinan 2M; Mahathir-Musa.

Elok kalau Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang sudah tentu beliau meyimpan banyak klik video mengenai kegiatan parti politik di Johor dalam setahun dua ini. Sudah pasti ada rakaman gambar majlis politik anjuran Pakatan Rakyat; mengenai kunjungan Niik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim ke Johor.

Klik video atau gambar sambutan masyarakat Johor terhadap majlis-majlis itu boleh dijadikan sumber pencerahan kepada Dr Mahathir untuk beliau tidak terus berilusi atau syok sendiri mengenai Umno Johor yang masih dianggap kubu kuat Umno. Kita tidak mahu Dr Mahathir terkejut dengan realiti yang berlaku di Johor yang boleh menyebabkan dia lemah jantung.

Ceritakan juga macam mana suhu atau pun semangat orang Melayu Johor bingkas tatkala Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pulang ke Johor. Kepulangan Salahuddin disambut baik dan dianggap oleh orang Melayu Johor pulangnya si pertapa untuk berbakti di negeri sendiri. Kekosongan tokoh pembangkang di Johor selama ini terpenuhi dengan kepulangan Salahuddin. Bahawa ada kejutan politik luar biasa di Johor sejak ke belakangan ini.

Kepulangan Salahuddin benar-benar memberi semangat dan rangsangan kepada orang Melayu Johor. Kombinasi Salahuddin bersama Pesuruhjaya PAS Johor Mahfuz Omar dan juga pemimpin aktivis PAS Mazlan Aliman serta Ketua Pemuda Suhaizat Kayat dan lain-lain menjadikan Umno tidak boleh tidur malam seperti dahulu. Tiba-tiba saja majlis-majlis anjuran PAS dan juga parti Pakatan lain meledak. Era sekarang ini bukan lagi era Umno boleh tidur nyanyak.

Ketakutan Umno kepada kehadiran mereka ini serta kebangkitan semangat PAS tidak dapat dilindungkan dan ianya terbukti apabila Umno berada dalam keadaan desparate di mana tergamak mengambil tindakan politik ala samseng menghalang ceramah PAS dan Pakatan. Bendera PAS, PKR dan DAP satu masa diturun dan diconteng dengan cat.

Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat atau kunjungan Anwar Ibrahim dalam acara jelajah kemerdekaan diganggu dan dihalang. Contohnya semasa di Semberong kawasan Hishamuddin Hussein, kereta Anwar dibaling batu, telor busuk di balik ke pentas ceramah. Semua itu memberi petunjuk bahawa Umno di dalam keadaan tertekan. Dr Mahathir seharusnya mengarifi perkembangan ini semua. Apa dinamakan kubu Umno di Johor sudah pun retak dan kini menunggu masa saja untuk menanti belah. Dr Mahathir sendiri sudah tidak ada kekuatan dan hilang kuasa keramat untuk membendungnya.

Makanya laungan dan seruan Dr Mahathir agar rakyat Johor tolak pembangkang (PR) sudah tidak bererti lagi. Ia sudah pun terlambat. Kalau ibarat hendak menandak air, air sudah pun melimpahi tebing empangan, dan bibir empangan sudah pun pecah. Kedatangan Dr Mahathir itu juga atas ilusi dia merasakan dia masih disanjung dan pandangannya dihormati.

Politik Dr Mahathir yang memburuk-buruk dan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi. Ia tidak diterima pakai lagi oleh golongan muda hari ini. Mungkin kempen fitnah dan memrendahkan wibawa Lim Kit Siang dan Anwar itu valid di zaman dia tetapi tidak waktu ini. Makin dia memburukkan lawan, kebencian tertompok-tompok pada dirinya.

Sebenarnya kedatangan Dr Mahathir ke Johor tidak membantu apa-apa kepada Umno Johor. Orang Johor mengerti apa yang Dr Mahathir lakukan ke atas Johor semasa dia berkuasa dahulu. Johor tidak diberi kuasa mutlak untuk merancang pembangunan negerinya sendiri. Johor adalah satu-satunya negeri dibawah Umno yang pembangunannya diuruskan oleh kerajaan Pusat. Dr Mahathir sendiri semasa menjadi PM dia juga merangkap menjadi Menteri Besar Johor.

Jadi kalau hari ini dia ke Johor untuk menyuruh dan memaksa rakyat Johor tolak pembangkang adalah kerja sia-sia sahaja. Rakyat Johor tidak melihat keikhlasan Dr Mahathir untuk membela dan menyelamatkan bumi Johor dimiliki warga asing tetapi lebih kepada untuk mencapai hasrat peribadinya.

Dalam politik gerhana menimpa Umno kini Dr Mahathir ada ada dua cita-cita atau nawaitu besar dari penglibatannya itu. Pertama dia mahukan Muhyiddin Yassin menadi Perdana Menteri secepat mungkin yang boleh. Lantaran itu dia mahu pastikan Umno Johor kuat kerana kekuatan itu beliau hendak sangkutkan kepada Muhyiddin. Dalam masa sama dia lupa bahawa sebahagian Umno Johor tidak suka dengan Muhyiddin kerana masih ingat dosa dan noda Muhyiddin menjual tanah Johor Baru kepada rakat Singapura atas masalah pembangunan.

Kenapa Dr Mahathir menjaga dan memelihara Muhyiddin ialah dengan harapan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri. Kenapa beliau perlukan sangat Muhyiddin menjadi PM, jawabnya seperti yang sudah tercoret sebelum ini kerana dia mahu anaknya Mukhriz pula selepas akan akan mewarisi jawatan itu. Untuk meletakkan anaknya di kerusi itu maka beliau kena membina jambatan dan pagar yang cukup kuat bagi Mukhriz. Itulah rahsia.

Maksud jauh dari itu kenapa dia memerlukan pewaris politik ialah untuk menjaga keselamatan dirinya sendiri kerana jikalau anaknya menjadi PM kebusukan yang sedang dikendung kini akan terselamat dan terus terlindung.

Jadi mengenai seruan Dr Mahathir agar rakyat kekalkan Johor sebagai kubu BN tidak akan berhasil. Orang ramai akan mendengar apa yang Dr Mahathir pohonkan tetapi orang ramai tidak akan sedia melaksanakan kerana mereka memahami sangat apa yang Dr Mahathir sumbangkan untuk Johor.

Dosa-dosa Dr Mahathir ke atas Johor yang tidak memberikan kebebasan untuk melakar plan pembangunan semasa dia jadi PM selama 22 tahun tidak akan tertebus dengan muslihat dia menjual Muhyiddin menjadi PM. Apa lagi kerja menjual Muhyiddin itu dilakukan Dr Mahathir umpama sambil menyelam minum air. Dr Mahathir tidak pernah tidak memikirkan kepentingan dan laba politiknya dari setiap tindak tanduk atau pun penglibatannya dalam politik Umno.

— msomelayu.blogspot.com

Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR dedah pengalaman

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.

Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.

Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.

Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, strategi lama yang pernah digunakan Umno dan BN diulang semula sekarang dengan melemparkan tomahan kepada Pakatan.

“Sedangkan berdasar kepada maklumat yang kami dapat dua minggu lepas beberapa NGO Umno mengadakan perjumpaan di sini difahamkan ada kaitan sabotaj perjalanan pilihan raya.

“Malah perjumpaan itu diadakan di seluruh negara bagi memastikan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan Putrajaya habis-habisan menjadi realiti,” katanya di sini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mendakwa pihaknya mengesan beberapa rancangan jahat parti politik tertentu bagi mengganggu PRU 13 termasuk mencetus ketegangan dengan pegawai SPR.

Menurutnya, pihak terbabit juga dikatakan akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.

Sebelum ini Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan ada pihak keluar masuk kampung memperalat penduduk mengenai penggunaan dakwat kekal.

Wan Nik berkata, usaha mensabotaj pengundi menggunakan dakwat hanya mampu dilakukan pihak yang ada kuasa bagi melindungi kegiatan mereka.

“Tidak masuk akal Pakatan yang tidak ada kuasa boleh melakukan perbuatan itu. Sedangkan apa diperjuangkan Pakatan melalui Bersih bagi mewujudkan pilihan raya yang adil.

“Kami mengikut segala lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan. Nampak sangatlah mereka kelam kabut sekarang. Perancangan dan agenda mereka sudah diketahui ramai,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap badan-badan pemantau pilihan raya dan pemerhati bebas memastikan komplot jahat tersebut dapat dibongkar.

“Kami juga sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak berkuasa lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama,” katanya. -HD

Lahad Datu: seorang polis, 7 warga Filipina didakwa

Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.

Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.

Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh.

- Bernama

3 SIRI TANGKAPAN telah dilakukan terhadap MAHASISWA!

Dalam tempoh dua minggu, TIGA SIRI TANGKAPAN telah dilakukan pihak polis terhadap MAHASISWA!

Siri Tangkapan Pertama : Tiga mahasiswa ditahan di hadapan RTM Angkasapuri ketika berhimpun bagi menuntut jawapan RTM berhubung penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri 22 Mac 2013 setelah surat jemputan dihantar lebih dua minggu.

Siri Tangkapan Kedua : Lima penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ( tiga siswa, dua siswi) ditahan pihak polis ketika mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah di sekitar Labuan pada 24 Mac 2013.

Siri Tangkapan Ketiga : Lima mahasiswa ditahan di Putrajaya pada 31 Mac 2013 kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn - TOLAK.



Sumber FB Berita Universiti

Siapa Yang Akan Berkubur Di Johor?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.

"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.

Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat BN di Johor.

Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.

Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.

"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.

Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.

"Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri," katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.

Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.

"Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.

Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.

Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.

-Bernama