Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.
Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.
Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh.
- Bernama
Monday, April 1, 2013
Lahad Datu: seorang polis, 7 warga Filipina didakwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Datuk Seri Najib Razak will visit Sabah soon to express his deep appreciation for the sacrifices made by the security forces in defending the country’s sovereignty by thwarting the intrusion of Sulu terrorists.
ReplyDeleteHome Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said the prime minister would also extend his appreciation to stakeholders involved.
ReplyDelete“The prime minister was touched by the contributions and sacrifices made by all quarters, particularly the security forces as well as stakeholders in resolving the Lahad Datu intrusion,” Hishammuddin said.
Present were Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, who is also Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) chairman and Sabah Immigration director Datuk Mohammad Mentek who is also the newly appointed Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) director.
ReplyDeleteHishammuddin said the setting up of ESSZONE covering 10 districts as a legal basis for ESSCOM must be clarified to avoid confusion on the areas covered.
ReplyDeleteThe 10 districts are Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau.
Welcoming the appointment of Mohammad Mentek as ESSCOM director, Hishammuddin said this was in line with the government’s plan to make ESSCOM’s implementation a success.
ReplyDeleteOn Sabah’s security, he said the situation was returning to normal with the exception of several villages where mopping up operations were continuing and expected to end soon.
ReplyDeleteIn this regard, he said the establishment of ESSCOM showed the government’s commitment in ensuring the safety of the people of Sabah.
ReplyDelete“Actually, the threats cooked up by certain quarters are unfounded. I hope the people can learn from what we went through for the past few weeks over attempts by certain quarters to exploit the situation to intimidate Sabahans,” he said.
ReplyDeleteHishammuddin said there was no declaration of emergency and curtailment of the 13th general election with the setting up of ESSZONE.
ReplyDeleteMeanwhile, Musa, who also welcomed the appointment of Mohammad Mentek as ESSCOM director, described it as timely and urged all quarters to give the latter the support needed.
ReplyDeleteShame on the police.
ReplyDeleteMemang tak disangka polis malaysia turut terlibat sama.
ReplyDeleteThe detainees should be charged in decent ways.
ReplyDeleteJustice.
ReplyDeleteParlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.
ReplyDeleteIni berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.
ReplyDeletejika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR
ReplyDeletePerdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.
ReplyDeleteBeberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
ReplyDeleteTempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.
ReplyDeletekenakan hukuman berat pada mereka
ReplyDelete