Beberapa pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.
Difahamkan ia sebagai lanjutan kepada beberapa pertemuan antara Najib yang juga Pengerusi BN dengan semua pemimpin peringkat negeri yang bermula sejak minggu lepas bagi membincangkan soal calon yang akan bertanding pada pilihanraya umum ke-13 ini.
Pada sebelah pagi, Najib menemui Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebelum beliau mengadakan pertemuan dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong).
Kenderaan yang dinaiki Chua dilihat keluar daripada bangunan itu pada 10.40 pagi, namun usaha untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuan itu tidak berjaya.
Minggu lalu, Najib turut mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN negeri, meningkatkan lagi bahang pilihan raya yang semakin hampir. — Bernama
Monday, April 1, 2013
Najib jumpa pemimpin parti komponen BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In a sign that even deputy prime minister Muhyiddin Yassin is frustrated with prime minister Najib Razak's refusal to call for election, the former has pre-empted Najib's announcement by saying that parliament would be dissolved before its expiry this month end.
ReplyDelete"I do not think the prime minister will wait the full five years before dissolving Parliament. Elections will be held in the next few weeks this April,” Muhyiddin was quoted as saying.
ReplyDeleteLast week, MCA’s daily The Star reported that parliament could only be dissolved in mid-April, after Najib's return from umrah (lesser pilgrimage).
ReplyDeleteMuhyiddin also seems to concur with widespread disquiet over the unprecedented delay in calling for election.
“Election won’t be long... I know the people say they have been waiting; they’re tired of waiting. But I am confident they who have been waiting for so long are impatient to mark a cross for Barisan Nasional,” said Muhyiddin, who is widely tipped to replace Najib in the event of another weak victory for BN.
ReplyDeleteMeanwhile, PAS secretary general Mustafa Ali urged Pakatan Rakyat’s election machinery to stop focusing on election date, saying it could be a ploy to divert people’s attention while allowing time for BN to 'copy' the coalition’s popular manifesto ahead of the dissolution.
ReplyDeleteSemua persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), antaranya dari segi logistik, penyediaan premis dan pemilihan petugas kini berada pada tahap lebih 90 peratus siap.
ReplyDeletePengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya kini hanya menunggu pembubaran Parlimen dan selepas penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian, baki persiapan PRU akan disiapkan sepenuhnya. "...Semua telah disediakan, termasuk undang-undang juga yang perlu dipinda, borang-borang, kemudahan ICT... pegawai-pegawai, petugas-petugas telah dikenal pasti, dilatih, diberi taklimat dan diberi latihan amal.
ReplyDeletePada majlis itu, beliau turut menyerahkan watikah pelantikan pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan pegawai penolong pengurus pilihan raya bagi Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Berpuas hati dengan segala persediaan setakat ini, Aziz berharap segala persediaan dan pembaharuan yang dilakukan, digunakan pengundi, pemimpin parti dan calon-calon sebaik mungkin, seterusnya memastikan PRU-13 berjalan dengan baik.
ReplyDelete"Saya berani jamin, PRU-13 ini tidak akan jadi yang terkotor, SPR telah berusaha sedaya upaya supaya PRU ini berjalan dengan bersih dan tidak banyak kesilapan, kita dah buat latihan berulang, perancangan yang lama dengan peralatan lengkap, mengadakan tempat mengundi yang cukup dan pindaan kepada undang-undang, peraturan dan borang, begitu juga memberi peluang mengundi kepada semua orang," katanya.
ReplyDeleteMenyifatkan jumlah itu sebagai tidak memuaskan, beliau berkata daripada permohonan itu, sebanyak 713 ditolak kerana tidak layak antaranya disebabkan pemohon tidak berdaftar sebagai pengundi dan pengundi tidak cukup umur.
ReplyDeleteDalam perkembangan lain, beliau berkata dakwat kekal yang akan digunakan pada hari pengundian, akan diedarkan kepada negeri-negeri pada hari pembubaran Parlimen.
ReplyDelete"Sebanyak 10,000 botol untuk undi awal, 200,000 botol untuk undi biasa...ketahanan dakwat kekal ini berbeza, untuk undi awal lebih lama dan warna botolnya pun lain," katanya.
Persediaan PRU pastinya sudah lengkap sekarang.harap PRU dilaksanakan segera.
ReplyDeletePakatan Pembangkang Masih Jauh Tertinggal Untuk Bersaing Dengan BN
ReplyDeletePARIT, 2 April – Pakatan pembangkang masih jauh lagi tertinggal dan perlu banyak belajar malah tidak layak pun bersaing dengan Barisan Nasional (BN) dalam soal membentuk satu persefahaman yang jitu dan tulen sebagaimana yang dibuktikan BN lebih 50 tahun, demikian pandangan Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria.
Oleh kerana itu tegas beliau tidak hairan jika sehingga kini pakatan pembangkang bukan sahaja tiada persefahaman malah tidak berani pun untuk mendaftarkan gabungan mereka ini.
“Sejak mereka berpakat untuk bergabung, sehingga kini mereka masih bernaung di bawah logo masing-masing.
“Tidak seperti Barisan Nasional (BN). Kita mempunyai 14 parti komponen tapi apabila menjelang PRU, kita hanya menggunakan satu lambang iaitu BN. Tidak ada UMNO, MIC atau MCA. Hanya satu,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi, sudahlah tidak mampu untuk mencapai kata sepakat bergabung secara sah, soal calon di PRU-13 juga masih tidak mampu mereka tangani termasuklah siapakah yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya di PRU-13 nanti.
“DAP sekejap cakap nak lantik calon dari parti mereka, kemudian mereka kata mahu lantik Anwar, PKR sudah pastilah mahu melantik Anwar tetapi Pas tetap mahu melantik Hadi Awang sebagai PM. Siapakah sebenarnya yang mereka mahu nobatkan sebagai Perdana Menteri…
“Jika dilihat, terlalu banyak perkara yang jelas terbukti menunjukkan tiada persefahaman antara ketiga-tiga parti ini. Belum lagi kita senaraikan berkenaan isu seperti isu kalimah Allah, isu arak dan hudud. Pas cakap lain, DAP akan bidas lain. Terbaru isu jawatan Menteri Besar Selangor pula menjadi rebutan.
“Jika begini sikap yang ditunjukkan oleh pakatan pembangkang, rakyat harus membuka mata dan menilai adakah layak pakatan pembangkang diberi mandat untuk menjadi kerajaan. Pakatan pembangkang tiada elemen persefahaman yang sama dalam memperjuangkan agenda mereka kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri,” jelasnya lagi.
Terang Nizar, pakatan pembangkang seharusnya belajar daripada BN bagaimana untuk bersepakat kerana BN telah terbukti sentiasa mempunyai satu matlamat.
“Ada 14 komponen mampu bernaung di bawah satu suara tetapi pembangkang hanya mempunyai tiga parti tetapi tidak mampu untuk bersepakat dalam banyak hal.
“Hanya satu yang mereka sepakat iaitu dalam agenda menjatuhkan UMNO. Tetapi dalam soal kerja, kebajikan rakyat dan pentadbiran, semuanya huru hara. Jelas terbukti mereka tidak layak menjadi ‘nakhoda’ di negara ini,” terang Nizar.
BN AKAN SEKALI LAGI MEBULNGI SEJARAH KEMENANGAN UNTUK GE 13 INI!
Pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Selangor atau Perak tidak akan menggugat Barisan Nasional (BN) meneruskan perjuangan merampas Selangor.
ReplyDeleteKoordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, pihaknya mendapat sokongan penuh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengarah Pilihan Raya BN Selangor untuk mencapai matlamat mereka itu.
ReplyDelete“Soal sama ada ia menggugat (BN) atau tidak, ia tidak timbul kerana kita ada di bawah naungan Perdana Menteri yang mengurus pilihan raya di Selangor,” katanya ketika diminta mengulas berhubung pengumuman Anwar yang tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
ReplyDelete
ReplyDeleteMohd Zin berkata, pihaknya tiada masalah jika Anwar mahu bertanding kerusi Parlimen di Selangor dan BN sentiasa bersiap sedia untuk ‘berperang’ dengan Ketua Umum PKR itu.
“Itu hak Anwar mahu bertanding di mana. Kita sedia berdepan dengan beliau di mana saja dia bertanding,” katanya.
ReplyDeleteNampaknya deringan untuk pilihanraya bakal berdentum.
ReplyDeleteGE is around the clock now.
ReplyDeleteLots of people are waiting for this.
ReplyDeleteElection is getting nearer and nearer.
ReplyDeleteTunggu pengumuman selanjutnya.
ReplyDeleteMaknanya ada sesuatu akan berlaku la tu.
ReplyDeleteI just hope any problem will be solved.
ReplyDeleteSeat allocations should be fair.
ReplyDeleteMesti serata.
ReplyDeleteKini pembangkang semakin lantang bersuara.
ReplyDeletesemua parti komponan BN harus bersatu dan bekerja keras
ReplyDelete