Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.
"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat BN di Johor.
Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.
Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.
"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.
Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.
"Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri," katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.
Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
"Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.
Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.
Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.
-Bernama
Monday, April 1, 2013
Siapa Yang Akan Berkubur Di Johor?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi ‘kubur’ kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.
ReplyDeleteBeliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
ReplyDelete“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.
ReplyDelete“Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya
ReplyDeletePenasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
ReplyDeleteFenomena tsunami politik 2008 tidak wujud lagi malah masyarakat kini melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pakatan Pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
ReplyDeleteRespons tersebut diterima Hasan berdasarkan pemerhatian dan maklum balas daripada akar umbi sepanjang menjelajah ke seluruh negeri selepas dipecat dari parti pada Januari tahun lalu.
ReplyDelete“Imej pakatan pembangkang di sesetengah tempat termasuk kubu kuat mereka menerima respons begitu mendukacitakan termasuklah sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sendiri.
ReplyDelete“Terlalu banyak isu besar yang menjadikan masyarakat umum dan pengundi khasnya tidak dapat menerima penjelasan dan justifikasi yang cuba dikemukakan pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.
ReplyDeletemenurut Hasan, kerja keras dan pembaharuan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil kira sebagai satu lonjakan sokongan kepada BN.
ReplyDeleteAdakah LKS akan menang di Johor?
ReplyDeleteBerjayakah Manifesto menambat hati rakyat?
ReplyDeleteSerahkan kepada rakyat di Johor untuk menentukan siapakah kerajaan untuk rakyat Johor.
ReplyDeleteMungkin satu era baru di Johor.
ReplyDeleteSatu pertarungan yang hebat akan dilangsungkan.
ReplyDeleteorang-orang di Gelang Patah dan Parlimen serta DUN lain di Johor tidak akan membenar dan merelakan kawasan mereka ini menjadi "brand negatif" kepada rakyat Malaysia yang lain seperti yang telah terjadi kepada beberapa kawasan Palimen contohnya di Ipoh Timur, Permatang Pauh, Bukit Gantang dan lain-lain yang selalu diwakili oleh Ahli Parlimen yang bermasalah baik dari segi moral ataupun nilai yang ada dalam diri mereka.
ReplyDeleteHasrat pakatan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak akan tercapai dan hanya tinggal angan-angan jika mereka hanya meletakkan harapan untuk memenangi Parlimen Gelang Patah.
ReplyDeleteMalahan harapan itu dianggap satu cubaan “bunuh diri" pembangkang di negeri yang sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) termasuk di Gelang Patah.
ReplyDeleteKetua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, walaupun pembangkang meletakkan ahli politik veteran dan popular seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di kawasan itu, ia bukan jaminan bahawa mereka mampu menawan seluruh Johor.
ReplyDelete"Saya rasa menawan Parlimen Gelang Patah tidak akan membuktikan bahawa pembangkang telah menawan Johor. Ini merupakan strategi pakatan pembangkang untuk menarik perhatian pengundi Cina di kawasan itu sahaja dengan meletakkan calon-calon popular,’’ katanya.
ReplyDeleteGelang Patah kini mempunyai hampir 100,000 pengundi dengan 54 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Cina, 35 peratus Melayu dan selebihnya India dan kaum-kaum lain. Parlimen itu mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Nusajaya dan Skudai.
ReplyDeleteDr. Mohamed Mustafa menambah, walaupun pembangkang meletakkan calon popular khususnya dalam kalangan kaum Cina, tetapi beliau yakin BN mempunyai strategi dan formula yang baik untuk berhadapan dengan calon tersebut pada PRU-13 nanti.
ReplyDeletekita tunggu dan lihat.
ReplyDelete