Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.
Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.
Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.
Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, strategi lama yang pernah digunakan Umno dan BN diulang semula sekarang dengan melemparkan tomahan kepada Pakatan.
“Sedangkan berdasar kepada maklumat yang kami dapat dua minggu lepas beberapa NGO Umno mengadakan perjumpaan di sini difahamkan ada kaitan sabotaj perjalanan pilihan raya.
“Malah perjumpaan itu diadakan di seluruh negara bagi memastikan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan Putrajaya habis-habisan menjadi realiti,” katanya di sini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mendakwa pihaknya mengesan beberapa rancangan jahat parti politik tertentu bagi mengganggu PRU 13 termasuk mencetus ketegangan dengan pegawai SPR.
Menurutnya, pihak terbabit juga dikatakan akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.
Sebelum ini Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan ada pihak keluar masuk kampung memperalat penduduk mengenai penggunaan dakwat kekal.
Wan Nik berkata, usaha mensabotaj pengundi menggunakan dakwat hanya mampu dilakukan pihak yang ada kuasa bagi melindungi kegiatan mereka.
“Tidak masuk akal Pakatan yang tidak ada kuasa boleh melakukan perbuatan itu. Sedangkan apa diperjuangkan Pakatan melalui Bersih bagi mewujudkan pilihan raya yang adil.
“Kami mengikut segala lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan. Nampak sangatlah mereka kelam kabut sekarang. Perancangan dan agenda mereka sudah diketahui ramai,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap badan-badan pemantau pilihan raya dan pemerhati bebas memastikan komplot jahat tersebut dapat dibongkar.
“Kami juga sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak berkuasa lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama,” katanya. -HD
Monday, April 1, 2013
Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR dedah pengalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DILAKNAT allah lah kamu
ReplyDeleteKetua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyangkal dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya akan berlaku tsunami politik di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan memudahkan laluan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
ReplyDeleteBeliau berkata, majoriti rakyat Sabah terutama golongan belia menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
ReplyDelete"Dakwaan terbaru ini menunjukkan Anwar benar-benar mahu merasai kerusi Putrajaya dan mempunyai keinginan menjadi pemimpin nombor satu negara, tetapi kita dalam pimpinan BN tidak sekali-kali terjejas atau gentar dengan gimik politik ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Puteri Umno Malaysia di Bangunan Umno, dekat sini hari ini.
ReplyDeleteSambil menyifatkannya sebagai politik murahan pembangkang, beliau mengingatkan rakyat supaya mengimbas pembohongan Anwar pada 16 September 2008 yang mendakwa pihaknya mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru peringkat Persekutuan, tetapi ternyata tidak benar.
ReplyDeleteMengenai kempen pakatan pembangkang kononnya kerusi Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran dalam genggaman mereka, Rosnah yakin BN mampu mempertahankan ketiga-tiga kerusi itu pada pilihan raya umum yang akan datang.
ReplyDeleteTuduhan yang harus dikenal pasti terlebih dahulu.
ReplyDeleteBiarlah rakyat sendiri menilaikannya.
ReplyDeleteLets see whether BN will still lead in coming election?
ReplyDeleteSPR harus kemas kini dan memastikan PRU yang lebih bersih dan adil.
ReplyDeleteDemi mengukuhkan kuasa, mereka sanggup buat apa juga.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara rakyat itu dapat dinilai secara adil. Untuk itu, SPR telah memperkenalkan tiga inisiatif untuk memastikan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan dengan bebas dan adil.
ReplyDeletePertamanya, SPR telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan senarai pemilih yang berdaftar tepat serta sentiasa dikemaskini agar tidak timbul soal penipuan dan pengundi hantu. Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam senarai undi yang telah didaftarkan.
ReplyDeleteKeduanya, SPR juga telah mula membenarkan undi pos kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan satu sejarah baru di negara kita. Ini antara lain memberi kelayakan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dari Australia dan United Kingdom hinggalah ke China serta Qatar untuk mengundi. Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal.
ReplyDeleteKetiga, penggunaan dakwat kekal juga diperkenalkan untuk mereka yang keluar mengundi. Dakwat kekal itu diperkenalkan bagi membezakan mereka yang telah keluar mengundi mahupun yang masih belum melakukannya bagi mengelakkan undi berganda.
ReplyDeleteKesemua insiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
ReplyDeleteIkrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
ReplyDeleteCalon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.
ReplyDeleteDi bawah seksyen 'Maklumat Lanjut', selepas ayat - 'Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya ini kerana:' Najib menulis "Saya percaya sebagai pemimpin BN saya perlu memberikan teladan yang baik. Hanya calon yang dianggap telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil akan membawa kepada sebuah kerajaan yang amanah, dihormati oleh rakyat".
ReplyDeleteIkrar itu menetapkan calon perlu mematuhi prinsip benar, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah, atau terlibat dalam mana-mana amalan rasuah.
ReplyDeleteCalon juga perlu mendukung dan mengutamakan kepentingan rakyat secara menyeluruh, mengamalkan tadbir urus baik dan ketelusan; dan mematuhi undang-undang dan peraturan Malaysia.
ReplyDeleteMenurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri berkata sebaik sahaja nama calon-calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon akan menandatangani ikrar itu.
ReplyDelete"Calon-calon Barisan Nasional dan parti komponennya telah melalui proses semakan dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kini sewajarnya mereka menunjukkan komitmen mereka bagi pilihan raya yang bersih dan adil dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya.
ReplyDelete"Tanggungjawab memenuhi ketetapan ikrar ini terletak dengan langkah menandatangani ikrar ini dan adalah merupakan hak mutlak semua rakyat Malaysia untuk memastikan mereka berpegang kepada ikrar ini.
ReplyDelete