Wednesday, May 1, 2013

36,000 Pengundi Ragu Diterbangkan Dari Sabah ke Selangor

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.

Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.

Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.

“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.

“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.

30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.

Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.

“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.

Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.

SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.

“Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini,” tegas Jaafar. -HD

Hapuskan TOL Yang Merompak Rakyat Untuk Suap Kroni!

Di Malaysia, projek pembinaan lebuhraya merupakan satu lapangan perniagaan yang berisiko rendah dan sangat menguntungkan syarikat konsesi. Akan tetapi, projek sebegini dikhususkan untuk kroni-kroni BN sahaja.

Contohnya, syarikat PLUS yang membelanjakan RM 5.9 bilion untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan, namun sehingga 31 Disember 2010, telah mengutip tol sebanyak RM18.3billion. Bagi setiap ringgit yang dikutip, syarikat konsesi memperoleh untung bersih sebanyak 52 sen!

Tambahan pula, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2016. Mengikut terma konsesi, bayaran tol akan dikutip sehingga 2038 - ini bukan saja membebankan kita tetapi juga anak cucu kita.

Ceritanya sama dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain seperti Lebuharaya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Karak.

Di bawah BN, tol akan diteruskan di lebuhraya-lebuhraya yang baru seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru (EDL) dan Lebuhraya Pantai Barat Taiping - Banting (WCE). Masing-masing akan mengutip tol untuk tempoh 34 dan 60 tahun.

Hakikatnya, jika rasuah dan penyelewengan dikurangkan, kerajaan boleh membeli balik lebuhraya, menghentikan syarikat konsesi daripada mengaut keuntungan yang melampau, dan memansuhkan tol dalam jangka masa yang paling singkat.

Ini adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. Jika PR berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebuhraya percuma!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Tsunami dari Selatan!

Slogan "Ini kalilah" dan "Ubah" dilihat berjaya mencetuskan tsunami politik kali kedua terhadap BN. Jika tsunami terbesar pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dikatakan bermula empat hari sebelum pilihan raya tersebut, tsunami kali ini dilihat bermula sejak Jumaat lalu, iaitu 26 April.

Ketika tersebar berita dari sumber dalaman Umno yang menyatakan jentera Umno Selangor "hampir lumpuh" dan Wanita Umno pula "tidak bersemangat", tinjauan ke beberapa tempat di seluruh negara menyaksikan arus perubahan semakin dekat di hati rakyat dan kecenderungan untuk memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) nyata semakin ketara.

Bagi AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli, apa yang berlaku itu adalah hasil dari arus bawah dari Selatan.

"Undercurrent from the South," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu.

Beliau merujuk kepada kebangkitan luar biasa rakyat Johor menentang BN. Dr Mohd Hatta yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Krai mengakui "undercurrent" dari Selatan itu bukan sahaja memberi kesan dan manfaat yang besar kepada Kuala Krai, malah seluruh Kelantan.

Di Johor, sambutan puluhan ribu kepada ceramah-ceramah Pakatan semakin menjadi fenomena terutama menjelang PRU13. Sedangkan dahulu, seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, lebih banyak pokok yang "mendengar" ceramah pembangkang berbanding orang.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kawasan Parlimen Pulai dan kawasan Dun Nusajaya dilihat memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat Melayu di negeri itu untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan.

Di kalangan masyarakat Cina pula, kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah membentuk gelombang tsunami yang jauh lebih "gigantic" di kalangan masyarakat Cina.

Melihat kehadiran beliau akan mengakibatkan kecederaan yang parah teramat parah kepada penguasaan Umno-BN di negeri yang mereka megahkan sebagai kubu mereka itu, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dipertaruhkan menentang Kit Siang di kerus. Pada Umno, MCA tidak boleh diharap lagi dan hanya menjadi bebanan.

Dalam tidak tentu arah dan latah yang berpanjangan kerana terpaksa bertarung dengan Kit Siang, Abdul Ghani terus berpaut kepada sentimen perkauman yang "crude" atau kasar untuk menahan arus kebangkitan rakyat itu sehingga dilaporkan bahawa "habis hilang sifat gentleman" beliau.

Jika tsunami di Johor itu hanya terbatas kepada kaum Cina sahaja, tentulah BN tidak gabra dan menggelabah.

The Malaysian Insider melaporkan, pengundi Melayu Johor bersedia mengundi calon bukan Melayu.

Salahuddin pula memberitahu, banyak kawasan penempatan Melayu yang sebelum ini tidak dapat ditembusi kini tidak lagi menjadi "kawasan terlarang" kepada pemimpin dan petugas Pakatan. Malah, ceramah-ceramah berjaya diadakan di kawasan tersebut, sebahagian besarnya menerima sambutan ribuan hadirin.

"Kalau ada banyak yang datang dengan kereta, van dan sebagainya, kita boleh kata itu orang luar. Tetapi kalau banyak yang datang menaiki motosikal dan basikal, itu tandanya sambutan yang kita terima adalah dari penduduk tempatan," kata Salahuddin yang tidak dapat berbual panjang kerana tergesa-gesa untuk menyambut kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang turun ke Johor untuk menambahkan bisa kempen Pakatan di negeri itu.

Di Shah Alam, peluang calon PAS, Khalid Abdul Samad untuk mempertahan kerusi Parlimen Shah Alam dilihat semakin cerah apabila calon BN, Dato' Zulkifli Nordin menghadapi jalan berliku-liku. Sebaik sahaja diketahui beliau akan bertanding pada malam sebelum Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan calon-calon BN Selangor pada 16 April lalu, tiga bilik gerakan yang dikendalikan oleh petugas-petugas Umno di situ telah ditutup.

Apabila Zulkifli mencuba nasib melawat masjid-masjid dan surau-surau di dalam kawasan Parlimen berkenaan, sambutan yang diterima Naib Presiden Perkasa itu amat dingin. Umpamanya, ketika melawat sebuah surau di Seksyen 7, hanya seorang sahaja ahli jemaaah surau itu yang bersalaman dengannya, iatu seorang yang bergelar datuk.

Lebih malang lagi, pencalonan beliau menjadi bahan ketawa dan bahan gurauan di kalangan sebahagian besar penduduk Shah Alam termasuk di pejabat-pejabat di situ.

Di kalangan pengundi India pula, mereka bukan sahaja amat marah dengan penghinaan Zulkifli terhadap kepercayaan mereka malah perbuatan pemimpin Umno termasuk dari Shah Alam yang memijak kepala lembu dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Negeri juga amat menyakitkan hati mereka.

Malah, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' M Saravanan secara terbuka menggesa pengundi India supaya jangan mengundi Zulkifli.

Sebelum itu, Penasihat Strategik MIC, S Vell Paari dilaporkan menghantar mesej kepada Presiden MIC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' G palanivel supaya menyampaikan kebimbangan kepada Najib tentang kebimbangan BN akan kehilangan 50 hingga 70 peratus masyarakat India berikutan pencalonan Zulkifli.

Najib ternyata tidak mempedulikan pandangan Vell Paari yang juga anak kepada bekas Presiden MIC, Tan Sri S Samy Vellu.

Begitu juga di Sepang, di mana kira-kira 18 peratus pengundinya adalah dari kaum India. Sentimen kemarahan akibat tindakan mencalonkan Zulkifli di Shah Alam dilihat merebak ke Sepang.

Ketika PAS mempertaruhkan antara calon utamanya, iaitu AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, calon BN di situ iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Dato' Mohd Zin Mohamed menghadapi pemberontakan dalaman.

Dua tokoh Umno Bahagian Sepang, iaitu Ahli Jawatankuasanya, Hanapiah Mohamad dan bekas Adun Dengkil, Dato' Suhaimi Mohd Ghazali mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat "hendak jatuhkan Zin".

Pada masa sama, bertebaran SMS kepada pengundi Sepang khususnya ahli-ahli Umno. Mengambil kira sebahagian besar yang menerima SMS itu adalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong, dipercayai SMS itu disebarkan orang Umno sendiri.

Memburukkan keadaan, tersebar pula berita cawangan-cawangan Umno akan dibubarkan, bukan sahaja di Sepang tetapi di seluruh Selangor. Tidak kira sama ada perkara itu berlaku atau tidak, ia dilihat menjejaskan nama dan peluang Mohd Zin kerana rancangan pembubaran cawangan-cawangan Umno itu dikaitkan dengan kemarahan terhadapnya.

Di Kedah, perpecahan sesama Umno meletakkan tokoh-tokoh seperti Mohamad Sabu yang bertanding di Pendang dan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena dijangka dapat mengetepikan calon BN.

Walaupun BN meletakkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan Ismail dalam percubaan merampas kerusi Pokok Sena yang sebelum ini disandang Mahfuz, tetapi perpecahan dalam Umno seluruh Kedah antara puak yang menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan puak yang menentangnya memberikan kelebihan kepada Pakatan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah sering dilaporkan sebagai pemimpin puak yang tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir di Kedah.

Ahmad Bashah adalah orang yang dilaporkan paling tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir kerana terlalu mengidam hendak meletakkan anaknya, Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menang di negeri itu.

Selain perpecahan parah sesama Umno, antara berita baik kepada Pakatan di Kedah ialah kehadiran lebih ramai kaum wanita ke majlis-majlis yang diadakan oleh pakatan itu. "Wanita-wanita ramai yang datang ke program-program kita," kata Mohd Nasir Mustafa yang mempertahankan Dun Kubang Rotan.

Menambahkan parah ialah apabila masyarakat Siam di Kedah yang tidak bersama dalam ombak tsunami 2008 dan dianggap "fix deposit" BN di Kedah kali ini berubah apabila sokongan kaum minoriti itu semakin kuat kepaqda Pakatan terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi tersebut.

Di kawasan Parlimen Raub, peluang calon DAP di situ, Dato' Arif Sabri Abdul Aziz dilihat semakin menjanjikan apabila diambil kira sambutan pengundi Melayu di situ kepada bekas Adun Pulau Manis, dalam kawasan Pekan itu.

Penyokong tradisi Umno di situ dilaporkan lebih cenderung kepada Arif Sabri yang pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Pekan berbanding calon BN, Dato' Hoh Khai Mun.

Di belakang tabir, tersebar cakap-cakap bahawa Umno Raub berharap calon MCA itu kalah bagi memolehkan mereka mengambil alih kerusi Parlimen Raub seperti yang dilakukan parti itu di Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan.

Di kalangan masyarakat Cina yang membentuk 43.51 peratus pengundi di situ, peluang calon BN awal-awal lagi dilihat gelap berikutan penentangan mereka terhadap operasi sebuah kilang memproses emas di Bukit Koman, dekat Raub yang mereka bimbangi akan mengakibatkan terjejasnya kesihatan penduduk kerana keracunan sainida.

Kumpulan pejuang alam sekitar di Raub, Pahang Raub Anti-Cyanide Gold Mining Committee (BCAC) telah pun membuat kenyataan terbuka meminta penduduk Raub supaya jangan mengundi calon BN.

“Kami menggesa pengundi Raub untuk menolak calon ini yang tidak jujur dan telah berkali-kali berbohong kepada masyarakat Raub.

“Khai Mun sebelum ini menuduh penduduk Bukit Koman mengidap penyakit kulit kerana menggunakan “sabun yang salah” dan bukan akibat keracunan sainida. Beliau mengelirukan rakyat untuk melindungi kerjasama antara pegawai-pegawai kerajaan dengan ahli perniagaan yang tidak beretika,” kata BCAC dalam satu kenyataan medianya.

Di kalangan pengundi undi India pula, sentimen dan kemarahan yang menjalar ke seluruh negara akibat tindakan BN mencalonkan Zulkifli Nordin di Shah Alam dijangka memberi kesan yang besar kepada BN.

-Oleh ABDUL AZIZ MUSTAFA

Kempen pilihan raya semakin sengit dan kreatif

Kempen pilihan raya semakin sengit dan kreatif melalui pengiklananKempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memperlihatkan cara berkempen oleh parti-parti politik yang lebih sengit dan kreatif melalui pengiklanan.

Walaupun ia bukan strategi baharu, penggunaannya dilihat begitu hebat pada pilihan raya umum kali ini dengan parti-parti politik kerajaan dan pembangkang berlumba-lumba mengoptimumkan kuasa pengiklanan untuk menjayakan kempen memancing undi untuk parti masing-masing.

Penyebaran mesej-mesej pada kempen PRU13 juga tidak terhad pada akhbar dan papan iklan di jalanan, tetapi juga melalui persembahan lagu dan klip video, pesanan ringkas di radio yang diterajui artis-artis popular.

Berlainan dengan PRU terdahulu yang lebih cenderung mempromosi calon dan parti bertanding, konsep yang digunapakai sekarang juga lebih berbentuk lembut serta bersahaja dan meliputi skop yang lebih besar, termasuk rekod kejayaan masing-masing.

"Pada pengamatan saya, iklan telah banyak digunakan sebagai "senjata" kempen kali ini.

"Iklan, khasnya yang sangat bagus memang tidak boleh dinafikan menpunyai kekuasan yang tinggi sebagai ejen yang mampu mempengaruhi pendapat seseorang dalam membuat keputusan," kata Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim.

Beliau yang mengkhusus dalam bidang komunikasi dan pengajian media juga berpandangan, pengiklanan secara teknik lembut adalah lebih berkesan dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu parti politik kepada penggundi berbanding pendekatan "hard sell".

Mengambil contoh penggunaan lagu dan muzik, katanya, artis-artis yang menyokong sesebuah parti itu akan meluahkan sokongan mereka melalui saluran tersebut.

"Dan jika diamati, kalau melodi lagu tersebut sedap, ia akan berkumandang dalam fikiran kita, dan ini saya percaya sedikit sebanyak memberi kesan kepada individu tersebut," katanya kepada Bernama.

Barisan Nasional dilihat banyak menggunakan platform media arus perdana untuk mengiklan dan membawa mesej-mesej kempen mereka kepada pengundi manakala parti pembangkang pula menggunakan laman online seperti Youtube.

"Internet menyediakan ruang tanpa had yang memberi inspirasi kepada kreativiti dan mampu menarik perhatian generasi muda dan minat mereka untuk mengundi pada pilihan raya umum," kata pensyarah kewartawanan dari Universiti Tunku Abdul Rahman kampus Kampar, Teh Boon Teck.

Seorang penggiat industri pengiklanan tempatan yang mahu dikenali sebagai Nor sahaja, bagaimanapun, berpendapat iklan-iklan PRU sama ada di media cetak mahupun elektronik dan online tidak akan memberi impak besar kepada penggundi.

"Ia tidak akan dapat mempengaruhi keputusan pengundi kerana kebanyakan mereka telahpun memutuskan untuk siapa mereka akan undi," kata beliau.

Sementara itu, seorang suri rumah Florance Gompin berkata kaedah pendekatan berkempen melalui lagu dan klip video di televisyen dan radio bukan sahaja menghiburkan tetapi juga telah memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai dasar-dasar kerajaan.

"Misalnya macam Barisan Nasional, mereka iklankan di akhbar statistik-statistik kejayaan di bawah NKRA.

"Ia dapat menyampaikan informasi dalam cara yang padat dan senang difahami dan ini memberi peluang kepada masyarakat menilai secara menyeluruh prestasi kerajaan itu," katanya. - Bernama

Faizal Tahir Pula Di Belasah Ulama Umno Tun Faisal

Semalam Faizal Tahir telah membelasah seorang Pencacai Barisan Nasional iaitu Norman KRU, tetapi hari ini mursidul am UNIT MEDIA BARU dari Barisan Nasional yang begitu banyak kurang bijaknya, iaitu Tun Faisal pula cuba membelasah Faizal Tahir.

Tetapi yang lebih hebat adalah, cara cara Faizal Tahir menjawab itu telah menyebabkan seluruh institusi kerajaan LANUN Barisan Nasional LUMPUH.

Kepada siapa yang faham... faham faham sajalah..

"TIADA LAGI ORANG YANG BIJAK DALAM BARISAN NASIONAL" - MAHATHIR









Pengundian pos di London kurang telus

Saya ingin berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kerana telah memulakan dan membuka pengundian pos untuk semua warganegara Malaysia yang bermaustutin di luar negara.

Saya ingin membawa kepada perhatian SPR mengenai beberapa kesilapan yang jelas dalam protokol pengundian pos yang telah dijalankan di Konsulat Malaysia di Belgrave Square London semalam yang tidak masuk akal dan menyebabkan sistem yang sedia ada tidak sah, terbuka kepada penyalahgunaan dan penyelewengan, dan kurang ketelusan(transparensi) . Soalan yang ditanyakan oleh semua yang hadir ialah:

a) Mengapakah kertas undi tidak dikira terus selepas semua yang hadir telah habis undi (oleh wakil SPR di London, dan kiraan ini disaksikan oleh pemerhati indepen serta representasi daripada setiap parti). Sebaliknya kertas undi dimasukkan ke dalam “beg undi khas luar Negara” dan akan dihantar pulang ke Malaysia, dan dari situ diedarkan kepada 222 kawasan. Soalan yang ditanya disini ialah:

i) beg ini akan di bawa balik oleh siapa? Dan apabila di Malaysia pula, siapa yang akan mengedar sampul kertas undi ini kepada dua ratus dua puluh dua kawasan di seluruh Malaysia?

Langkah ini dalam protokol SPR untuk mengundi adalah tidak telus, dan tidak boleh di pantau. Di tangan individu yang tidak soleh boleh ditukarkan. Langkah ini batal dan tidak sah, dan menyebabkan rakyat Malaysia yang keluar mengundi semalam meragui perkhidmatan yang ditawarkan dan kredibiliti SPR.

ii) mengapakah individu dibenarkan, membawa sampul dengan kertas undi yang telah diisikan, keluar dari bilik mengundi dan kertas undi ini dihantar melalui pelbagai cara (melalui rakan, courier, etc), balik ke Malaysia untuk sampul undi yang telah diisikan sampai kepada tangan ketua undi di kawasan masing-masing? Langkah ini terbuka kepada penyelewengan undi dan undi hatu untuk di sertakan sekali. Langkah ini tidak telus dan tidak boleh di pantau.

iii) Bagaimanakah pilihan undi saya sulit dan persendirian, jika borang butir peribadi seperti nama, number IC dan tandatangan dimasukkan sekali gus dalam sampul undi bersamaan dengan undi saya sekali?

Saya berharap pihak SPR boleh memberi penjelasan dan klarifikasi mengenai perkara yang dinyatakan di atas, dan membalas pertanyaan ini.

Saya yang menjalankan tugas sebagai seorang Anak Bangsa Malaysia.M/Insider

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Faizal Tahir, Yassin Muncul Dengan Video Klip ‘Berani’

Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul ‘Berani’ yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet.

Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Antara bait liriknya berbunyi ‘Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..,”

Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan.

Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul ‘Menuju Putrajaya dan ‘reformasi’, manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar.

Bidas kenyataan Norman

Dalam perkembangan lain, Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim.

Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas.



Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa ‘rezeki datang dari Allah’.

Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya.

Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks.

Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan ‘sanggup disambar petir’ jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar.

Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN.

Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat.

Anwar Dedahkan Lokasi Rahsia Peti Undi Disorokkan

PKR semalam mendedahkan gambar lokasi rahsia Sungai Chua, Kajang, yang didakwa digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyimpan peti undi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menampilkan dokumen dan sampul undi pos yang diperoleh dari lokasi rahsia itu.

“Dengan bukti-bukti ini, Anwar menggesa SPR menjawab mengapa dan untuk apa undi pos rasmi di simpan di tempat yang mencurigakan dan bukan di ibu pejabat SPR.

“Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini menjadi tempat simpanan rasmi rahsia SPR sepertimana yang disebut SPR dan begini kedududukannya kawasan perindustrian, Sg Chua, Kajang.”

Gambar tersebut menunjukkan premis yang menjadi tempat menyorokkan undi pos itu adalah sebuah rumah kedai.

Turut dikesan adalah kereta pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut undi pos tersebut.

Minggu lepas, Anwar mendedahkan bagaimana kereta tersebut tidak ke ibupejabat Putrajaya sebaliknya dilencongkan ke lokasi misteri itu.

“Bagaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR yang kenderaan sepatutnya dibawa ke Putrajaya. ”

Dilaporkan pada Apr 25 bahawa SPR berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian untuk memastikan pelancaran hari pengundian nanti.

Dakwat Kekal...Penipuan Mula Berlaku?

PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal iaitu anggota tentera boleh dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Mohamad Hassan Tamby yang menghubungi FMT sebentar tadi berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar bahawa dakwat yang dicalit di jari seorang anggota tentera di sebuah kem tentera di Telok Kemang, telah hilang apabila dicuci, hanya selepas 20 minit anggota tentera itu selesai mengundi.

Dakwat tersebut berwarna ungu/pink (purple with pinkish).

“Pagi tadi calon-calon telah pergi ke tempat mengundi awal di Telok Kemang untuk memantau proses mengundi awal dan ianya berjalan lancar.

“Lebih kurang pukul 9.30 pagi ada di antara kumpulan pengundi awal (first batch) sudah selesai mengundi dan keluar dari pusat mengundi.

“Secara tak sengaja calon kita telah terjumpa dengan seorang anggota tentera yang baru sahaja bersihkan tangan dengan mencuci tangan di sinki dan didapati dakwat yang dicalit pada jari beliau sebelum mengundi telah hilang.

“Kita sengaja mengambil foto menampakkan badan dia untuk menampakkan pakaian seragam tentera beliau.

“Di dalam kem tentera itu sahaja calon kita berjaya mengesan dua kes dakwat yang dicalit di jari hilang atau boleh dibasuh.

“Kalau dakwat yang hilang dalam 10 peratus masih tidak mengapa, tetapi daripada kes yang kami lihat, boleh dikatakan 95 peratus dakwat sudah hilang dan seolah-olah seperti tiada lagi kesan dakwat pada jari anggota tentera itu.

“Saya juga mendapat satu panggilan daripada sebuah nombor telefon yang tidak dikenali (private number) yang mana beliau mengaku sebagai anggota tentera, turut mendakwa dakwat di jari beliau sudah separuh hilang lebih kurang tiga jam selepas beliau mengundi.

Invividu tersebut mendakwa beliau mencuci tangannya sebelum makan tengahari,” jelas Mohamad Hassan.

Mohamad Hassan kini mempertikaikan ketelusan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam isu dakwat yang dicalit di jari mudah hilng apabila dibasuh atau terkena air.

“Ini bermakna Pakatan Rakyat sebelum ini yang bimbang dakwat jari akan hilang selepas tiga hari terbukti benar, kerana bukan tiga hari, tetapi dalam masa beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.

“Sedangkan SPR sebelum ini memberi jaminan dakwat di jari akan bertahan selama seminggu.

Malah SPR pada mulanya pernah berkata pengundian awal akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, kini telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi.

“Apakah ini perancangan pihak tertentu termasuk SPR untuk menggagalkan kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat?

“SPR harus memberi penjelasan berhubung perkara ini agar rakyat tidak meragui kredibiliti dan ketelusan SPR,” kata Mohamad Hassan. -FMT


Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis

Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.

Bagaimana Kertas Undi Keluar Dua Kali?

PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi.