PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal iaitu anggota tentera boleh dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.
Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Mohamad Hassan Tamby yang menghubungi FMT sebentar tadi berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar bahawa dakwat yang dicalit di jari seorang anggota tentera di sebuah kem tentera di Telok Kemang, telah hilang apabila dicuci, hanya selepas 20 minit anggota tentera itu selesai mengundi.
Dakwat tersebut berwarna ungu/pink (purple with pinkish).
“Pagi tadi calon-calon telah pergi ke tempat mengundi awal di Telok Kemang untuk memantau proses mengundi awal dan ianya berjalan lancar.
“Lebih kurang pukul 9.30 pagi ada di antara kumpulan pengundi awal (first batch) sudah selesai mengundi dan keluar dari pusat mengundi.
“Secara tak sengaja calon kita telah terjumpa dengan seorang anggota tentera yang baru sahaja bersihkan tangan dengan mencuci tangan di sinki dan didapati dakwat yang dicalit pada jari beliau sebelum mengundi telah hilang.
“Kita sengaja mengambil foto menampakkan badan dia untuk menampakkan pakaian seragam tentera beliau.
“Di dalam kem tentera itu sahaja calon kita berjaya mengesan dua kes dakwat yang dicalit di jari hilang atau boleh dibasuh.
“Kalau dakwat yang hilang dalam 10 peratus masih tidak mengapa, tetapi daripada kes yang kami lihat, boleh dikatakan 95 peratus dakwat sudah hilang dan seolah-olah seperti tiada lagi kesan dakwat pada jari anggota tentera itu.
“Saya juga mendapat satu panggilan daripada sebuah nombor telefon yang tidak dikenali (private number) yang mana beliau mengaku sebagai anggota tentera, turut mendakwa dakwat di jari beliau sudah separuh hilang lebih kurang tiga jam selepas beliau mengundi.
Invividu tersebut mendakwa beliau mencuci tangannya sebelum makan tengahari,” jelas Mohamad Hassan.
Mohamad Hassan kini mempertikaikan ketelusan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam isu dakwat yang dicalit di jari mudah hilng apabila dibasuh atau terkena air.
“Ini bermakna Pakatan Rakyat sebelum ini yang bimbang dakwat jari akan hilang selepas tiga hari terbukti benar, kerana bukan tiga hari, tetapi dalam masa beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.
“Sedangkan SPR sebelum ini memberi jaminan dakwat di jari akan bertahan selama seminggu.
Malah SPR pada mulanya pernah berkata pengundian awal akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, kini telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi.
“Apakah ini perancangan pihak tertentu termasuk SPR untuk menggagalkan kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat?
“SPR harus memberi penjelasan berhubung perkara ini agar rakyat tidak meragui kredibiliti dan ketelusan SPR,” kata Mohamad Hassan. -FMT
Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis
Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.
Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.
“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.
Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.
Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.
Wednesday, May 1, 2013
Dakwat Kekal...Penipuan Mula Berlaku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPR main silap mata lagi, itu hari orang suruh demo taknak, adakah dakwat yang digunakan pengundi pos dengan pengundi 5 mei tidak sama? Di mana dakwat yg digunakan pengundi pos boleh tanggal dan 5 mei tak boleh? Jangan main silap mata dengan rakyat SPR sebab sekarang ni bukti tersebar luas.
ReplyDeletePRU 12 rugi 3Juta beli dakwat tak guna......membazir tu! kerja syaitan yang dikenali.
ReplyDeleteSPR kata hanya 3 orang yang tahu tentang dakwat!.....siapakah "3 fools/ stooges" lagi bangang dilantik untuk jadi "product expert" untuk dakwat......entah dakwat apapun tak tau lagi? Beli produk tak tahu guna, tak tanya dan tak menerangkan kaedah (ciri-ciri) penggunaan (kekurangan/ kelebihan produk)
dah macam-macm komplen, kelemahan SPR yang diperdebatkan,apa kriteria nak jadi Pengerusi SPR.... Sekolah tinggi ke, ilmu pengajian tinggi?.....(kalau PR menang, cari pegawai yang bermoral, ada pengetahuan yang cukup, bertanggungjawab, bermaruah, jaga harta negara & yang beriman
Malu 1 Malaysia, malu 1 Asia, malu 1 dunia psl kecuaian, kebodohan, kesengajaan, kesepakatan yang menongkah arah......"fair election".......
apa punya taktik daa??!!
ReplyDeletesebelum PRU13, kecoh2 mau dakwat! bila SPR ikut & berusaha cari dakkwat itu sampai ke India, kau tuduh macam2 pula.. kau ni sebenarnya memang takut kalah la..
apa punya PR..takut & sentiasa bertaktik. padahal auta sahaja
sokongla perangai si izzah!! mencaci sana sini untuk papanya! perangai haramjadah!!!!
ReplyDeleteDSAI + Wan Azizah kawen tanpa pengetahuan kuarga di Siam pada 28 Feb. 1980! 19 Nov. 1980 dapat Si Nurul Izzah. lebih kurang 8 bulan kawen jew. sendiri pikirla Si Anwar, bapa Si Izzah ni..
adioss
Berhati-hatilah dengan permainan yang cuba dimaikan oleh PR. Faham-fahamlah mereka mengunakan cara ini untuk menipu rakyat. PR memang macam ini.
ReplyDeleteakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.
ReplyDeleteSetiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.
ReplyDelete“Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.
ReplyDeleteOleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
ReplyDeleteBeliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.
ReplyDeleteKamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.
ReplyDeleteUjian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.
ReplyDeleteUjian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.
ReplyDelete“Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari,” katanya.
ReplyDeleteSPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan perkara itu.
ReplyDeleteThe Election Commission (EC) stands by the indelible ink and will use it for polling this Sunday despite allegations in the social media that it can be easily washed off.
ReplyDeleteEC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said there were several cases involving security personnel and their spouses of the ink being washed off easily, but this was due to an oversight by the commission staff members.
ReplyDelete“Some of our officers forgot to shake the bottles thoroughly. As a result, there was less silver nitrate in the ink when it was applied on the index finger,” he said.
ReplyDeleteWan Ahmad added: “I also noticed that some EC personnel did not paint the fingers properly. As this is the first time the ink is being used, there is bound to be a little oversight.”
ReplyDeleteHe said the commission tested the shaken and unshaken bottles on Tuesday and discovered that the ink from the unshaken bottle did not stick quickly to the finger. “The guidelines for using the ink are very clear the bottle must be shaken well and the ink applied properly on the index finger,” he said.
ReplyDelete“However, some of our personnel might have been under pressure due to long queues of advance voters, thus leading to some errors. We will make sure there is no such oversight on Sunday,” he said.
ReplyDeleteWan Ahmad said the EC would hold a demonstration for the media at its office in Putrajaya today on the use of the indelible ink.
ReplyDeleteHe gave an assurance that those who had cast their ballots would not be voting again on Sunday.“The names of the advance voters will not appear on the electoral roll on Sunday. Our officers will not allow anyone to vote twice,” he said.
ReplyDeleteHe also said that it was unfortunate that some political parties “only want to find fault with the EC and spin stories ... They should campaign on policy matters and not drag us in”.
ReplyDeleteWan Ahmad reminded voters not to give their MyKad to anyone and not to allow their fingers to be painted with any kind of ink prior to polling.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya, sekali lagi menegaskan bahawa dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi pada pilihanraya umum ke-13 akan bersih sepenuhnya dalam masa lima hingga tujuh hari.
ReplyDeleteMenurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, dakwat itu hanya boleh ditanggalkan jika terdapat pihak yang cuba menggunakan bahan kimia atau peluntur berbahaya dengan niat untuk memburukkan SPR bahawa dakwat berkenaan mudah tertanggal.
ReplyDeleteTambahnya, dakwat berkenaan tidak mudah ditanggalkan seratus peratus kerana kesan dakwat akan kelihatan di celah jari antara kuku dan kulit.
ReplyDeleteSPR juga akan menyediakan kanta pembesar kepada petugasnya bagi memeriksa jari pengundi sebelum mencalit dakwat kekal untuk membuang undi.
ReplyDeleteIa bertujuan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku dan proses pengundian berjalan secara telus.Sesi demonstrasi ini turut membuktikan bahawa kesan dakwat yang dicalit tidak hilang walaupun menggunakan cuka, pencuci iodine dan minyak.
ReplyDeleteBila ada pembaharuan, tetap dipertikai dan dipersoal oleh pihak2 tertentu.memang sukar untuk puaskan hati semua pihak.apa lagi yang sering berpandangan negatif.
ReplyDeleteDakwat Kekal: Kesilapan Mungkin Punca Petugas SPR Tidak Goncang Botol
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.
“Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa malam.
Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.
Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.
Ujian yang dilakukan oleh SPR adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.
Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.
Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.
SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media untuk menunjukkan perkara itu.
– BERNAMA
Seorang pegawai tentera yang dikaitkan dengan dakwaan parti pakatan rakyat bahawa dakwat kekal yang dicalit ke jarinya hilang selepas mengundi awal semalam, hari ini berkata beliau bukanlah orang yang dimaksudkan.
ReplyDeleteMejar Azmee Buang, 41, dari Unit Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, berkata dakwat yang dicalit dijarinya masih kekal hingga hari ini.
ReplyDeleteBeliau bagaimanapun tidak menafikan beliaulah orang yang menaiki sebuah kereta berwarna merah sambil menunjuk jarinya yang dicalit dakwat, yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook semalam oleh pihak yang tidak dikenali.
ReplyDeleteMenurutnya gambar itu diambil semasa beliau berhenti di Taman Koperasi Polis selepas mengundi di Kem Perdana Sungai Besi tengah hari Selasa, dan ketika itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar yang berada di situ memintanya menunjukkan jari yang dicalit dakwat.
ReplyDeletePada masa itu terdapat beberapa orang yang tidak dikenali bersama Nurul Izzah, mengambil gambarnya.
Azmee berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemar namanya jika mereka tidak mengambil tindakan membuat pembetulan atas dakwaan tersebut.
ReplyDeleteSPR ingin memaklumkan bahawa SPR telah membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh 5 hingga 7 hari.
ReplyDeleteBerikutan dengan laporan polis itu, SPR telah berbincang dan mendapat maklum balas kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.
ReplyDeleteSebaik selepas SPR menerima laporan polis dan maklum balas itu, suatu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.
ReplyDeleteSPR juga telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal pada 30 April 2013 terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos. Sebahagian daripada mereka ini telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang.
ReplyDeleteHasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.
ReplyDeleteSebagai tambahan kepada perkara yang disebut terdahulu, SPR akan mengadakan suatu demonstrasi kepada wakil media pada 2 Mei 2013 untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal ini jika dicalitkan pada jari pengundi mengikut cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi.
ReplyDeleteGoncangan semula botol dakwat kekal setiap 2 jam akan sentiasa dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kandungannya tidak mendap dan mengubah corak calitan pada jari pengundi. Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata goncangan ini dibuat agar keseluruhan kandungan dakwat tersebut bercampur.
ReplyDeleteSebelum penutup dakwat itu dibuka, botol dakwat itu akan digoncang selama 30 saat dan ianya digoncang semula setiap dua jam selepas itu agar kandungannya tidak mendap. Seandainya botol itu tidak digoncang, keseluruhan bahan-bahan dakwat itu hanya akan mendap di bahagian bawah dan meninggalkan kandungan air sahaja di bahagian atas.
ReplyDeletePada demonstrasi itu, beberapa petugas SPR dan pemberita yang sudah pun menjalankan undi pos telah sukarela menunjukkan bagaimana dakwat itu dicalit. Antara langkah-langkah tersebut ialah selepas botol dakwat kekal itu digoncang selama 30 saat, ianya akan dibuka dan jari telunjuk kiri pengundi akan dicalit. Calitan tersebut merangkumi calitan pada keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan diteruskan dibahagian bawah jari.
ReplyDeleteDalam demonstrasi itu juga, petugas SPR telah menunjukkan proses tersebut kepada dua orang petugas media yang telah menjalani proses undi pos, Muhammad Shamsul Abd Ghani dari Sinar Harian dan Aizat Sharif dari Astro Awani dengan mencalitkan dakwat kekal di jari telunjuk kiri mereka.
ReplyDeleteMalah, turut ditunjukkan bagaimana dakwat tersebut tidak mampu dilunturkan atau ditanggalkan meskipun menggunakan sabun, cuka, cecair pencuci, iodin dan minyak berubat. Walaupun kemudiannya dibasuh dengan air, dakwat tersebut masih tetap kekal di jari dan dijangka akan hilang selewat-lewatnya tujuh hari selepas jari tersebut dicalit.
ReplyDeleteSejak pagi anggota keselamatan termasuk para isteri mula membuang undi pos di seluruh negara dan proses tersebut berjalan seperti biasa dan keadaan semuanya terkawal. Sehinggalah tiba-tiba puak-puak pembangkang mula meroyan kononnya mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal yang digunakan hari ini boleh di cuci dan hilang sepenuhnya.
ReplyDeleteFuiyoo memang hebatlah puak-puak pembangkang ni siap ada anggota tentera yang masih beruniform boleh pula datang bertemu Nurul Izzah, tak habis takat tu siap buat demontrasi lagi macam mana dakwat kekal boleh hilang..
ReplyDeleteApa yang perlu kita fokuskan sekarang adalah sejauh mana lelaki tersebut benar-benar anggota tentera? Keduanya mengapa cepat benar beliau boleh sahaja sampai dan bertemu dengan Nurul Izzah? Apa hubungan lelaki itu dengan pemimpin PKR seperti Nuruk Izzah dan Tian Chua?
ReplyDeleteSeperkara yang agak melucukan berlaku hari ini, Mungkin ampa semua lupa kot ! penggunaan dakwat kekal sebenarnya dicadangkan oleh puak-puak pembangkang sebab katanya SPR dengan kerajaan sudah tag team tipu sana sini sampai pilihanraya ke12 yang lalu Pakatan Haprak menang 5 buah negeri. Hahaha ampa tengoklah betapa bengongnya puak-puak ni hari ni meroyan pula pasai dakwat boleh hilang , Agak-agaklah kalau nak bohong!!
ReplyDeleteSebaliknya ampa tengok betapa telusnya kerajaan kita pastikan penggunaan dakwat kekal ini dilakukan sebabnya Barisan Nasional sendiri pun tidak mahu memerintah negara dengan mandat hasil dari usaha dan gerak kerja menipu seperti mana pembangkang.
ReplyDeleteBarisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib telah pun menggerakkan kerja dan hari ini adalah masanya rakyat menilai serta membuat keputusan. Pilihanraya pada 5 Mei 2013 nanti dan gunakanlah hak ampa semua sebaiknya.
ReplyDeleteApa yang saya boleh kata segala usaha puak-puak pembangkang ni adalah cubaan untuk menarik perhatian rakyat supaya termakan dengan dakyah dan penipuan yang dirancang oleh jentera Pakatan Sulit lagi Terancang untuk merampas Malaysia dari sebuah kerajaan terbaik yang pernah rakyat Malaysia miliki.
ReplyDeleteSPR harus memastikan kesemua aktiviti PRU dijalan dengan amanah dan terbuka.
ReplyDeleteDakwat juga tidak menyakinkan. Banyak juga penyelewengan.
ReplyDeleteSerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah yang berpatutan.
ReplyDeletePAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal iaitu anggota tentera boleh dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.
ReplyDeleteIni tidak serupa dengan yang disahkan dimana dakwat kekal untuk seminggu.
“Sedangkan SPR sebelum ini memberi jaminan dakwat di jari akan bertahan selama seminggu."
ReplyDeleteJaminan ini tidak menyakinkan malah diragui.