Wednesday, May 1, 2013

36,000 Pengundi Ragu Diterbangkan Dari Sabah ke Selangor

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.

Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.

Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.

“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.

“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.

30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.

Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.

“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.

Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.

SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.

“Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini,” tegas Jaafar. -HD

67 comments:
Write comments
  1. itu mungkin pengundi pti

    ReplyDelete
  2. pelbagai tomahan dikeluarkan..lol..takut kalah ler tuu

    ReplyDelete
  3. INI BUKAN SOAL TAKUT TAPI KEWAJIPAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YG PRIHATIN.SENAG SAJA,TARUH BEBERAPA ORANG DI KAWASAN MANA MANA LAPANGAN TERBANG DI SELURUH SABAH BAGI MEMANTAU DAN LAPURKAN SEGALA PERGERAKAN YANG ANEH TENTANG PATI

    ReplyDelete
  4. PTI ada IC bukan among kosong. Ianya wujud Di sabah Dan menteri UMNO pun sahkan

    ReplyDelete
  5. The Malaysian Armed Forces (MAF) yesterday denied allegations that it brought phantom voters, including Armed Forces and police personnel from Sabah and Sarawak to Peninsular Malaysia.

    ReplyDelete
  6. MAF chief General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yesterday described the allegations as a figment of the opposition’s imagination to smear the image of the security forces.

    ReplyDelete
  7. He told the opposition to stop such defamatory act as it was solely to garner support in the 13th general election (GE13). “The wild accusation by certain parties, including allegation that the MAF is influenced by political parties, has tarnished the image of MAF. Stop the unhealthy political attack and never link the MAF as it could have negative effects on the country and the people,” he told reporters here.

    ReplyDelete
  8. Zulkifeli was commenting on PKR Central Council member Tan Sri Khalid Ibrahim’s allegation that MAF attempted to bring in phantom voters, including armed forces and police personnel from Sabah and Sarawak to Peninsular Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Khalid reportedly alleged at a recent media conference that based on the opposition coalition’s intelligence, there were special flights from Sabah and Sarawak which landed in specific locations and not at the Kuala Lumpur International Airport or the Low-Cost Carrier Terminal with phantom voters.

    ReplyDelete
  10. Zulkifeli regretted such allegations as the MAF was a neutral institution which is not linked to any political party in the country. “As a professional body, we are carrying out our responsibility to protect the security and sovereignty of the country from any elements out to disrupt public order. “On these duties and responsibilities, some of our men lost their lives,” he said.

    ReplyDelete
  11. The Election Commission (EC) also dismissed the possibility of “phantom voters” being flown across the South China Sea in a covert operation by certain political parties to cast their ballots in advance polls carried out yesterday for the 13th general election.

    ReplyDelete
  12. “Huh? How can? I don’t believe it at all, that one could book flights and fly Sabahans or Sarawakians, or [Peninsular] Malaysians to Sabah and Sarawak,” EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said. “You cannot just simply bring people by car, or by bus, or by plane just like that, unless they go for a holiday. I don’t know.”

    ReplyDelete
  13. The head of the election regulatory body suggested that the voters alleged to be untraceable may have been those who had changed their voting addresses as they had shifted homes, which he pointed out was perfectly legal.

    ReplyDelete
  14. He said the process took time as the EC would publicly display the voter lists and allowed a two-week window for objections to be raised before gazetting the changes.

    ReplyDelete
  15. Khalid, who is also caretaker Selangor mentri besar, had raised doubt on 130,000 names that had appeared on the state’s electoral roll, saying his state administration remained unable to trace the registered voters through its democratisation project.

    ReplyDelete
  16. Banyak cara boleh dilakukan untuk menipu.... sebagai langkah b erjaga2 pantau perjalanan kereta yang membawa undi ke pusat pengiraan undi....

    ReplyDelete
  17. PR takut dengan undi, kan?? haha

    kempen berapi, kerja x menjadi.. dengan negara2 asing dah ikat janji. rakyat bawahan yg lebih 10 juta tatap dgn Dacing lagi!!

    so, siapa yg akan di salah lagi selepas ini??

    dakwat kekal adalah bukti..semuanya inkuiri!

    ReplyDelete
  18. Dakwat yg dikata kekal luput sudah dari jari menantu ku hari ni. Dia seorg pegawai polis yg sudah tunaikn tggjwb mgundi

    ReplyDelete
  19. Isu pati yg diberi ic oleh menteri / para yb umnobn bkn dongeng di sabah. Sebaik saja parlimen bubar byk pelipin masuk sabah secara mudah. Kwn di jpn ckp ada yb perempuan di kwsn sepanggar / karambunai cuba daftar ic pati di kwsnnya

    ReplyDelete
  20. The Immigration Department has denied claims that foreigners from Sabah and Sarawak have been transferred to immigration depots in Selangor to vote in the May 5 polls.

    ReplyDelete
  21. There were claims that between 25,000 and 28,000 foreigners from east Malaysia are currently camped at the Semenyih, Sepang and Lenggeng immigration detention centres, allegedly waiting to cast their votes in Selangor on Sunday.

    ReplyDelete
  22. “The answer is no,” Immigration Department director-general Datuk Alias Ahmad said.

    ReplyDelete
  23. “In fact, the numbers was (sic) decreased at depots,” he added, referring to the number of detainees at the immigration detention centres.

    ReplyDelete
  24. Alias pointed out that the number of detainees at Immigration centres in the peninsula and Sarawak has fallen to 7,634 from 8,224 last week.He also stressed that there were no foreigners from Sabah or Sarawak being held in the peninsula.

    ReplyDelete
  25. Kerana projek IC.. rakyat Sabah bertelagah sesama sendiri.... tp DALANGnya duduk senang lenang tanpa dikenakan tindakan...

    ReplyDelete
  26. Be End oh Be End, anda boleh buat apa saja usaha untuk membolehkan anda terus bernafas, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang dan tiada siapa yang dapat menentang kuasaNya.

    ReplyDelete
  27. If PR win the election, Anuar will congratulate SPR for doing good job. But will he say the same thing if PR lose?

    ReplyDelete
  28. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, dakwaan pengerusi PKR Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi kononnya terdapat penerbangan yang disediakan kepada rakyat Sabah dan Sarawak ke Selangor bagi tujuan membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 umpama “cakap sampah” yang tidak boleh diguna pakai.

    ReplyDelete
  29. Ujarnya, amat mustahil perkara ini berlaku melainkan rakyat Sabah atau Sarawak itu telah bermastautin lebih dari dua tahun di Selangor.

    ReplyDelete
  30. “Memang terdapat dalam peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekiranya pengundi dari negeri lain telah bermastautin di mana-mana negeri melebihi dua tahun maka mereka boleh mengundi di situ.

    ReplyDelete
  31. “Tetapi sekiranya dakwaan mengatakan bahawa mahu membawa masuk pengundi luar ke Selangor semata-mata untuk membuang undi, ini dakwaan gila… Sudah sangat desperado. Mereka memang sengaja mahu membuat kacau pada PRU ini.

    ReplyDelete
  32. “Sekiranya benar dakwaan mereka ini, kemukakan bukti. Jangan pandai menuding jari menuduh tetapi tiada bukti. Ini semua cakap kosong yang berniat jahat,” katanya

    ReplyDelete
  33. Tambah beliau, semakin dekat tarikh membuang undi, semakin kelihatan pakatan pembangkang ini terdesak untuk meraih undi simpati.

    ReplyDelete
  34. Kerana itulah tegasnya pembangkang mereka pelbagai fitnah tidak logik untuk memburukkan kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  35. “Mereka patut selesaikan masalah dalaman mereka dahulu. Mereka sendiri berpecah belah dan tidak bersatu tetapi hendak burukkan orang lain pula. Mereka mahu BN pula berpecah belah dan mahu rakyat percaya dengan fitnah mereka.

    ReplyDelete
  36. “Ini semua hanya cakap-cakap sampah yang seharusnya tidak diambil peduli orang rakyat. Saya menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan segala fitnah mereka ini. Memang sudah menjadi sikap orang terdesak yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kehendak mereka,” jelasnya lagi.

    ReplyDelete
  37. Sebelum ini pakatan pembangkang mendakwa UMNO membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara untuk mengundi di Selangor. Kononnya mereka memperolehi maklumat tersebut daripada kakitangan sebuah syarikat penerbangan.

    ReplyDelete
  38. SUNDAL BOLONG PUN PANDAI BERBOHONG.BAPA BOREK ANAK RINTIK.

    ReplyDelete
  39. Ehh..Bung Mokhtar pon trcalon semula ke ?? YB sampah parliment dia tu. Brdebat diparliment langsungtak pandai dan yg pandai hanya mncelah bila YB PR mnggasak PM atau mana YB Umngok. Dungu rupenyer dia dlm isu2 lokal apalagi isu global.

    ReplyDelete
  40. Wah pembangkang memang teruk nak kenakan orang Sabah Sarawak ka ni?

    ReplyDelete
  41. agak-agaknya berapa buah kapal terbang yang digunakan untuk menerbangkan 36,000 penggundi ragi dari Sabah ke Selangor? kalau mahu menipu pn biar lah berasas. Rakyat Sabah, baik yang menyokong BN atau PR bukan nya bodoh.

    ReplyDelete
  42. Jadi kau import semua pengundi hantu dari Sabah ka ni?

    ReplyDelete
  43. kita bersyukur kerana kadar pengangguran negara rendah iaitu hanya 3.3 peratus pada bulan Januari 2013. Kadar ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan beberapa negara maju seperti Sepanyol sebanyak iaitu 26.2 peratus, kawasan Euro (Euro Area) sebanyak 12 peratus, Perancis (10.7%), Amerika Syarikat (7.9%) dan Australia (5.4%).

    ReplyDelete
  44. Kita juga bersyukur dengan kos kehidupan yang terkawal seperti ditunjukkan oleh kenaikan angka tunjuk inflasi untuk bulan Januari tahun ini iaitu 1.3 peratus, bersyukur dengan peningkatan taraf hidup seperti yang dicerminkan oleh kadar kemiskinan relatif yang menurun dua kepada 1.7 peratus dan pendapatan per-kapita yang meningkat kepada AS$9,700 pada tahun 2012.

    ReplyDelete
  45. Kerajaan menyedari bahawa usaha untuk meningkatkan taraf kemahiran pekerja harus digandakan. Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir, Kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM3.7 bilion melalui Bajet 2013 bertujuan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

    ReplyDelete
  46. Kerajaan telah menambah baik dan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 untuk menaikkan syarat kelayakan umur Skim Pencen Ilat dari ‘belum mencapai umur 55 tahun’ kepada ‘belum mencapai umur 60 tahun’ agar selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

    ReplyDelete
  47. Setiap kejayaan demi kejayaan yang telah dikecapi oleh negara ini semuanya adalah kerana komitmen kami di Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  48. Rakyat diingatkan tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat, fitnah parti pembangkang bagi meraih sokongan serta menanam kebencian rakyat kepada pemimpin Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  49. rakyat negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang mana sudah terbukti selama lebih 55 tahun kita merdeka dalam negara aman, makmur dan cemerlang.

    ReplyDelete
  50. HAKIKATNYA TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN CIK-CIK YANG DISAYANGI.. X ADA RUGINYA SEMUA RAKYAT SABAH 55 TAHUN VS 5 TAHUN.. INI KALI LAH..

    ReplyDelete
  51. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pengerusi Abdul Aziz Mohd Yusof telah mempersoalkan dakwaan bahawa penerbangan rahsia telah disewa untuk membawa "pengundi luar" ke Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 pada hari Ahad.

    ReplyDelete
  52. Beliau menegaskan bahawa proses itu juga memerlukan tempoh bantahan selama dua minggu di mana senarai pengundi yang dipindahkan secara umum dipaparkan, sebelum perubahan diwartakan.

    ReplyDelete
  53. dipercayai Malaysiakini telah menghubungi beberapa pemimpin atasan BN untuk mengulas mengenai dakwaan itu, tetapi masih belum menerima apa-apa jawapan.

    ReplyDelete
  54. SPR perlu memastikan pilihan raya dijalankan secara adil

    ReplyDelete
  55. Paling penting, tidak ada pihak yang harus cuba menghasut keganasan dan sentimen perkauman dengan harapan untuk memenangi lebih banyak undi...

    ReplyDelete
  56. KALAU RASA TAK RUGI, PILIH PR. TAPI KALAU RASA RUGI PILIH BN.TERSERAH. PR MENANG, CALONNYA YG MENANG JADI YB. DAPAT GAJI BERIBU-RIBU. DAPAT PROJEK ITU,PROJEK INI. BN MENANG PN SAMA JUGA. CALON NYA YG MENANG JADI YB.DAPAT GAJI BERIBU-RIBU. DAPAT PROJEK ITU,PROJEK INI.2X5=5X2.

    LEPAS PRU, SEMUA SIBUK. YANG MENANG SIAP SIAP SIAGA MO ANGKAT SUMPAH.
    YANG KALAH SUGUL,MASHGUL.

    YANG MENGGUNDI-AWAL SUBUH DAH KE LAUT TANGKAP IKAN, AWAL SUBUH DAH KELUAR MENOREH GETAH, AWAL PAGI DAH KE PEJABAT, AWAL PAGI DAH KE SAWAH.YANG MASIH MENGANGGUR DAN MASIH DIBUAI DENGAN KESERONOKAN KERNA PARTI YANG DISOKONG MENANG AKAN MELEPAK DIKEDAI KOPI. TAUKEY..KOPI SATU. TAUKEY...BAGI SAYA MILO KOSONG...BILA TIBA MO BAYAR...MASING-MASING TUNGGU..MO BAYAR KAH TIDAK, MO BAYAR KAH TIDAK.

    WALAU PUN 2X5=5X2...PADA 5.5.2013 KENA PERGI UNDI JUGA LAH. BN/PKR/DAP/STAR/SAPP/BERSAMA/BEBAS??????

    PILIHAN DITANGAN AUDA.

    "SELAMAT MENGGUNDI".

    ReplyDelete
  57. dakwaan ini ada bukti kukuh ke? jgn buat dakwaan jika tak ada bukti kukuh

    ReplyDelete
  58. Jabatan Imigresen Malaysia telah menafikan dakwaan rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah dihantar ke depot imigresen di Selangor untuk mengundi bagi pilihan raya 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  59. The Malaysian Insider difahamkan diantara 25,000 dan 28,000 rakyat asing dari Malaysia Timur sekarang ini ditahan di pusat tahanan imigresen Semenyih, Sepang dan Lenggeng, menunggu untuk mengundi di Selangor pada Ahad.

    “Jawapnnya tidak,” kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman teks pesanan ringkas.

    ReplyDelete
  60. “Malah, angka-angka ini (sic) menurun di depot,” katanya, merujuk kepada bilangan tahanan di pusat tahanan imigresen Selangor.

    ReplyDelete
  61. Alias juga mengatakan jumlah tahanan di pusat tahanan imigresen di semenanjung dan Sarawak telah menurun kepada 7,634 dari 8,224 minggu lalu.

    Beliau juga menegaskan tiada rakyat asing dari Sabah atau Sarawak yang ditahan di semenanjung.

    ReplyDelete
  62. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mustahil untuk membawa masuk pengundi dari kawasan-kawasan lain semata-mata untuk mengundi di Selangor.

    ReplyDelete
  63. Kerajaan Selangor telah membuat beberapa bantahan ke atas daftar pemilih yang dikeluarkan SPR, menegaskan pada Mac lalu sebanyak 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru di negeri tersebut tidak dapat dikenalpasti.

    ReplyDelete
  64. Strategi kempen pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sebagai paling kotor dan penuh dengan provokasi.

    ReplyDelete
  65. Pihak pembangkang mencipta pelbagai provokasi yang bertujuan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan dipersalahkan kelak.

    ReplyDelete
  66. Antara strategi pembangkang ialah mewujudkan kenyataan kononnya Umno dan BN menghina pemimpin mereka, yang kemudian diuar-uarkan kepada orang ramai.Kejadian menjatuhkan bendera dan membakar bendera turut dilakukan ahli pembangkang, lalu menuduh petugas BN yang melakukannya.

    ReplyDelete
  67. Strategi itu dipercayai dirangka pihak atasan parti berkenaan, semata-mata mahu memenangi pilihan raya pada 5 Mei ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.