Wednesday, May 1, 2013

Pengundian pos di London kurang telus

Saya ingin berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kerana telah memulakan dan membuka pengundian pos untuk semua warganegara Malaysia yang bermaustutin di luar negara.

Saya ingin membawa kepada perhatian SPR mengenai beberapa kesilapan yang jelas dalam protokol pengundian pos yang telah dijalankan di Konsulat Malaysia di Belgrave Square London semalam yang tidak masuk akal dan menyebabkan sistem yang sedia ada tidak sah, terbuka kepada penyalahgunaan dan penyelewengan, dan kurang ketelusan(transparensi) . Soalan yang ditanyakan oleh semua yang hadir ialah:

a) Mengapakah kertas undi tidak dikira terus selepas semua yang hadir telah habis undi (oleh wakil SPR di London, dan kiraan ini disaksikan oleh pemerhati indepen serta representasi daripada setiap parti). Sebaliknya kertas undi dimasukkan ke dalam “beg undi khas luar Negara” dan akan dihantar pulang ke Malaysia, dan dari situ diedarkan kepada 222 kawasan. Soalan yang ditanya disini ialah:

i) beg ini akan di bawa balik oleh siapa? Dan apabila di Malaysia pula, siapa yang akan mengedar sampul kertas undi ini kepada dua ratus dua puluh dua kawasan di seluruh Malaysia?

Langkah ini dalam protokol SPR untuk mengundi adalah tidak telus, dan tidak boleh di pantau. Di tangan individu yang tidak soleh boleh ditukarkan. Langkah ini batal dan tidak sah, dan menyebabkan rakyat Malaysia yang keluar mengundi semalam meragui perkhidmatan yang ditawarkan dan kredibiliti SPR.

ii) mengapakah individu dibenarkan, membawa sampul dengan kertas undi yang telah diisikan, keluar dari bilik mengundi dan kertas undi ini dihantar melalui pelbagai cara (melalui rakan, courier, etc), balik ke Malaysia untuk sampul undi yang telah diisikan sampai kepada tangan ketua undi di kawasan masing-masing? Langkah ini terbuka kepada penyelewengan undi dan undi hatu untuk di sertakan sekali. Langkah ini tidak telus dan tidak boleh di pantau.

iii) Bagaimanakah pilihan undi saya sulit dan persendirian, jika borang butir peribadi seperti nama, number IC dan tandatangan dimasukkan sekali gus dalam sampul undi bersamaan dengan undi saya sekali?

Saya berharap pihak SPR boleh memberi penjelasan dan klarifikasi mengenai perkara yang dinyatakan di atas, dan membalas pertanyaan ini.

Saya yang menjalankan tugas sebagai seorang Anak Bangsa Malaysia.M/Insider

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

73 comments:
Write comments
  1. Penipuan akan berlaku dalam perjalanan.... KENAPA SEMUA UNDI TIDAK DIKIRA DI PUSAT PENGUNDIAN... PENIPUAN AKAN BERLAKU SEMASA DALAM PERJALANAN KE PUSAT PENGIRAAN UNDI.... WAHAI PAKATAN PERLU ADA PEMERHATI YANG KOMITED SEMASA UNDI INI DIHANTAR KE PUSAT PENGIRAAN UNDI.... KEMUNGKINAN PETI UNDI AKAN DITUKAR DALAM PERJALANAN ATAU DIUBAH KANDUNGAN ATAU MELENCONG KE TEMPAT LAIN....

    ReplyDelete
  2. Tak payah cakap undi kat london nun. Undi dekat DUN Galas,Gua Musang pd PRK bberapa tahun lepas jugak,penipu. Eskort peti undi naik helikopter dr kaw pndalaman ke Gua Musang utk dikira..takde Polling Agent PR yg dibenarkn . Alasan tak perlu kerana dah ada polis. POLISss??? Sampai Gua Musang..betul le BN sapu bersih kiraan undi tu. Hi hi hi..PR kena kencing oleh SPR.

    ReplyDelete
  3. JANJI BERSIH


    jika berlaku penipuan


    maka janji bersih akan

    membuat 3 tuntutan




    1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13

    2 - menuntut spr di mansuh

    3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi

    ReplyDelete
  4. Pandangan saja.. Tapi mungkin pandangan orang itu tidak tahu akan prosuder daripada SPR sendiri.haha

    ReplyDelete
  5. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata undian pos di luar negara yang dilakukan semalam berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. Beliau berkata secara purata kira-kira 50 peratus daripada pengundi telah menyerahkan kembali sampul kertas undi mereka.

    ReplyDelete
  7. "Proses undian pos berjalan lancar. Contohnya, di Wellington, New Zealnd, sehingga 4 petang waktu tempatan, 60 peratus (rakyat Malaysia yang berada di negara itu) mengundi," katanya.

    ReplyDelete
  8. Seramai 6,339 pengundi pos luar negara boleh membuang undi di 103 kedutaan Malaysia seluruh dunia.

    ReplyDelete
  9. Menurut Datuk Kamaruddin, kedutaan Malaysia dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang waktu tempatan jika terdapat kurang daripada 1,000 pengundi di kawasan itu.

    ReplyDelete
  10. "Kedutaan yang mempunyai lebih 1,000 pengundi seperti Melbourne dan London akan dibuka dari 9 pagi hingga 8 malam waktu tempatan," tambahnya.

    Seawal 9 pagi di Beijing semalam, rakyat Malaysia mula hadir di bangunan kedutaan mereka untuk membuang undi.

    Kedutaan itu menerima pengundi yang mengambil kesempatan mengundi melalui pos buat pertama kali.

    ReplyDelete
  11. Rakyat Malaysia yang tinggal du luar negara dan mendaftar lebih awal dibenarkan mengundi melalui pos.

    Namun, rakyat Malaysia yang tinggal di negara berdekatan seperti Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan, Indonesia perlu pulang ke Malaysia untuk membuang undi.

    ReplyDelete
  12. Lebih 70,000 warga Malaysia kini berada di United Kingdom (UK). Ada yang sedang menuntut di kolej atau universiti dan sebahagian besar lagi bekerja.

    Ramai juga yang datang merantau bersama keluarga dan ada dalam kalangan mereka ini yang menetap di UK sejak lebih sedekad yang lepas.

    ReplyDelete
  13. Dengan tanggal pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditetapkan pada 5 Mei, dan rakyat Malaysia di perantauan buat julung kali dibenarkan mengundi sebagai pengundi pos, warga Malaysia di Britain sudah bersedia untuk menunaikan kewajipan mereka.

    Wartawan Bernama berkesempatan meninjau persiapan warga Malaysia di London untuk menghadapi PRU13 sebagai pengundi pos dan pengundi tidak hadir.

    ReplyDelete
  14. "Setakat 24 Mac, 2013, seramai 839 warga Malaysia berdaftar sebagai pengundi pos di UK, satu persiapan awal untuk menghadapi PRU13," jelas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Seri Zakaria Sulong kepada Bernama ketika ditemui di London baru-baru ini.

    Dan angka ini adalah jumlah terbesar untuk satu-satu pusat pengundian yang terletak di luar negara.

    ReplyDelete
  15. Inilah kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara, rakyat Malaysia dibenarkan mengundi dari negara yang mereka bermastautin. Sebelum ini, peluang sebegini hanya bagi penjawat awam yang bertugas di luar negara dan bukan bagi warganegara biasa yang menuntut mahupun bekerja.

    ReplyDelete
  16. Zakaria menjangkakan angka pengundi yang bakal mengundi di pusat pengundian luar negara di London akan meningkat.

    ReplyDelete
  17. "Pengundi yang berdaftar perlu datang ke pejabat Suruhanjaya Tinggi untuk mengesahkan identiti mereka sama ada dengan kad pengenalan ataupun pasport masing-masing untuk diserahkan kertas undi, pada tarikh mengundi yang ditetapkan untuk mereka di UK nanti," jelas Zakaria lagi.

    ReplyDelete
  18. SPR menetapkan tarikh mengundi awal bagi pengundi pos dan pengundi tidak hadir pada 30 April.

    ReplyDelete
  19. Pengundi-pengundi pos yang akan mengundi buat kali pertama dari UK akan menerima kertas undi mengikut kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

    ReplyDelete
  20. Ada juga warganegara yang sebaliknya memilih untuk balik ke Malaysia menjelang PRU13 supaya mereka dapat mengundi terus di pusat mengundi masing-masing.

    ReplyDelete
  21. Bagaimanapun, kemudahan undi pos ini akan dapat mengelakkan perbelanjaan tambang kapal terbang untuk pulang selain terpaksa bercuti panjang semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di PRU13 dan yang seterusnya.

    ReplyDelete
  22. Lagipun, jari pengundi pos di luar negara tidak akan dicalit dengan dakwat kekal menurut Zakaria kerana jumlah pengundi terhad selain satu sahaja pusat mengundi di London, iaitu pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Seorang warga Malaysia, Wan Nur Suryani Firuz Wan Ariffin yang ditemui di kampus Kings College di The Strand, London, menunjukkan proses pendaftaran sebagai pengundi pos sangat mudah.

    ReplyDelete
  24. "Malah sekejap sahaja. Saya masuk ke laman SPR sepertimana yang dimaklumkan dan hantar permohonan, kemudian penerimaan permohonan dimaklumkan dalam masa tidak sampai lima minit," jelas Wan yang telah enam bulan mengikuti kursus Phd dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi di kolej berprestij dengan 25,000 orang penuntut.

    ReplyDelete
  25. Apabila ditanya jika permohonannya untuk mengundi secara pos berjaya, Wan mengangguk tersenyum.

    ReplyDelete
  26. "Ya, Alhamdulilah. Saya pasti mahu mengundi dalam PRU13. Saya dan suami yang bekerja di bahagian Imigresen Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara," tambahnya, sambil berjalan menuju ke sebuah restoran untuk minum petang.

    ReplyDelete
  27. Sementara itu, S.Devina yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, yang terus bekerja di Britain selepas menamatkan penggajiannya juga berkata pengalamannya mendaftar sebagai mengundi pos juga mudah.

    ReplyDelete
  28. "Bila pilihan raya umum kali ini? Sudah lama saya menantikannya, malah selalu tertanya-tanyakan tarikhnya. Setiap kali saya berjumpa dengan orang kita, saya tanyakan soalan yang sama," kata Devina sambil tertawa kecil.

    ReplyDelete
  29. Devina yang fasih berbahasa Melayu, bertugas di bahagian Kajian Asia Tenggara dan Afrika atau SOAS, di London University, Bloomsbury, mendapat tahu mengenai laman web yang perlu dilawati untuk proses pendaftaran menerusi laman sosial.

    ReplyDelete
  30. "Saya bersetuju warga Malaysia di luar negara perlu diberi kesempatan untuk mengundi secara pos. Ini satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  31. Sebaik sahaja saya mendengar tentang pengumuman kerajaan berkaitan dengan peluang mengundi secara pos dari luar negara, saya menunggu saat laman web diaktifkan dengan penuh rasa teruja," tambah Devina ketika ditemui di Galeri Brunei, yang terletak berhadapan bangunan SOAS.

    ReplyDelete
  32. Proses pendaftaran yang serupa turut dilalui warganegara Malaysia yang bertugas sama ada untuk syarikat tempatan mahupun antarabangsa di Kuwait dan Arab Saudi baru-baru ini.

    ReplyDelete
  33. Sementara pegawai pengurus pilihan raya menguruskan pusat mengundi di tanah air, pusat mengundi di pejabat Suruhanjaya Tinggi akan diuruskan oleh seorang pegawai pengundian dan pembantunya yang dilantik pihak SPR.

    ReplyDelete
  34. Selain itu ejen-ejen calon yang bertanding turut diberi ruang untuk memerhatikan proses pengundian sepertimana di tanah air. Seorang kerani akan ditugaskan untuk menyemak senarai nama pengundi pos yang berdaftar di pusat pengundian di London untuk diserahkan kertas-kertas undian kepada pengundi.

    ReplyDelete
  35. Setelah menerima kertas undi, pengundi boleh terus ke petak undi untuk mengundi dan selepas itu memasukkannya ke karung undi.

    ReplyDelete
  36. Setelah tamat masa mengundi, karung undi akan dibawa oleh pegawai yang dilantik SPR balik ke Malaysia menggunakan enerbangan terus secepat mungkin.

    ReplyDelete
  37. "Dari lapangan terbang Heathrow di London, ada dua penerbangan balik ke Malaysia setiap hari, jadi penghantaran balik karung kertas undi dapat dijalankan segera," jelas Zakaria.

    ReplyDelete
  38. Apabila sampai di tanahair, kertas-kertas undi akan dihantar ke kawasan Parlimen dan DUN masing-masing.

    ReplyDelete
  39. Pengundi yang telah berdaftar untuk mengundi secara pos di luar negara perlu mengambil kesempatan yang baru diperkenalkan kerajaan Malaysia ini untuk mengundi.

    ReplyDelete
  40. Malaysia telah memasuki kategori sebilangan kecil negara yang membenarkan rakyatnya mengundi di luar negara.

    ReplyDelete
  41. Selain itu, sebarang isu yang terbuku dan membebani pengundi selama ini akan selesai setelah mereka memangkah kertas undi secara sah dan sempurna.

    ReplyDelete
  42. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah menandatangani satu memorandum bersama dengan ‘Transparency International’ untuk memantau dan memastikan PRU13 berjalan dengan bebas dan adil demi memenuhi kepuasan warganegara Malaysia.- Bernama

    ReplyDelete
  43. More than 70,000 Malaysians are now residing in United Kingdom (UK).Some are studying in colleges or universities and mostly working. Many have brought along families and have been staying in UK for more than a decade.

    ReplyDelete
  44. With the polling date for the 13th General Election (GE13) set on May 5, and Malaysians overseas for the first time allowed to vote as postal voters, Malaysians in Britain are eager to exercise their rights as voters.

    ReplyDelete
  45. "As of 24 March 2013, a total of 839 Malaysians have registered as postal voters in UK to vote during GE13," explained Malaysian High Commissioner to Britain Datuk Seri Zakaria Sulong.

    ReplyDelete
  46. This is the first time in the country's election history, Malaysians have been allowed to vote from another country. Previously, only civil servants stationed overseas had the privilege of voting in absence but not the other employees and students.Zakaria expects the number of Malaysian voters in London to increase on the run up to the election.

    ReplyDelete
  47. "Those who have registered as voters have to be at the High Commission office to certify their identity through their IC or passports before they are handed over their voting slip, on the polling day meant for postal voters," explained Zakaria.The Election Commission (EC) has set an early polling date for postal and absent voters on April 30.

    ReplyDelete
  48. The postal voters voting for the first time in UK will be receiving voting slips based on their respective parliament and state assembly seats. Yet there are other loyal Malaysians who are planning to return home for the GE13 to vote at the respective polling centres.

    ReplyDelete
  49. Nevertheless, the postal vote facility helps to save cost as they don't have to waste money on air tickets to return home and there is no need to take long leave to be back home to vote in GE13 and the subsequent elections.

    ReplyDelete
  50. Moreover, postal voters need not have their fingers marked with indelible ink according to Zakaria because of the limited numbers of voters and as there is only one voting centre in London, the Malaysian High Commission.

    ReplyDelete
  51. Those who have registered as postal voters should take advantage of this opportunity introduced recently by the Malaysian government. Malaysia is among a handful of countries that now allows its citizens to vote from outside.

    ReplyDelete
  52. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had signed a MoU with Transparency International to monitor and ensure GE13 freely and fairly to fulfill the Malaysians aspirations.

    ReplyDelete
  53. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa proses pengundian pos dan undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke 13 akan dijalankan secara telus dan selamat.

    ReplyDelete
  54. SPR telah mengambil pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan urusan pengundian itu berjalan lancar dan terhindar daripada sebarang unsur penipuan.

    ReplyDelete
  55. Dakwat kekal yang akan dicalitkan pada jari telunjuk sebelah tangan kiri adalah berbeza warnanya berbanding dengan pengundi biasa dan akan melekat pada jari pada selama 7 hari, ini menggelakkan pengundian berulang seperti yang sering didakwa oleh sesetengah pihak

    ReplyDelete
  56. Bagi pengundian pos pula, terdapat Nombor Siri Kertas undi pada borang 2 yang bertujuan untuk memastikan bahawa hanya pengundi berkenaan yang menerima kertas undi itu dan bukannya orang lain,

    ReplyDelete
  57. SPR juga menyangkal dakwaan mengenai warna dakwat yang digunakan itu mudah ditiru kerana menurut Kamaruddin dakwat yang digunakan berlainan dan tidak dijual di kedai selain menjelaskan dakwat itu dijaga dengan rapi.v

    ReplyDelete
  58. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan sejumlah 6,092 sampul surat mengandungi undi pos luar negara akan sampai ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya yang berkenaan.

    ReplyDelete
  59. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sampul berkenaan diterima dari 100 pejabat perwakilan Malaysia di pelbagai lokasi seperti Muscat, Dublin dan New York.

    ReplyDelete
  60. "Tidak banyak masalah yang dihadapi dari segi penghantaran dan penerimaan. Keseluruhan sampul surat yang dihantar ke luar negara berjumlah 8,725 pada 28 April lalu manakala bilangan yang dituntut adalah 6,092.

    ReplyDelete
  61. "Bilangan yang tidak dituntut 2,633," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau proses penerimaan sampul undi pos luar negara di Kementerian Luar di Putrajaya, Khamis.

    ReplyDelete
  62. Abdul Aziz berkata kerjasama kali pertama dengan kementerian itu berjaya menarik perhatian warga Malaysia di luar negara untuk terlibat dalam proses pilihan raya.

    ReplyDelete
  63. Sementara itu, pada proses penerimaan sampul undi pos hari Khamis, beliau berkata tidak wujud sebarang ruang dan peluang untuk penipuan.

    ReplyDelete
  64. Beliau menunjukkan kepada media beg diplomatik berkunci mengandungi sampul undi pos yang diasing mengikut kawasan tertentu untuk dihantar ke pejabat RO berkenaan.

    ReplyDelete
  65. SPR masih tidak menyakinkan, banyak juga penyelewengan dan ketidak transparent atas urusannya.

    ReplyDelete
  66. At least the people out there playing their role to vote.

    ReplyDelete
  67. Isu dakwat juga diragui dan tidak menyakinkan.

    ReplyDelete
  68. Baguslah undian melalui pos dibenarkan. Yang penting, prosedur harus diikuti agar tidak dipertikaikan.

    ReplyDelete
  69. Pasti ada kelemahan dalam proses pengundian dan penghantaran.

    ReplyDelete
  70. He said that Matsumoto had urged Malaysia to consider Japanese companies for investment in infrastructure projects including the Mass Rapid Transit system and other opportunities arising from the Economic Transformation Programme.

    ReplyDelete
  71. The foreign minister had also expressed Tokyo’s appreciation for Malaysia’s move yesterday to cancel the travel advisory issued following the nuclear tragedy after the March 11 earthquake and tsunami.

    ReplyDelete
  72. Malaysia was then concerned over radioactive contamination of Japanese food imports.

    ReplyDelete
  73. Matsumoto had also expressed Tokyo’s support for the Malaysia-Japan International Institute of Technology which would be operational in September and confirmed that a special loan would be given by the Japanese government to ensure the project’s success.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.