Wednesday, May 1, 2013

Anwar Dedahkan Lokasi Rahsia Peti Undi Disorokkan

PKR semalam mendedahkan gambar lokasi rahsia Sungai Chua, Kajang, yang didakwa digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyimpan peti undi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menampilkan dokumen dan sampul undi pos yang diperoleh dari lokasi rahsia itu.

“Dengan bukti-bukti ini, Anwar menggesa SPR menjawab mengapa dan untuk apa undi pos rasmi di simpan di tempat yang mencurigakan dan bukan di ibu pejabat SPR.

“Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini menjadi tempat simpanan rasmi rahsia SPR sepertimana yang disebut SPR dan begini kedududukannya kawasan perindustrian, Sg Chua, Kajang.”

Gambar tersebut menunjukkan premis yang menjadi tempat menyorokkan undi pos itu adalah sebuah rumah kedai.

Turut dikesan adalah kereta pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut undi pos tersebut.

Minggu lepas, Anwar mendedahkan bagaimana kereta tersebut tidak ke ibupejabat Putrajaya sebaliknya dilencongkan ke lokasi misteri itu.

“Bagaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR yang kenderaan sepatutnya dibawa ke Putrajaya. ”

Dilaporkan pada Apr 25 bahawa SPR berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian untuk memastikan pelancaran hari pengundian nanti.

86 comments:
Write comments
  1. NDA USAH JAU-JAU BAH DI SABAH PUN BOLEH BAH DI TUNJUK KAN TEMPAT UNDI DI TAPUK....
    BEGITU LA CARA BN UNTUK MENANG DI SABAH SELAMA BEPULUH TAHUN..

    AYUH RAKYAT SABAH KITA GUNAKAN SEGALA YG ADA SEPERTI HANDPHONE CANGGIH YG BOLEH MERAKAM,KAMERA PINTAR YG BOLEH MENGAMBIL GAMBAR,RAKAMAN VIDEO ATAU APA-APA SAJA YG BOLEH MENUNJUKKAN BUKTI BUKAN SAJA KEPADA WARGA MALAYSIA TAPI KITA TUNJUKAN KEPADA DUNIA PENIPUAN PILIHAN RAYA YG BERMAHA-RAJA LELA DI MALAYSIA INI SEJAK BERPULUH TAHUN SEKALI PUN NYAWA HATTA BADAN MENJADI KORBAN DEMI SUATU KETULUSAN DAN KEADILAN YG AKAN DI CAPAI...

    INI KALI LAAA...
    BAYUMURNI...

    ReplyDelete
  2. ayu pakatan perangi besar-besaran, penipuan spr bodoh nih.... spr anjing najib....

    ReplyDelete
  3. patutnya susahnya parti yg disokong oleh rakyat marhean sebelum ini utk kalahkan umno/bn..
    teruknya spr buat keja jahat ni..

    ReplyDelete
  4. Saya minta SPR jawab dengan kadar segera isu ini supaya semua rakyat dapat penjelasan kenapa jadi mcm ni. Pilihan raya nak mula tak berapa hari saja lagi. Jangan bagi rakyat ragu2 dengan segala tindak tanduk SPR yang kebelakangan ni nampak makin hilang arah. Masa depan negara kita bergantung kepada undi2 ini. Ini perkara yang sangat serius.

    ReplyDelete
  5. Pengerusi SPR ingat rakyat ini bodoh dan dungu untuk bertindak? Ingat! PRU13 kmi x menang perjungn ttp bersambung ke PRU14. Walhal yg benar tetap akan menang suatu hari nnt..

    ReplyDelete
  6. Aku sokong 101 % dgn kenyataan Abg Mat Sabu yg mmberi ingatan jika BN masih menang dgn kaedah 1001 mcm penipuan..rakyat akan dihimpunkn seluruh negara utk brhimpun dan menjatuhkn BN yg penipu. BETUL JUGAK TU,MCM SUKAN TINJU SIAM. REGU BIRU DIBENARKN GUNA LUTUT SIKU UTK HENTAM KAWAN TAPI REGU MERAH TAK BOLEH,MCM MANA? SAPA TAK PANAS,KAN ??

    ReplyDelete
  7. MEMANG BENAR TU BAYU MURNI.KITA PURA PURA JADI PENGIKUT BN .LEPAS ITU KITA JADI PEMERHATI BEBAS SEGALA KEGIATAN SPR

    ReplyDelete
  8. Syabas pemerhati PR yang memantau aktibiti SPR spt dirumah kedai berkenaan, kalau boleh menyelinap masuk apa aktibiti sebenarnya dibuat didalam rumah kedai berkenaan. Ambil gambar dan buat rakaman supaya jadi bahan bukti.

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah... kenapa sampai macam ni SPR.. ini bukan fitnah lagi sudah jelas dan terbukti..UMNO BN cuba main kotor dan menipu rakyat malaysia sekali lagi... ayuh..rakyat malaysia buka mata buka hati dan minda..kita TOLAK BN UMNO pada PRU13 kali ini..JOM UBAH KALI INI LAH...TUMBANGKAN REJIM UMNO BN....

    ReplyDelete
  10. Hahaha tidak tahu pula benar atau tidak semua ini. Mesti Anwar tahu pasal dia yang ajar dulu semua ini. Sebab itulah dia tahu apa yang SPR lakukan. Sifu menipu dulu kan Anwar.

    ReplyDelete
  11. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, 63, mengakui, banyak cabaran yang dihadapi sejak menggalas tanggungjawab tersebut bermula 31 Disember 2008.

    ReplyDelete
  12. Apatah lagi ketika itu, negara berdepan dengan tsunami politik yang hebat rentetan daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang menyaksikan gelombang baharu politik negara

    ReplyDelete
  13. Ekoran PRU-12 yang sengit lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selain Kelantan yang sememangnya sudah berada di bawah pentadbiran Parti Islam Se Malaysia (Pas).

    ReplyDelete
  14. Bagaimanapun Abdul Aziz memberitahu, sudah menjadi amalannya apabila ditugaskan memegang apa-apa jawatan, ia akan dilaksanakan dengan amanah, penuh kesungguhan dan komitmen.

    ReplyDelete
  15. "Jujurnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk menjawat jawatan ini. Tetapi, apabila dilantik berdasarkan perlembagaan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-Raja, saya menganggap ia satu cabaran besar untuk dilunaskan.

    ReplyDelete
  16. "Tambahan pula, saya difahamkan kebanyakan Pengerusi SPR sebelum ini tidak berdepan masalah yang begitu mencabar kerana senario politik negara ketika itu amat terkawal. Sebaliknya, apabila saya mengambil alih tugas daripada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, suasana politik Malaysia amat berbeza," ujar Abdul Aziz ketika ditemui Kosmo! di Putrajaya baru-baru ini.

    ReplyDelete
  17. Menurut beliau, perbezaan yang dimaksudkan adalah adanya pertembungan dua kumpulan besar politik antara pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah dengan satu kumpulan lain iaitu Pakatan Rakyat (Pas, PKR dan DAP) yang bergabung secara pakatan.

    ReplyDelete
  18. "Dari segi undang-undang, tidak ada gabungan itu kerana pakatan tersebut tidak mempunyai satu simbol parti untuk melambangkan ketiga-tiganya. Justeru, SPR menganggap mereka sebagai tiga parti berbeza.

    ReplyDelete
  19. "Namun, tetap nampak persaingan hebat kerana rakyat jelata khasnya pengundi-pengundi telah mempunyai pendidikan tinggi, pengetahuan yang luas serta mempunyai perkongsian pengalaman dari negara-negara luar yang banyak kerana adanya media-media elektronik, media sosial dan blog-blog untuk mendapatkan pelbagai maklumat," jelas beliau lagi.

    ReplyDelete
  20. Sepanjang hampir lima tahun bergelar Pengerusi SPR, Abdul Aziz berkata, beliau membahagikan parti politik di negara ini kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama adalah parti politik yang tidak ambil kisah dan peduli kerana keadaannya yang tidak aktif. Jadi, apa sahaja yang dicadangkan dan diputuskan tidak mendapat respons daripada mereka.

    ReplyDelete
  21. Kumpulan kedua pula terdiri daripada parti-parti politik yang peramah dan mesra dengan SPR. Mereka suka berbincang, bertukar-tukar fikiran dan memberi pandangan serta kritikan membina kepada SPR dengan cara yang baik tanpa menghebah-hebahkan pada media.

    ReplyDelete

  22. "Mereka ini selalu datang berjumpa saya memberi cadangan serta teguran secara jujur.

    ReplyDelete
  23. "Kumpulan ketiga pula terdiri daripada parti politik yang selalu berada dalam keadaan tidak berpuas hati. Apa sahaja yang dilakukan SPR, akan dipandang negatif. Kalau kita buat A, mereka akan kata sepatutnya buat B, kemudian apabila kita buat B, mereka kata buat A bagus pula sekali gus menyebabkan SPR serba-salah.

    ReplyDelete
  24. "Kumpulan ini juga suka mengkritik, memperlekeh dan mencemarkan integriti SPR supaya kami dipandang sebagai satu badan yang prokerajaan, tidak berdikari dan tidak cekap meskipun berbagai-bagai perubahan telah dibuat berlandaskan undang-undang," tegas Abdul Aziz.

    ReplyDelete
  25. macam dah x de hari pembalasan! itulah Anwar yg sangat mo jadi PM!!

    Bagai Si Kitol dalam hikayat sejarah melayu. porak poranda negara.

    ReplyDelete
  26. Menjelang tarikh pengundian sempena PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri itu menjelaskan, SPR sudah mula membuat perancangan bagi menghadapi pilihan raya umum sejak tiga tahun lalu.

    ReplyDelete
  27. "Kami telah bekerja kuat dalam tempoh itu. Lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya oleh kerajaan bagi membincangkan, mengesyorkan cadangan-cadangan untuk memperbaiki proses dan sistem pilihan raya.

    ReplyDelete
  28. "Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil pelbagai parti politik. Rentetan itu, banyak kertas kerja telah dihantar selain ramai kumpulan dan individu tertentu datang berjumpa mereka untuk memberi cadangan.

    ReplyDelete
  29. "Akhirnya, mereka telah mengemukakan 32 syor kepada SPR dalam aspek jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang. Hasil kerjasama semua pihak, banyak syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini diterima oleh SPR dan akan dilaksanakan," kata beliau.

    ReplyDelete
  30. Secara keseluruhan terdapat 19 pembaharuan yang dilakukan SPR pada PRU-13 kali ini. Antaranya, penggunaan dakwat kekal, memperkenalkan undi awal kepada anggota tentera dan polis, memperluaskan undi pos kepada semua rakyat Malaysia di luar negara serta menjemput pemerhati antarabangsa dan dalam negeri.

    ReplyDelete
  31. Semua pembaharuan yang pertama kali diperkenalkan itu turut mengundang kerisauan pada Abdul Aziz sama ada ia boleh dilaksanakan dengan berkesan sebagaimana yang dirancang.

    ReplyDelete
  32. mmm, walfitnatu asyaddu minal khotr!

    ReplyDelete
  33. Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sememangnya mempunyai stor penyimpanan barang dan peralatan pilihan raya di Sungai Chua, Kajang.

    ReplyDelete
  34. "Sungai Chua memang ada stor SPR," kata Abdul Aziz

    ReplyDelete
  35. "Apa salahnya kotak undi dilihat dalam kenderaan yang mempunyai logo SPR? Kotak undi kosong.

    Saya pelik mengapa Anwar persoalkan tentang ini? Sekarang penghantaran logistik pilihan raya memang sudah berjalan. Bukan sahaja di Sungai Chua, di Perak, Kedah dan seluruh negara," Tan Sri Abdul Aziz

    ReplyDelete
  36. Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula mengatakan sebelum pengundian awal yang akan berlangsung pada 30 April ini, SPR sudah mula mengagihkan barang dan peralatan pilihan raya kepada pegawai - pegawai pengurus di seluruh negara.

    ReplyDelete
  37. "YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tak usah risau. Biasa kotak undi dilihat dalam kenderaaan berlogo SPR. Tapi kalau ada ternampak kenderaan lain yang bawak, beritahu saya, saya pun nak siasat," kata Timbalan Pengerusi SPR

    ReplyDelete
  38. Abdul Aziz turut menafikan dakwaan Anwar mengenai analisis daftar pengundi dilakukan oleh PKR yang mendapati terdapat 28,593 pengundi terdiri daripada warga Indonesia, Filipina, Pakistan, dan Bangladesh.

    "Mana boleh. Bukan warganegara tak boleh jadi pengundi. Automatik sistem akan tolak".

    ReplyDelete
  39. Akan tetapi menurut Abdul Aziz, sekiranya terdapat warganegara asing yang telah lama menetap di Malaysia dan diberi kerakyatan, selepas mendapat kad pengenalan biru, mereka layak undi menjadi pengundi.

    ReplyDelete
  40. "SPR tidak akan tanya bagaimana mereka dapat jadi warganegara. SPR hanya akan semak dengan JPN, jika semuanya ok, SPR akan daftarkan, jika tidak, SPR akan tolak,"

    ReplyDelete
  41. Mengenai ceramah Pengerusi Kebangsaan DAP yang dihentikan oleh pegawai SPR di Bukit Gelugor, Pulau Pinang semalam, Wan Ahmad mengatakan semenangnya terdapat Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di setiap kawasan yang terdiri daripada seorang pegawai SPR, seorang pegawai polis, seorang ahli PBT dan setiap wakil calon.

    ReplyDelete
  42. "Mereka mempunyai kuasa untuk berhentikan ceramah tanpa permit. Selain itu, kalau penceramah kasar sangat, PPKPR juga boleh minta dia tone down sikit ertinya semua kesalahan dalam Akta Pilihan Raya,"

    ReplyDelete
  43. Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.

    ReplyDelete
  44. Saying that the general election is “almost here”, Datuk Seri Najib Tun Razak said the Election Commission (EC) had been hard at work implementing safeguards to ensure the rakyat’s voice was represented as accurately as possible.

    ReplyDelete
  45. The prime minister cited three initiatives carried out by the commission that particularly stood out, namely efforts to keep the electoral roll accurate and up-to-date, postal voting for Malaysians living a considerable distance overseas, and the use of indelible ink.

    ReplyDelete
  46. Najib said, keeping the electoral roll accurate was meant to prevent potential fraud and impersonation by phantom voters.

    ReplyDelete
  47. Campaigns have been launched to further engage voters in verifying their names in the roll and cross-checking with their identity card numbers,” he said.

    ReplyDelete
  48. He said postal voting for Malaysians living abroad, in places ranging from Australia and the United Kingdom to China and Qatar, would allow them to exercise their voting rights.

    ReplyDelete
  49. “Also, advance voting has been implemented for those within the country who have other duties to perform on polling day, allowing them to vote several days earlier,” Najib said.

    ReplyDelete
  50. The compulsory use of indelible ink, he said, was to identify those who had voted.

    ReplyDelete
  51. These are just some of the initiatives that have been put into place to prepare for the momentous exercise in democracy we are about to undertake." Najib said.

    ReplyDelete
  52. "I have also done my part as a political leader by signing Transparency International’s Election Integrity pledge, and I will ensure that all Barisan Nasional candidates honour this agreement, too,” he noted.

    ReplyDelete
  53. The prime minister said it was now up to the people to ensure that they were prepared for the coming election.

    ReplyDelete
  54. Dua dari kiri dkt Anuar Ibrahim dalam gmabr di atas namanya Mat Sabu (Calon PAS). Masa Anuar jdi TPM dan dn Timb.Presiden UMNO dia gelar Anuar dengan gelaran Syeikh Al'Juburi. Sekarang dia satu team dg Anuar utk tumbangkan UMNO/BN hahahaha.

    ReplyDelete
  55. Pencacai UMNO ni sudah kehabisan modal utk berkempen,...isu lucah, isu fitnah semua mereka telah lakukan. Jadi apa pula cereta yg hendak mereka rekakan selepas ni, wallahualam.

    ReplyDelete
  56. Tun Mahathir Perlu ‘MATI SAJA’ – Anwar Ibrahim

    Inilah dia peribadi paling mulia pemimpin yang ‘disanjung’ oleh pencacai pakatan diluar sana. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini meminta agar Tun M berhenti dari turun berkempen untuk BN kerana menurut Anwar, Tun M sudah nak mati. Dalam satu ceramah di Segamat, Johor, ketua umum PR bertindak celupar dan melampau batas apabila beliau berkata Tun Mahathir patut “mati saja” daripada berkempen untuk BN.

    Sekurang-kurangnya, jika Tun meninggal pun dia telah banyak berjasa demi agama, bangsa dan negara. Jadi ini semua kata-kata Anwar yang kalau dia mati, dia akan kempunan sebab tak dapat jadi PM.

    Kami rakyat Malaysia yang tahu mengenang jasa dan khidmat Tun M sentiasa mendoakan agar Tun dilindung dan dirahmati Allah swt. Tun sentiasa dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang setimpal untuk beliau.

    Inilah dia, pemimpin yang nak dipilih oleh puak-puak PKR, pemimpin Islam yang mendoakan kematian dan keuzuran orang lain. Seharusnya, Anwar kena melihat dan menimbang balik dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan beliau ketika berada di atas muka bumi ini.

    Ini tidak, sibuk nak mencari kesilapan orang lain, membuat fitnah keatas UMNO dan memperlekehkan hukum Allah dengan ingin membawa pluralisme dan liberalisme dalam negara.

    Benda yang haram pun nak dihalalkan, inilah Anwar. Tak terkejutlah dengan kenyataan Anwar kali ini, sudah pasti beliau masih berdendam dengan Tun M kerana beliau berjaya menumpaskan kerjaya licik Anwar dahulu dengan mengesannya lebih awal.

    Tun juga yang mengheret Anwar masuk ke dalam penjara dan menjalani kehidupan sebagai seornag banduan. Jadi tidak mustahil adanya dendam Anwar kepada Bapa Permodenan negara yang satu ini.

    Beliau juga yang lantang menyelar segala tindak tanduk Anwar dan mendedahkan masalah moraliti yang mengulit kehidupan dan peribadi calon bagi kerusi Permatang Pauh itu. Anwar pasti tidak suka dengan keadaan ini.

    Anwar melihat Tun M sebagai individu yang menghalangnya untuk mara ke Putrajaya kerana orang tua bijak itu sudah tahu dan dapat memabaca segala taktik kotor beliau untuk mentadbir negara.

    Tun M tahu bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik dan boleh menghancurkan negara dalam sekelip mata, sebab itu Anwar mahu Tun M mati. Sebab Anwar tak mahu segala apa yang dirancangnya selama ini boleh musnah dek kerana kepintaran dan kewarasan individu bernama Mahathir Mohamad ini.

    So, boleh dikonklusikan di sini, Anwar sebenarnya tension sebab Tun M tahu segala gerak geri dia, dan inilah penghalang utamanya. Sebab itu dia berani cakap macam itu.

    Ingatlah jasa Tun M kepada negara, kalau bukan kerana beliau, kita tidak akan sesenang dan semaju sekarang. Kalau dulu banyak tentangan yang dihadapinya, sekarang ramai yang bersyukur atas nikmat Allah yang ada melalui idea dan keberanian Mahathir membawa nama Malaysia ke mata dunia.

    Anwar, sudah-sudahlah tu nak menyebar dakyah kamu. Mohon maaflah kepada semua yang oernah anda sakiti. Tidak semua orang kita boleh senangkan hatinya, tetapi sekurang-kurangnya cubalah berusaha untuk menyenangkan orang lain.

    ReplyDelete
  57. Anonymous 2 Mei 2013 at 5:23pm.
    Itu bukan fitnah dan lucah.Itu Fakta. Yg dimaksudkan oleh ayat itu ialah Mat Sabu lah orang yang pertama memberi gelaran kpd. Anuar Ibrahim dengan gelaran Syeikh Aljubri. Masa dia bagi gelaran itu Anwar Ibrahim masih lagi orang UMNO.Umi Hasfilda Ali-adik kpd Azmin Ali orng kuat Anuar masa kini dlm ceramah nya pn pernah gunakan gelaran itu dan dia kata dia pnjam gelaran yg Mat Sabu berikn. Seluruh Malaysia tahu mengenai gelaran itu.
    Tak kisah lh ko mo sokong Anuar atau tidak itu hak kamu. Tapi orang lain pn ada hak jga mau brckp. Bukn brmkna bila brckp mcam itu sokong UMNO. Cuba ko tenggok Sumpah Laknat yg dibuat oleh Saiful yg menuduh dia di liwat. Sumpah pertama dia buat di Masjid WIlayah Persekutuan. Sumpah kedua dia buat di hadapan Kaabah dengan tuduhan yag sama.

    ReplyDelete
  58. betul ke tidak pendedahan ni.. semua lah benda Anwar tau.. entah2 tipu ja

    ReplyDelete
  59. setakat tunjuk gambar mcm tu, tak boleh percaya sangat.

    ReplyDelete
  60. Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa pernah menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 yang bernilai RM10 billion di luar negara sehinggalah taraf sah laku kedua-dua wang kertas tersebut ditarik balik pada tahun 1999.

    ReplyDelete
  61. Mengikut sumber daripada Utusan Malaysia, sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari 2011.

    ReplyDelete
  62. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu, 150,259 keping atau 92.4 peratus adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping atau 99.4 peratus ialah wang kertas RM1,000 bernilai RM26 juta.

    ReplyDelete
  63. Wang kertas ini (RM500 dan RM1,000) ini telah dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999, maknanya selepas daripada tarikh itu wang kertas tersebut tidak lagi bernilai. Tiada juga cetakan dibuat sejak tahun berkenaan.

    ReplyDelete
  64. Walaupun wang kertas RM500 dan RM1000 tidak lagi bernilai dan taraf sah lakunya ditarik balik, anda masih lagi boleh menukar wang kertas tersebut di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia atau menjualnya kepada pengumpul matawang lama.

    ReplyDelete
  65. Inilah satu pekara yang rakyat Malaysia lupa bahawa wang note RM500 dan RM1000 berjumlah 101 juta berada didalam simpanan Anwar Ibrahim. Kerana itu apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Menteri Keewangan pada tahun 1999 mata wang tersebut terus dibekukan penggunaanya dan pengeluarannya.

    ReplyDelete
  66. Orang muda yang ada hari ini mungkin tidak tahu pekara ini apatah lagi pernah melihat mata wang note RM500 dan RM1000. Tetapi kepada mereka yang lebih berumur pasti pernah melihat malah memegang wang tersebut.

    ReplyDelete
  67. Sebab itu Anwar Ibrahim meroyan sampai sekarang nak jadi Perdana Menteri kerana apabila beliau berkuasa kelak percayalah penggunaan mata wang RM500 dan RM1000 akan digunakan semula bagi memberikan lesen buat Anwar Ibrahim membawa kembali wang bernilai jutaan ringgit tersebut yang telah dirompak oleh beliau sewaktu menjawat jawatan Menteri Keewangan.

    ReplyDelete
  68. Apakah rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Najib Razak? Fikir dengan bijak, jangan jadi bodoh!

    ReplyDelete
  69. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan penghantaran peti undi ke negeri-negeri adalah proses biasa, memandangkan SPR masih dalam urusan penghantaran logistik bagi keperluan pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  70. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap kawasan, untuk memastikan kelancaran pada hari pengundian nanti.

    ReplyDelete
  71. "Apa yang nak dihairankan. Ini adalah tugas SPR untuk menghantar logistik berhubung pilihan raya," katanya.

    ReplyDelete
  72. Mengenai dakwaan Anwar bahawa terdapat lebih 28,000 warga asing dalam Daftar Pemilih terbaharu, Wan Ahmad berkata mereka yang didaftar sebagai pemilih telah disahkan sebagai warganegara oleh badan berwajib iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    ReplyDelete
  73. Beliau turut mempertikaikan mengapa isu itu dibangkitkan sekarang, sedangkan semua pihak diberi cukup masa untuk mempertikaikan daftar tersebut sebelum ia diwartakan.

    ReplyDelete
  74. "Siapa dia untuk menuduh seseorang itu bukan warganegara? Semua orang boleh buat kenyataan seperti itu. Daftar ini adalah sah dan mereka ini didaftarkan berdasarkan undang-undang," katanya.

    ReplyDelete
  75. Wan Ahmad turut menegaskan daftar itu adalah muktamad dan setiap yang tersenarai layak untuk mengundi, malah mereka tidak sewajarnya dinafikan hak untuk mengundi.

    ReplyDelete
  76. Beliau turut meminta pihak pembangkang agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai dan tidak melibatkan SPR dalam kempen pilihan raya mereka.

    "Lebih baik dia cerita apa yang dia nak buat dan terserah kepada pengundi untuk menilai," katanya.

    ReplyDelete
  77. Banyak ditedahkan tetapi tiada cara penyelesaian yang terbaik.

    ReplyDelete
  78. Senarai pengundi juga tidak menyakinkan. Banyak juga "phantom voters".

    ReplyDelete
  79. Tipu atau tidak, serahkan kepada rakyat untuk menilaikannya.

    ReplyDelete
  80. Rakyat harus melaksanakan tanggung jaab untuk mengundi.

    ReplyDelete
  81. Expecting another tsunami politic in PRU13.

    ReplyDelete
  82. Sandiwara PKR....tahniah ! DSAI anak didik Gene Sharp.

    ReplyDelete
  83. Najib said initially, six lecturers would start giving lessons on Japanese-style engineering technology with the number to be increased to 40 eventually.

    ReplyDelete
  84. Malaysia could act as intermediary for Japanese companies to invest in the Middle East from where they source their financial requirements.

    ReplyDelete
  85. Islamic financing could also be a diversified source of funding for non-Muslim countries such as Japan which can raise funds for their rebuilding and reconstruction efforts after the devastation in March.

    ReplyDelete
  86. The government has agreed not to raise petrol prices for now as it was more concerned for the people’s plight although the burden on the government was huge amounting to billions of ringgit as subsidies would spiral further

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.