Thursday, April 25, 2013

Pengundi Pakistan, IC Sabah, mengundi di Perak

PAS Perak telah mengesan banyak pengundi yang diragui berada di negeri ini.Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri (gambar) berkata, sebanyak 4,095 pendaftar pemilih yang mendaftar kad pengenalan di Sabah telah dikesan mengundi di Perak.

Katanya, di Parlimen Tanjung Malim sahaja, terdapat 146 pengundi yang mendaftar kad pengenalan di Sabah termasuklah 30 daripadanya berketurunan Pakistan.

“PAS Perak hairan kenapa pengundi Pakistan kesemuanya mempunyai kad pengenalan Sabah dan kenapa tidak dari negeri lain,” katanya kepada Harakahdaily.

Ustaz Nuri menjelaskan, ini telah membuktikan projek IC Sabah yang dilakukan oleh BN benar-benar berlaku di negara ini.

PAS, katanya merasakan pengundi berketurunan Pakistan itu adalah hasil daripada projek IC sabah yang dilakukan oleh BN.

Ini bermakna katanya, projek IC tersebut bukanlah digunakan di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara.

“Kami mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim.

“Adakah mereka ini wujud di semua kawasan di seluruh negara?” soal beliau lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan seluruh jentera di semua peringkat mengesan individu-individu tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

“Inilah berlaku di negara ini apabila pemimpin sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing bagi berusaha memastikan mereka terus berkuasa di negara ini.

“PAS sangat kesal dengan tindakan ini namun kami yakin usaha kotor ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menawan Putrajaya pada pilihanraya ini,” tegasnya lagi. -HD

7 Kebaikan Melancap bagi Wanita

7 Kebaikan Melancap bagi WanitaSeks pada dasarnya bukan hanya semata-mata pada tuntutan nafsu atau mencapai kepuasan. Apa yang anda perlu ketahui, aktivti hubungan seks antara pasangan yang telah berkahwin adalah demi mencapai kebahagiaan dalam hubungan. Salah satu faktor menetukan kebahagian rumahtangga adalah melalui hubungan seks yang berjaya dan mencapai orgasm.

Kebanyakan masalah rumahtangga mudah diselesaikan ketika sesudah melakukan hubungan seks. Ini adalah fakta yang nyata melalui kajian yang dibuat oleh pakar. Ketika selesai melakukan hubungan seks, otak akan lebih bersedia untuk berfikir dengan jelas. Oleh itu, masa ini adalah sangat sesuai bagi suami isteri untuk berbincang tentang hal rumah tangga ketika ‘mood’ berada dalam keadaan jelas dan bersedia. Selain itu, ia memupuk dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang pada kalanya terjadinya kerengangan akibat masalah yang di hadapi.

Namun begitu, ada kalanya ia serba tidak menjadi walaupun selepas pasangan suami isteri melakukan hubungan seks. Kunci jawapan untuk membuka pintu ini adalah dengan mencapai orgasm hubungan seks itu sendiri. Bagi si suami, ia berkemungkinan amat mudah untuk mencapai jika keadaan dalam sihat namun berbeza bagi isteri yang pada kalanya sukar untuk mencapai orgasm pada waktu tertentu. Oleh itu, suami perlulah memainkan peranan yang serius dalam menjalankan tugas ini. Kenapa orgasm pada isteri begitu sangat penting? Seperti yang dimaksudkan dengan kunci tadi, ia adalah salah satu punca kebahagian isteri kerana orgasm merupakan faktor pengubat tekanan yang dihadapi isteri pada waktu itu dengan masalah dan situasi yang dihadapi.

Berikut adalah kenyataan yang suami perlu sedar bagi mencapai orgasm isteri

Pertama
Isteri akan rasa seronok dan gembira kerana alami perasaan yang sensasi. Per
cayalah setiap kali suami berjaya berikan isteri orgasm, isteri akan sentiasa tersenyum dan gembira. Hasilnya suami akan sentiasa di sayangi. Pada tahap ini, ia akan sentiasa meningati suami sebagai tempat bergantung harapan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian.

Kedua
Isteri akan rasa semua keperluan hidupnya berjaya di penuhi. Amat mudah bukan? Namun itulah kenyataanya, isteri sebenarnya lebih mementingkan diberi perhatian oleh suami lebih dari segala apa yang dimahukan. Suami adalah harta yang paling berharga buatnya.

Ketiga
Isteri akan rasa perasaan teruja di mana perasaan ini hanya akan datang melalui kepuasan seks dan mencapai orgasm. Membuatkan isteri teruja adalah amat penting bagi menaikan semangatnya demi mengadapi kehidupan sehari-harian.

Keempat
Isteri akan lebih yakin kerana telah alami hubungan yang sangat nikmat pada waktu itu melalui orgasm yang berjaya. Ia merupakan pemakin semangat kepadanya. Apabila isteri melepaskan segalanya dan menikmati kebahagiaan ketika itu melalui hubungan seks yang berjaya, sudah pastinya hal ini membuatkanya berasa lega dan bangun dengan penuh bertenaga.

Kelima
Pada ketika orgasm berjaya, isteri akan merasa tekanan seksual telah di lepaskanya. Ketika melakukan hubungan seks, suami isteri akan menyimpan ledakan seksual di hati dan fikiran masing – masing. Apabila isteri alami orgasm, ledakan seksualnya akan terlepas seperti gunung berapi yang telah lama bertapa dan mengeluarkan isinya yang panas, dan kemudiannya sejuk dan tenang.

Keenam
Isteri akan waras dan kurang beremosi negatif kerana semua beban yang ditanggung sudah terlepas apabila mengalami orgasm.

Ketujuh
Isteri akan rasa dirinya di cintai. Semasa hubungan seks berlangsung, dia sangat inginkan kepuasan dan apabila suami memberikan orgasm yang padu, sudah pastinya isteri akan rasa sangat di cintai dan dihargai. Seterusnya dapat memberikan impak kesetiaan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada suami.

Pendek kata, suami haruslah berusaha untuk memberikan sebaik mungkin nafkah batin kepada isteri dan memastikannya betul-betul mencapai orgasm ketika hubungan seks berlangsung. Ia juga bolehlah diertikan sebagai ubat yang menyembuhi isteri yang sangat terluka dengan tekanan yang dihadapi. Oleh itu memastikan isteri mencapai orgasm adalah misi utama suami bagai mencapai seks yang berjay.

-budakmatang

Kempen Busuk BN Pertahan Putrajaya

Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak melanggar prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan dana, sumber dan harta awam bagi tujuan kempen Umno-BN.

Pengumuman sejumlah peruntukan untuk pelbagai projek dan sumbangan selepas pembubaran parlimen oleh Pengerusi BN itu sekaligus mencabul etika kuasa kerajaan sementara.

Malah, Najib gagal mematuhi Akujanji Pilihanraya yang ditandatanganinya sendiri dengan badan Transparency International sebelum ini.

Antara pengumuman yang tidak menghormati prinsip demokrasi itu ialah pelaksanaan tiga projek tama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion pada 5 April lalu.

Tiga hari selepas itu Najib juga mengumumkan perluasan penerima kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card kepada 725,000 pesara kerajaan.

Pada 9 April pula, Najib mengumumkan cadangan pembinaan kompleks bernilai RM400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

Seterusnya, Najib menyempurnakan majlis pecah tanah dan melancarkan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk fasa pertama membabitkan pembinaan sebanyak 1,512 unit kediaman di Putrajaya pada 18 April lalu.

Setiap unit rumah yang berkeluasan 1,000 hingga 1,500 kaki persegi itu akan dijual dengan harga antara RM150,000 dan RM300,000.

Najib juga dilihat makin terdesak untuk meraih undi daripada kaum wanita apabila turut mempertimbangkan pemberian Skim Insurans Ibu Tunggal Berdaftar kepada ibu tunggal selain memperluas Kad Diskaun 1Malaysia (KD1M) kepada golongan itu.

Hanya selepas parlimen dibubarkan, Sekretariat Jalinan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) diumumkan pada 18 April lalu sebagai tempat bernaung hampir 900,000 ibu tunggal di seluruh negara.

Rakyat Segamat Bersemangat Nak Kuburkan BN

Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.

Anwar mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.

Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.-mk





 

35 pengganas Sulu ditembak mati tentera Filipina

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Berdasarkan siasatan dan maklumat risikan, kumpulan pengganas itu berhasrat untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan dan kekacauan menjelang PRU13 ini, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di George Town hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Filipina khususnya Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina yang telah memberi kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, khususnya ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram, yang diketuai pemimpin kanannya Kalling Amirul, dalam pertempuran sengit di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, ketika kumpulan itu merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi merencatkan proses PRU13.

Dalam pertempuran itu, dua anggota keselamatan Filipina terbunuh, dan pasukan keselamatan Filipina juga telah merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand.

Beliau juga memberi jaminan keselamatan pengundi di seluruh Malaysia, khususnya yang berada di Sabah, terjamin dan mereka boleh menjalankan hak mereka dengan selamat pada 5 Mei ini.

Menyentuh mengenai kejadian letupan di Nibong Tebal Rabu lepas, Ahmad Zahid berkata mereka yang bertanggungjawab terhadap tindakan itu jangan melampaui batas, dan jangan cuba membawa "Arab Spring" ke Malaysia kerana Malaysia mempunyai acuan politiknya yang tersendiri.

"Kita tidak mahu diugut dengan bom, kita tidak mahu demokrasi diganggu-gugat. Kalau mahu kerajaan yang dipilih rakyat secara bersih, lakukan kempen dengan cara bersih. Jangan takut-takutkan calon lawan apabila sokongan rakyat beralih kepada kerajaan yang lebih kuat," katanya.

Selasa lepas, ceramah anjuran BN Nibong Tebal
dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.

Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.

- Bernama

Wednesday, April 24, 2013

Wujudkah Rundingan Tanduo?

KEJAYAAN Pasukan Keselamatan memadam api kebangkitan Pengganas Sulu di bumi Tanduo menjelang PRU-13 amat melegakan semua pihak yang bernafas di bumi merdeka Malaysia; tetapi menghancurkan masa hadapan Anak Jati Tanduo kerana menang sorak, kampung tergadai.

Khabar kononnya ada perundingan di antara kerajaan dengan pihak Pengganas selama beberapa hari sebelum serangan besar-besaran; meresahkan Anak Jati Sabah kerana pernah tercatat dalam sejarah beberapa Penjanjian Damai dengan pemberontak, termasuk dengan Parti Komunis Malaya.

Jika dalam Perundingan Damai Haadyai, bekas ahli Parti Komunis Malaya diberikan habuan, apa bezanya dengan Pelarian Filipina yang diberi penempatan, rumah, tanah dan pelbagai kemudahan di Pusat Penempatan Pelarian Filipina yang sebelum ini dibiayai UNHCR sebelum diserahkan ke bahagian Penempatan Jabatan Ketua Menteri?

Setelah Insiden Tanduo dan Simunul, masih ramai pemimpin Sabah tidak sedar betapa bahayanya PATI yang diberi kerakyatan songsang dan kini menyusup di dalam politik dan bakal menentukan masa hadapan Sabah.

Kami yang dihalau dari bumi 'Tanduo' merasakan tidak ada gunanya lagi kerana kami terpaksa meninggalkan bumi bertuah Tanduo yang telah diambil alih Kerajaan Persekutuan kerana 'Tidak Selamat' dan akan dibangunkan sebagai Pusat Pelancongan (kononnya)?

Jika Tanduo kini selamat kenapa kami dihalau daripada tanah tumpah darah kami? Apa agenda sebenarnya dan agenda siapa yang menghalau kami? Jika Tanduo tidak selamat, di bumi manakah lagi yang selamat di Sabah ini? Jika tidak selamat, kenapa beri jaminan Tanduo kini selamat?

Berikut sedutan Arkib Negara Malaysia berhubung Rundingan Damai Haadyai untuk tatapan bersama dan semoga tidak ada sebarang Perjanjian dimaterai di Tanduo.


"PADA 1989, berlaku Peristiwa Penting iaitu Rundingan Damai Haadyai. Ianya merupakan Perjanjian Damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia (UMNO) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai.

Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan Perletakan Senjata Gerila Komunis dari Parti Komunis Malaya(PKM).

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah : Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia dengan membuka penempatan buat mereka serta mengikut undang-undang Malaysia.

Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Kesemuanya Perjanjian Damai dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 seorang sekembalinya mereka ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair dan nama-nama mereka tidak akan didedahkan atas sebab Keselamatan."

Oleh : ANAK JATI TANDUO (sabahkini)

Mampukah BN Sabah Bertahan?

Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak menepis tanggapan pihak tertentu yang mendakwa kononnya gelaran 'Fixed Deposit' Barisan Nasional (BN) di Sabah sudah cair; malah semakin bertambah kukuh ekoran kekuatan sokongan rakyat Sabah terhadap BN.

Senario ini semakin terbukti kerana beberapa majlis bertemu rakyat yang telah diadakan sebelum ini seperti di Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan Bongawan telah dibanjiri berpuluh ribu rakyat dari segenap lapisan kaum termasuk Kota Belud sekalipun beliau tidak dapat hadir kerana masalah cuaca.

“Bagaimana pun, saya difahamkan bahawa kira-kira 10,000 rakyat di sana (Kota Belud) sudah menunggu kedatangan saya, tetapi masalah cuaca menghalang kehadiran saya di situ,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Padang Pekan Tenom dekat sini pagi tadi.

Tambah Najib, "Siapa mahu rosakkan BN di Sabah? Penceroboh Sulu mahu mengganas dan menggugat kedaulatan Negara kita? Kita nyah dia...(adakah) pembangkang mahu ambil alih pemerintahan di Sabah? No way !...only one way,“ tegasnya lagi sambil disorak kira-kira 10,000 hadirin.

Perdana Menteri itu seterusnya menegaskan bahawa kerajaan BN harus terus dikekalkan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) demi untuk meneruskan arus pembangunan yang lebih pesat supaya rakyat akan terus menikmati penghidupan yang lebih selesa, suasana aman dan harmoni.

Katanya, rakyat telah pun kenal dengan jasa dan bakti BN kepada rakyatnya di mana berdasarkan itu kepimpinan BN telah membentangkan satu manifesto bertemakan “Menepati janji, Membangun Harapan” sebagai janji kepada rakyat.

“Kita telah menukarkan sebutan manifesto kepada 'Aku Janji' kerana janji yang ada terkandung dalam manifesto hendaklah ditepati; bukan macam di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat, mereka merosakkan objektif manifesto malah mereka sifatkannya bukan janji.

“Tetapi kita dalam BN buat manifesto mestilah dibuat secara serius untuk menepati janji itu, sebab itu, kita menukar sebutan manifesto kepada aku janji,” tegasnya.

Najib berkata, malahan Ketua Eksekutif IMF (International Monetary Fund) Christine Lagard menyifatkan transformasi pengurusan ekonomi Negara menampakkan perubahan lebih tinggi mengakibatkan IMF terpaksa revised lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini.

SEMANGAT....Dari kiri, Datuk Raime Unggi, Datuk Musa Aman, Dato'Seri Najib, Datuk Radin dan Senator Lucas Umbul.

“Trek rekod (pencapaian) kita selama 4 tahun sebelum ini sangat memuaskan dan rakyat tidak ada komen...bukan macam pembangkang janji kasi free itu dan ini; lagi pun, manifesto pembangkang yang merancang pembangunan Negara bercelaru dan jika dilaksanakan Negara akan bankrap di mana penaganilis daripada golongan profesional Negara akan mengalami defisit 11.5%.

“Kita bukan sekadar beri Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Kita juga akan beri BR1M 2, BR1M 3 dan akan seterusnya bertambah berperingkat peringkat ke BR1M 4.

“Soal kadar kemiskinan kini sudah menurun kepada 8.1% setakat tahun 2012 dan dijangka dalam tempoh 5 tahun lagi akan terus menurun daripada 8.1% kepada 3%,” tegasnya lagi.

Ada Petanda Putrajaya Milik Pakatan?

Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.

Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.

Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.

Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.

Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.

Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.

Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.

Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.

Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor). -HD










Iklan Perkauman Akan Tumbangkan BN

Kempen Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) mungkin memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini, kata sumber dalaman industri dan ahli politik pembangkang.



Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.

"Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bula PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".

"Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP," kata Masjaliza Hamzah daripada Center of Independent Journalism kepada The Malaysian Insider.

"Ia adalah konsep kosong. Hanya tuduhan tanpa kebijaksanaan atau rasa hormat. Ia iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata seorang penulis iklan, Kevin, 32, yang mendedahkan nama sebenarnya.

"Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk, "katanya.

Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya.

Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu The Malaysian Insider mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu.

"Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Kami bersama-sama dalam gabungan, "kata Tony Pua, setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan MP Petaling Jaya Utara.

"Iklan itu bagus... saya harap BN terus untuk melaungkan slogan itu. Tiada undi untuk BN," kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pengguna Twitter @patricklsk bersetuju dengan menulis: "MCA sebenarnya membayar untuk iklan akhbar bagi mempromosikan kerjasama DAP-PAS? Ini sangat menakjubkan! #freemarketing"

Namun, iklan tersebut tidak bukan diterima semua dan kebanyakkan iklan membuat orang ramai marah.

"Kami berbual tentang perkara itu dalam pejabat hari ini. Seseorang bertanya kepada saya sama ada sudah melihatnya dan saya jawab ya, saya sudah lihat. Datanglah sini, ia dalam tong sampah saya," kata seorang pengarah akaun yang enggan dinamakan.

"Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri," katanya.

Contoh iklan anti-pembangkang Barisan Nasional di akhbar tempatan.

Seorang pegawai eksekutif operasi di sebuah agensi menggambarkan iklan di The Star, dengan tiga ke lima pembangkang menghentam iklan dalam setiap satu akhbar, melihatnya sebagai "terlalu melampau" dan akan menyebabkan rakyat akan jemu.

"Semua mereka buat adalah salah. Mereka beri terlalu banyak perhatian kepada pembangkang daripada menggariskan pencapaian mereka sendiri," kata beliau.

"Tapi ia baik untuk lawak, lawak yang sangat mahal," tambahnya lagi.

Pua berkata, BN telah menggunakan isu ketakutan kaum dalam empat pilihan raya sebelum ini dan DAP kemudiaan bertindak balas dengan kemarahan, tapi tidak kali ini.

Seorang pengguna Facebook, Tan Lin Li, menulis: "Serang polisi, bukan parti," serta menghantar gambar iklan DAP yang diterbitkan dalam The Rocket dan Sinar Harian menampilkan ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga berlegar-legar dalam laman sosial bagi menangani iklan-iklan daripada BN.

"Tiada apa yang perlu ditakuti dan saya percaya orang-orang di Malaysia adalah bijak hari ini untuk membezakan pembohongan BN yang bertentangan dengan kebenaran perkara itu, "kata Pua.

Beliau menambah jika PR mempunyai wang, iklan yang mereka akan buat untuk menangani iklan tersebut adalah dengan berkata, "Satu undi untuk MCA adalah satu undi untuk Perkasa."

Masjaliza juga mempersoalkan sama ada iklan BN tersebut mematuhi Kod Amalan Pengiklanan Malaysia.

Datuk Johnny Mun, pengerusi 4As Malaysia, sebuah persatuan pengamal pengiklanan yang berkongsi amalan dalam industri, memberitahu Malaysian Insider bahawa kod ini hanya terpakai untuk pengiklanan produk secara amnya dan tidak mengawal iklan politik.

Masjaliza juga berkata iklan itu menjejaskan integriti bebas dan adil dalam media.

"Sebagai contoh, perbelanjaan pengiklanan hendaklah terhad kepada jumlah yang tertentu. Jika tidak ada had maka ia akan memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai dana besar," katanya.

Media sebelum ini melaporkan BN dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM73 juta pada bulan lepas untuk pengiklanan, langkah untuk mempertahankan Putrajaya dan yang termahal pernah dibelanjakan dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

-TMI

Johor Tumbang: Antara Pakatan Rakyat dan BN

Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit SiangCalon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang amat kecewa dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Ghani Othman kerana masih bermain dengan politik perkauman.

Katanya, ia tidak patut berlaku kerana Abdul Ghani selaku bekas Menteri Besar Johor yang memegang jawatan itu selama empat penggal berturut-turut, sepatutnya bersikap sederhana, baik budi dan lebih bersopan.

Mengikut laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Abdul Ghani ketika berceramah kepada majoriti masyarakat Cina di Johor, bahawa “Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM”.

“Semua orang tahu ini cara propaganda MCA. Mengapa Abdul Ghani juga terikut-ikut dengan cara itu? Apakah Abdul Ghani juga rasa orang Cina mudah ditakutkan dengan propaganda zaman lama itu?

“Taktik kotor MCA yang ditiru Abdul Ghani sudah ketinggalan zaman. Mereka kata kalau orang Cina undi DAP, ia bererti mengundi PAS.

“Jadi saya ingin bertanya kepada MCA dan Abdul Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, PKR dan DAP?,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut Kit Siang, apa salahnya jika rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami dan itulah yang amat ditakuti BN kerana ia akan menamatkan riwayat politik kaum dan politik perkauman di negara ini.

Malah, katanya, beliau kecewa dengan tindakan itu kerana sebelum ini juga Ghani dilaporkan berkata bahawa Pakatan Rakyat membawa agenda perkauman.

“Tidak masuk akal sama sekali kerana semua orang tahu BN yang menjadikan pemimpin ultra kaum Perkasa sebagai calon mereka pada pilihan raya umum ini.

“Tuduhan Ghani juga tidak masuk akal kerana penyokong BN yang sering melakukan perbuatan yang menimbulkan kebencian kaum lain.

“Bagaimanapun telah terbukti bahawa pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tetap bertenang. Kami kekal bertenang sejak lima tahun lalu walaupun dikenakan tekanan provokasi perkauman yang melampau oleh penyokong UMNO serta cybertroopers mereka,” katanya.

Kit Siang berkata, sekarang jelas Pakatan Rakyat membawa era baru politik bersih, sedangkan UMNO/BN membawa era kolot dengan politik perkauman.

Katanya, ini terbukti dengan kenyataan pemimpin BN yang terus memainkan sentimen kaum yang sudah tidak lagi diterima rakyat Malaysia.

“Jelas perbezaan antara Pakatan Rakyat dan BN. Bagi kami, Pakatan Rakyat adalah era baru yang membawa politik berprinsip, bermaruah dan bersih. Manakala BN mencerminkan era lama yang kekal dengan politik kotor yang penuh dengan unsur perkauman dan fitnah.

“Dengan itu, pengundi, terutamanya orang Melayu, sudah jelas bahawa masa depan kita yang cemerlang, bersih dan adil akan diterajui Pakatan Rakyat. Era kolot perkauman BN sudah tidak relevan lagi,” tambahnya."

-TKO