KEJAYAAN Pasukan Keselamatan memadam api kebangkitan Pengganas Sulu di bumi Tanduo menjelang PRU-13 amat melegakan semua pihak yang bernafas di bumi merdeka Malaysia; tetapi menghancurkan masa hadapan Anak Jati Tanduo kerana menang sorak, kampung tergadai.
Khabar kononnya ada perundingan di antara kerajaan dengan pihak Pengganas selama beberapa hari sebelum serangan besar-besaran; meresahkan Anak Jati Sabah kerana pernah tercatat dalam sejarah beberapa Penjanjian Damai dengan pemberontak, termasuk dengan Parti Komunis Malaya.
Jika dalam Perundingan Damai Haadyai, bekas ahli Parti Komunis Malaya diberikan habuan, apa bezanya dengan Pelarian Filipina yang diberi penempatan, rumah, tanah dan pelbagai kemudahan di Pusat Penempatan Pelarian Filipina yang sebelum ini dibiayai UNHCR sebelum diserahkan ke bahagian Penempatan Jabatan Ketua Menteri?
Setelah Insiden Tanduo dan Simunul, masih ramai pemimpin Sabah tidak sedar betapa bahayanya PATI yang diberi kerakyatan songsang dan kini menyusup di dalam politik dan bakal menentukan masa hadapan Sabah.
Kami yang dihalau dari bumi 'Tanduo' merasakan tidak ada gunanya lagi kerana kami terpaksa meninggalkan bumi bertuah Tanduo yang telah diambil alih Kerajaan Persekutuan kerana 'Tidak Selamat' dan akan dibangunkan sebagai Pusat Pelancongan (kononnya)?
Jika Tanduo kini selamat kenapa kami dihalau daripada tanah tumpah darah kami? Apa agenda sebenarnya dan agenda siapa yang menghalau kami? Jika Tanduo tidak selamat, di bumi manakah lagi yang selamat di Sabah ini? Jika tidak selamat, kenapa beri jaminan Tanduo kini selamat?
Berikut sedutan Arkib Negara Malaysia berhubung Rundingan Damai Haadyai untuk tatapan bersama dan semoga tidak ada sebarang Perjanjian dimaterai di Tanduo.
"PADA 1989, berlaku Peristiwa Penting iaitu Rundingan Damai Haadyai. Ianya merupakan Perjanjian Damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia (UMNO) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai.
Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan Perletakan Senjata Gerila Komunis dari Parti Komunis Malaya(PKM).
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah : Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia dengan membuka penempatan buat mereka serta mengikut undang-undang Malaysia.
Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Kesemuanya Perjanjian Damai dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 seorang sekembalinya mereka ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair dan nama-nama mereka tidak akan didedahkan atas sebab Keselamatan."
Oleh : ANAK JATI TANDUO (sabahkini)
Wednesday, April 24, 2013
Wujudkah Rundingan Tanduo?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini kali lah tukar tukar tukat
ReplyDeleteAhli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin mendedahkan kemungkinan pemimpin pakatan haram, Tian Chua dan Sivarasa punya kaitan dalam isu pencerobohan di Lahad Datu. Beliau mendesak supaya kerajaan Malaysia menyiasat dengan terperinci kegiatan kedua-dua pemimpin pakatan haram itu dan menghukum dalang ke muka pengadilan secepat mungkin.
ReplyDeleteZulkifli berkata, beliau sebagai bekas pemimpin pakatan haram sangat mengenali Tian Chua dan Sivara.
Mungkin ada yang sudah lupa, inilah dua karektor antara mereka yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990-an," katanya
ReplyDelete"Pada 09 Nov 1996, kedua-dua karektor ini (Tian Chua dan Sivarasa) adalah antara mereka yang menggunakan platform pertubuhan yang tidak berdaftar Suaram menganjurkan sidang Asia Pacific Conference on East Timur 2 (dikenali dengan singkatan Sidang APCET II). Sidang ini dianjurkan di Hotel Asia di Chow Kit, Kuala Lumpur. Ianya adalah susulan daripada Sidang APCET I yang diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.
ReplyDelete"APCET adalah forum yang digunakan untuk membawa isu pembebasan Wilayah Timor Timur daripada Indonesia. Dan gerakan ini bermula dengan pelancaran serangan bersenjata oleh pemimpin etnik Timor Timur bernama Gusmao. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh ABRI dan Kerajaan Indonesia. Gusmao dihadapkan ke Mahkamah Indonesia dan dihukum penjara 20 tahun.
"Insiden ini dijadikan modal untuk membawa isu kemerdekaan Timor Timur. Dalang-dalang gerakan ini menggunakan tekanan antarabangsa. Antaranya mereka berjaya mempengaruhi Nelson Mandela, dan Ramos Horta untuk bersama menyokong gerakan ini. Hinggakan Gusmao diberikan anugerah Nobel untuk kononnya menghargai perjuangannya.
ReplyDelete"Kerajaan Indonesia sangat tidak berpuashati dengan tindakan Suaram dan beberapa NGO lain mengadakan Sidang APCET II di Kuala Lumpur. Indonesia merasakan sebagai negara saudara kembar yang serumpun, Malaysia tidak wajar membenarkan isu kedaulatan Indonesia dan wilayahnya dibincangkan di Kuala Lumpur," ujarnya.
Zulkifli mendakwa, Tian Chua dan Sivarasa adalah antara karektor yang terlibat secara langsung dalam APCET. Akhirnya, rakan baik Anwar Ibrahim, Pak Gusdur memberikan kemerdekaan kepada wilayah Timor Timur dengan nama baru Timor Leste.
ReplyDeleteGusmao akhirnya menjadi Presiden pertamanya, dan Timur Leste berubah menjadi sebuah negara kristian dengan bantuan ketenteraan daripada Australia.
"Apakah lirik lagu "Sabah kan hilang" yang sentiasa didendangkan oleh Anwar Ibrahim dalam siri-siri ceramahnya dimerata tempat dinegara ini sebagai satu tanda dan isyarat bahawa ada satu konspirasi jahat dan halus untuk menyebabkan Malaysia kehilangan Wilayah Sabah, sebagaimana Indonesia kehilangan Wilayah Timor Timur?
ReplyDeleteRundingan Tanduo? Apakah itu?
ReplyDeleteI think all of us would start think of something bad is going to happen again. Sigh
ReplyDeleteThis is part and parcel of a thing.
ReplyDeleteTanduo dah ditutup, tapi kebajikan penduduk Tanduo tetap dipelihara
ReplyDeleteTanduo remains the best place in their heart
ReplyDeleteBagus tanya yang berkuasa
ReplyDeleteWe want clean and safe GE
ReplyDeleteMacam mana pula dari Tanduo menulis di sini?
ReplyDeleteAngkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cubaan susulan kumpulan penceroboh untuk menyusup masuk ke Pantai Timur Sabah.Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan keselamatan akan terus dipertingkat dengan penumpuan operasi di kawasan perairan sekitar lokasi pencerobohan, khususnya di Felda Sahabat.
ReplyDelete“Kita tidak terima apa-apa maklumat berhubung kemasukan semula kumpulan penceroboh terbabit, dan kita turut memantau perkembangan di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.
ReplyDelete“Kawalan keselamatan turut dipertingkat, khususnya di kawasan perairan, dengan setiap pergerakan dipantau rapi bagi menghalang sebarang cubaan mereka menyusup masuk ke negeri ini,” katanya.
Kerajaan BN meletakkan soal keselamatan dan kedaulatan Sabah sebagai pertimbangan tertinggi kerana ia merupakan perkara yang amat penting bagi rakyat Sabah ketika ini.
ReplyDelete"Sebagai Pengerusi BN saya perlu memberi jaminan bahawa di bawah BN, kita akan melakukan segala yang terdaya dan termampu untuk menjamin keamanan dan kedaulatan Sabah," kata Najib.
ReplyDeleteNajib berkata isu itu bukan sahaja ditekankan beliau, tetapi semua pemimpin BN untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan BN mampu menangani isu itu dan mengembalikan keamanan khususnya di pantai timur Sabah.
ReplyDelete"Setiap kali bila kita sentuh soal keselamatan dan kedaulatan Sabah, kita tengok sambutan orang ramai secara spontan (menyokong) dan memberi tepukan yang kuat...jadi memang soal itu penting dan dekat di hati rakyat," katanya.
ReplyDeleteKerajaan akan lakukan sebaik mungkin untuk kekalkan keamanan dan keharmonian di negara khususnya di Sabah.
ReplyDeleteThe people must vote wisely after making an objective evaluation without being hoodwinked by "fairy tales" that can lead to electing a wrong party to administer the country, says former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
ReplyDeleteAs citizens of this country shouldering a big responsibility to elect a new government on May 5, the electorate must be smart and vigilant without being carried away by emotions and misguided to make a mistake in electing the next government, he said.
ReplyDeleteThe people are given the powers to elect the government and they should exercise the power diligently and not be influenced by emotions and other characteristics that are not good for human beings
ReplyDeletePolis masih mengumpul bukti bagi membolehkan dalang insiden pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna sejak Februari lepas dibawa ke muka pengadilan.
ReplyDeletePesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan menjurus kepada penyelesaian kes itu berpandu kepada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh di mahkamah.
ReplyDelete“Kami tidak kata orang ini (individu ditahan) terlibat sebagai perancang atau pembunuh kes menembak mati pasukan keselamatan pada 2 Mac, kami ada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh…,” katanya
ReplyDeleteBeliau bagaimanapun enggan mengesahkan apabila ditanya mengenai kemungkinan dalang yang disyaki adalah daripada kalangan rakyat Malaysia.
ReplyDeleteMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik dalam laporan akhbar tempatan sebagai berkata pihak ketiga yang mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Jamalul Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan beberapa lokasi lain di Sabah telah dikenal pasti, namun masih memerlukan bukti untuk mengheret mereka ke muka pengadilan. Mengenai 32 individu yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi semalam, Hamza berkata kesemuanya adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 72 tahun.
ReplyDelete“Kami tangkap kerana mereka memasuki negara ini tanpa dokumen dan bersenjata api yang menyalahi undang-undang negara ini,” katanya.
ReplyDeleteHamza berkata tiada pertempuran antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi di semua daerah serta tiada laporan mengatakan pengganas bersenjata memasuki negeri ini.
ReplyDeleteSekiranya terdapat perjanjian antara penceroboh dan Kerajaan Malaysia, sudah pastinya perkara buruk tidak terjadi di Tanduo. So, people let not think so deep in this case.
ReplyDeleteI think if there is any agreement between these two party, public have the right to know. Our government will let us know also
ReplyDeleteSaya menangis apabila melihat rumah musnah terbakar dan segala kenangan suka duka di rumah ini sudah tiada lagi," katanya yang merupakan orang pertama keluar dari kampung itu ketika ditemui di penempatan sementara Dewan Embara Budi di sini hari ini.
ReplyDeleteSementara itu, Siti Madina Baharun, 33, berkata, selain barangan di rumahnya dicuri, barang-barang di kedai miliknya juga habis licin dijarah kumpulan pengganas tersebut.
ReplyDeleteSibuk sudah PRU terus isu ini macam kena lupa sekejap pula. Entah apa sudah perkembangannya.
ReplyDeleteApapun harap isu mengenai keselamatan akan terus dberi perhatian sewajarnya.
ReplyDeletePasal insiden keganasan ni kalau tak silap ada lawyer yang file judicial review bantah lawyer dari semenanjung wakili intruders. Alasannya lawyer semenanjung tak tahu pasal Sabah so sepatutnya Sabahan lawyer yang diberi tanggungjawab tu.
ReplyDeleteTapi macam belum ada khabar berita pula. Appaun harap masalah-masalah yang ada di Sabah dapat diselesaikan segera.
ReplyDeleteThere are at least 28,593 voters of foreign origin on the electoral roll, most of them concentrated in the hot states of Selangor and Sabah, said the Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap).
ReplyDeleteThis is the sum of all persons who have registered as voters in the 2012 fourth quarter electoral roll, and had identified themselves as from one of four countries in the registration forms.
These Bangladesh, Philippines, Indonesia, and Pakistan - all which are main sources of migrant labour for Malaysia.
Sabah has the most, with 55.6 percent, while Selangor has 15.1 percent.
ReplyDeleteThe other states have a much lower proportion, ranging from 6.2 percent in Kuala Lumpur to 0.1 percent in Putrajaya.
Sabah’s neighbour Sarawak has only 1.1 percent of such voters.
“Very surprisingly, when you look at their (MyKad) numbers, most of them (80 percent) are given the Malaysian ‘state code’, meaning that according to the document, they were born in Malaysia," said Merap research assistant Lee Wee Tak (right).
ReplyDelete“Unsurprisingly, the bulk of these carry the state code of Sabah, meaning that these Bangladeshis, Pakistanis, and Indonesians were all born in Sabah.
“So how many Filipinos were actually born in Queen Elizabeth Hospital (Kota Kinabalu’s main hospital)?” he said, raising the possibility that the electoral roll had been tampered with.
Sabah has been the focus of a royal commission of inquiry (RCI) over allegations of a citizenship-for-votes scheme around the early 1990s, purportedly to skew the demographics in favour of BN.
However, the RCI proceedings were suspended in wake of the Lahad Datu incursion.
ReplyDeleteSingle-name voters
Lee said there are also people on the electoral roll who had come from other countries, such as Botswana and Macedonia.
In addition, the group has found 185 persons identifying themselves as Malays but with unusual names that do not include the name of their father.
Examples of these single-word names include ‘Armeyanto’, ‘Suwanto’, ‘Jamal’ and ‘Abdullah’.
“I don’t think a Malay would call himself that. It is like kacang lupakan kulit,” he said, using a pejorative Malay idiom that means ‘to forget one’s roots’.
headhunter otak copy paste..kesian ko lahir tak cukup sifat..lahir jer belajar fitnah..ko keldai ka anjing penceroboh!!!
ReplyDeleteJika Pakatan Rakyat Memerintah....
ReplyDelete"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.
"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.
Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan cas 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.
"Cas 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.
"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.
Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.
ReplyDeleteAllah S.W.T berfirman maksudnya : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" (Surah al-Isra’ ayat 18).
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.
ReplyDeleteHakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Negara diceroboh tentera asing..salah siapa? siapa yang bertanggung jawab menjaga negara? Kenapa perlu menyalahkan orang lain? Kalau sudah ada maklumat siapa yang terlibat, kenapa tidak tangkap? Bukankah menjaga keselamatan negara tu penting? kenapa perlu tunggu selepas pilihanraya pulak? Itu maklumat dapat dari zulkifli nordin ka tu? Si katak lompat!
ReplyDeleteBukankah Kumpulan Kiram sekutu kuat UMNO sebelum ini...sampai penasihatnya pun orang UMNO. Bukankah kumpulan Kiram telah diberikan pelbagai faedah seperti ic percuma dan dijanjikan tanah di Sabah? Sebab itulah kerajaan tidak kisah dengan ugutan si Kiram pada awalnya. Selepas terjadi pertumpahan darah barulah sibuk menghantar tentera...sibuk pula mencari kesalahan orang lain apabila dipertikai cara tindakan yang diambil sangat lembab.
ReplyDelete