Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Berdasarkan siasatan dan maklumat risikan, kumpulan pengganas itu berhasrat untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan dan kekacauan menjelang PRU13 ini, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di George Town hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Filipina khususnya Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina yang telah memberi kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, khususnya ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram, yang diketuai pemimpin kanannya Kalling Amirul, dalam pertempuran sengit di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, ketika kumpulan itu merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi merencatkan proses PRU13.
Dalam pertempuran itu, dua anggota keselamatan Filipina terbunuh, dan pasukan keselamatan Filipina juga telah merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand.
Beliau juga memberi jaminan keselamatan pengundi di seluruh Malaysia, khususnya yang berada di Sabah, terjamin dan mereka boleh menjalankan hak mereka dengan selamat pada 5 Mei ini.
Menyentuh mengenai kejadian letupan di Nibong Tebal Rabu lepas, Ahmad Zahid berkata mereka yang bertanggungjawab terhadap tindakan itu jangan melampaui batas, dan jangan cuba membawa "Arab Spring" ke Malaysia kerana Malaysia mempunyai acuan politiknya yang tersendiri.
"Kita tidak mahu diugut dengan bom, kita tidak mahu demokrasi diganggu-gugat. Kalau mahu kerajaan yang dipilih rakyat secara bersih, lakukan kempen dengan cara bersih. Jangan takut-takutkan calon lawan apabila sokongan rakyat beralih kepada kerajaan yang lebih kuat," katanya.
Selasa lepas, ceramah anjuran BN Nibong Tebal
dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.
Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.
- Bernama
Thursday, April 25, 2013
35 pengganas Sulu ditembak mati tentera Filipina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelakon terbaikkkkkk.... bagus22222...
ReplyDeleteSejak bila zahid hamidi dapat berita ini,sedang kan di dalam malaysian insider kerajaan pilipina menafikan..
ReplyDeleteTujuan nya adalah menakutkan rakyat sabah seperti yg telah di buat oleh bekas pm tun abdul razak bapa kepada najib pada tahun 70an ke atas bapa-bapa rakyat sabah,
formula ini dia ambil dari buku simpanan bapak dia untuk menakutkan rakyat sabah yg mengatakkan filipina akan menuntut sabah sebab sabah adalah gadaian filipina untuk british dulu...
Itu dulu najib boleh menakut-nakutkan rakyat sabah nenek moyang kami tapi sekarang rakyat sabah bukan takut dengan si kiram saja tapi lebih takut dari BN penyamun paling berbahaya dan berwawasan...
Ini kali laaa..
BAYUMURNI....
Betul tu Bayumurni, sebenarnya orang-orang sabah tidak mahu memasuki gagasan Malaysia tapi di takut-takutkan, waktu itu orang tua -tua senang di tipu pada hal ada British waktu ltu.
ReplyDeleterelaxs kawan jangan melalut terlebih yang penting fokus jatuhkan bN/uMnO dalam pRU 13 dan pastikan rayat memilih dengan tenang.
ReplyDeleteTo Anonymous (BAYUMURNI)
ReplyDeleteApril 26, 2013 at 7:32 AM
"Sejak bila zahid hamidi dapat berita ini,sedang kan di dalam malaysian insider kerajaan pilipina menafikan.."
Can you tell me which part of this news contents that not same in the Malaysian Insider TERKINI @ 06:35:55 PM 25-04-2013 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-sahkan-35-pengganas-sulu-ditembak-mati-oleh-tentera-laut-filipina/
OR there is another news from Malaysian Insider that state the fact that the Philippine gov denies...can you provide the URL of the news article
kena ketatkan lagi kawalan keselamatan di Sabah
ReplyDeletemoga PRU di Sabah berjalan lancar dan aman
ReplyDeletehttps://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/25/35-dead-militants-whos-lying/, found it here (freemalaysiatoday) not in the Malaysian Insider
ReplyDeleteHanya kerana Zulkifli ni adalah pekerja kerajaan, jgn la nak menuduh BN pula yer
ReplyDeleteAdik kepada Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
ReplyDeleteDatu Amirbahar, bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
ReplyDeleteDia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
ReplyDeleteDatu Amirbahar, 49, dari Jolo, Selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kg Tanduo, Lahad Datu, antara 9 Mac dan 23 Mac lepas
ReplyDeleteTiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
ReplyDeletePendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan, dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan DPP Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
ReplyDeleteMengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
ReplyDeleteBerikutan dakwaan terhadap Datu Amirbahar, 20 warga Filipina didakwa setakat ini manakala seorang koperal polis warga tempatan juga didakwa di Mahkamah Majistret berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini.
ReplyDeleteKesemua warga Filipina itu didakwa berhubung pelbagai kesalahan antaranya melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.
ReplyDeleteSeorang anggota polis pula didakwa tidak memberi maklumat mengenai tindakan pengganas. Kesemua kes itu juga dipindahkan di Mahkamah Tinggi Tawau.
ReplyDeleteThe Inspector General of Police, Tan Sri Ismail Omar assured that security in Lahad Datu is under control leading up to polling day on May 5.
ReplyDelete“I am always in contact with Armed Forces Chief, Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin in planning strategy for the deployment of security forces over there.
ReplyDelete“Operation Daulat has not ended. Apart from Sabah Police, we can dispatch men from peninsula when needed,” he told reporters after visiting Negeri Sembilan police contingent here, today.
ReplyDeleteIsmail said security forces were stationed in certain locations to prevent terrorists from disrupting the election process.
ReplyDeleteAsked about a report that 35 Kiram terrorists were shot dead by Philippine security forces while trying to enter Malaysian waters, Ismail said that Zulkifeli will confirm the report with his Philippine counterpart.
ReplyDeleteTetiba isu ni kembali 'segar'...hehe..
ReplyDeletemalang sekali laporan ini dinafikan Filipina... hehehe bohong ke tipu ni ?
ReplyDeleteSejak bila pula Zahid ni jadi menteri pertahanan filipina. Tentera Laut Filipina nafikan dakwaan tersebut. Zahid dan demam pru ke dan meracau2.
ReplyDeleteWanita Umno mendesak pihak berkuasa menyegerakan siasatan terhadap dakwaan media asing mengenai dalang dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
ReplyDeleteKetuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, siasatan segera perlu dilakukan kerana dakwaan yang dibuat media asing itu merupakan perkara serius yang melibatkan keselamatan negara.
ReplyDeleteTahap keselamatan beberapa kawasan yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini akan dipertingkatkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
ReplyDeleteKetua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kerjasama itu bertujuan mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan tersebut selain mewujudkan rasa lebih yakin masyarakat dengan kehadiran pasukan keselamatan.
ReplyDeleteSehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat spekulasi dan mendengar berita-berita tidak tepat.
ReplyDelete"Pelbagai latihan sudah dilakukan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersiap sedia untuk menjalankan tugas sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.
ReplyDelete"Polis sudah mempunyai jadual untuk penugasan anggota untuk mengawal keadaan dan saya percaya jika masyarakat mematuhi peraturan undang-undang dan bertanggungjawab, semua proses PRU-13 nanti akan berjalan dengan baik," ujarnya.
ReplyDeleteKeupayaan operasi perisikan di pantai timur Sabah akan terus dipertingkatkan dalam usaha mengekang sebarang bentuk pencerobohan dan anasir luar yang boleh mengancam keselamatan negara.
ReplyDelete“Penubuhan ESSCOM sebenarnya lebih memberi fokus kepada elemen perisikan, khusus dalam pengumpulan maklumat berhubung sebarang kegiatan yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara.
ReplyDelete“Ia (perisikan) tunjang utama ESSCOM yang mana dengan perisikan mantap, sebarang kegiatan berpotensi mendatangkan ancaman kepada negara boleh dikesan lebih awal sekali gus membantu kita merancang strategi dalam mengekangnya,” katanya.
ReplyDeleteSelain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ESSCOM turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam penyelarasan operasi keselamatan di pantai timur Sabah.
ReplyDelete