Thursday, April 25, 2013

Rakyat Segamat Bersemangat Nak Kuburkan BN

Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.

Anwar mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.

Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.-mk





 

58 comments:
Write comments
  1. kita tgklah selesai proses pengundian, siapa akan menjadi pilhan rakyat

    ReplyDelete
  2. rakayt kena buat pilihan terbaik demi masa depan mereka

    ReplyDelete
  3. Mungkin orang kat segamat ni da terlupa dengan bersih 3.0 yang diadakan semata-mata menutup masalah PKR, PAS, DAP, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah tuntutan Bersih 3.0; bersihkan senarai undi; mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa kempen minima 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

    ReplyDelete
  4. Barisan Nasional telah melaksanakan perkara berikut; 42 000 senarai telah digugurkan untuk memastikan tiada lagi pengundi yang 'kotor'. Manakala undi POS juga dipantau oleh pembangkang. Penggunaan dakwat kekal juga telah diluluskan oleh kabinet. Akses media yang bebas dan adil dengan terbitnya suara keadilan dan juga harakah.

    ReplyDelete
  5. Masa kempen minima 21 hari, SPR mengumukan 15 hari masa berkempen bagi pilihan raya 13, berlainan dengan kempen pada PRU-12 yang hanya dijalankan selama 12 hari. Mengukukuhkan institusi awam, pelbagai usaha kerajaan telah dilaksanakan; Kad Siswa 1 Malaysia. Menhentikan rasuah; indeks CPI-43 daripada 180 negara. Hentikan politik kotor akan tetapi sucikah politik PKR, bersih sungguhkah politik mereka ini sampai di Nibong Tebal terdapat letupan yang menggangu ceramah politik.

    ReplyDelete
  6. Ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah. Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan. Masihka bersih politik PKR, mengapa kejadian seumpama ini terjadi. Politik yang bersih melambangkan politik yang matang akan tetapi nampaknya kata-kata dari PKR ini mengena PKR. Minta macam-macam tapi tak cermin parti sendiri.

    ReplyDelete
  7. Apa lagi yang diminta oleh mereka sehingga menyusahkan rakyat; PM sudah menunaikan segalanya apa yang mereka minta namun jangan sangka kerajaan tunduk atau lemah kerana menunaikan permintaan mereka. Sangkaan itu meleset kerana apa yang dilihat, rakyat lebih yakin dengan BN dan jentera BN pula sentiasa bertenaga dan sukar dibolosi oleh pihak lawan sebaliknya ini terus melemahkan pembangkang.

    ReplyDelete
  8. Diselangor, orang ramai sudah tidak segan-silu mengutuk PKR dimana-manapun. Sekarang anak-anak muda sudah pandai menilai dan sedar tentang tanggungjawab mereka dan sudah semestinya memilih kerajaan yang lebih bagus lagi.

    ReplyDelete
  9. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan PAS.

    Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.

    ReplyDelete
  10. Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

    Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

    Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

    Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

    a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

    b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

    c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

    d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

    e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

    Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

    f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  11. Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali


    g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

    h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

    Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.

    Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

    Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.

    ReplyDelete
  12. Human Resource Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam says his service to the Chinese community in the Segamat parliamentary constituency over the last four years will enble him to garner Chinese support in the May 5 general election.

    ReplyDelete
  13. “From what I can see, the Chinese community whom I’ve served since the 11th general election in 2004, they have returned to the Barisan’s fold.

    ReplyDelete
  14. “They will lose out if they don’t follow the wave of support of the Chinese community for the Barisan under the stewardship of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  15. Similarly, the Indians have also returned to the Barisan’s fold. More Indians are supporting the Barisan mow than the last general election.

    ReplyDelete
  16. Subramaniam said he was confident that the electorate in Segamat was not prepared to sacrifice the good life and facilities they enjoyed under the barisan’s administration.

    ReplyDelete
  17. Diberitahu bahawa Lim Kit Siang terpaksa berkempen habis-habisan di seluruh Parlimen Gelang Patah bagi memastikan anaknya Lim Guan Eng tidak menjadi “anak yatim” dalam dunia politik tanahair pada 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  18. Khabarnya, walaupun sudah berusia 72 tahun, pemimpin “zaman purba” DAP itu terpaksa gagahkan diri berkelana dari satu tempat ke satu tempat bagi meraih simpati di tempat orang. Maklumlah, dia bercita-cita nak jadi wakil rakyat dia sendiri tak pernah ambil peduli sebelum ini.

    ReplyDelete
  19. Dalam kempennya baru-baru ini, Kit Siang melemparkan persoalan kepada segelintir hadirin yang datang ke ceramahnya. Dia bertanya, siapakah individu yang paling layak mereka pilih sebagai Perdana Menteri pada PRU ke-13 ini?

    ReplyDelete
  20. Peliknya, dia hanya menyebut nama empat individu saja sebagai pilihan iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

    ReplyDelete
  21. The constituents should not pay heed to the empty promises made by the opposition, said Subramaniam, who is also MIC Deputy President.

    ReplyDelete
  22. Pelik betul. Mana nama Anwar bin Ibrahim? Kenapa Kit Siang tak sebut langsung nama Anwar? Nak kata dia tak kenal Anwar, memang dia kenal sangat pun. Anwarlah yang “pedajal” dia suruh bertanding di Gelang Patah..!

    ReplyDelete
  23. Sebelum ini, memang kecoh bila bercakap tentang calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Malaysia selepas British meninggalkan negara ini.

    ReplyDelete
  24. PKR sebagaimana maklum memang tegar mahu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Memang itu tujuan PKR ditubuhkan pun. DAP pula “menyokong” keputusan PKR itu dan setuju Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berkuasa.

    ReplyDelete
  25. Cuma PAS saja yang agak menentang idea Anwar untuk menjadikannya “Sivaji Da Boss” itu. PAS mahu Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri. Tapi siapalah PAS dimata DAP dan PKR? Kedudukan mereka lebih hina dari “melukut di tepi gantang”!

    ReplyDelete
  26. Subramaniam also said the people in Segamat would not accept the opposition candidate Datuk Chua Jui Meng, who is Johor Parti Keadilan Rakyat (PKR) chairman, who was formerly at the pinnacle of his political career as the Health Minister and MCA Vice-President and now he was opposing the government.

    ReplyDelete
  27. “If Chua claims his decision to contest on an opposition ticket was because of his principle in his political struggle, why only now?.

    ReplyDelete
  28. Why didn’t he state his stand when he was in the MCA and Barisan Nasional,? he asked.

    ReplyDelete
  29. Berbalik pada calon-calon Perdana Menteri yang diminta supaya dipilih Kit Siang itu, sudah jelas menunjukkan bayangan bahawa Penasihat DAP itu bagaikan marah dan kurang senang pada Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  30. Kenapa? Kerana Anwar sengaja kenakan dia untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah dan berdepan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman? Kit Siang sudah sedar dia “dipermainkan” Anwar dalam “set catur”nya?

    ReplyDelete
  31. Memang memalukan apabila seorang pemimpin politik yang paling berpengalaman dalam DAP dipermainkan begitu saja oleh seorang “chameleon” dari parti luar. Mana Kit Siang nak letak muka lagi selepas dikenakan Anwar?

    ReplyDelete
  32. Anwar tahu peluang Kit Siang di Gelang Patah pada awalnya hanyalah 50-50 sahaja. Belum tentu menang dan belum tentu kalah. Parlimen itu tidak stabil untuk ditandingi calon luar yang tak tahu apa-apa tentang keadaan setempat.

    ReplyDelete
  33. Tapi bila Abdul Ghani yang dicalonkan BN di situ, maka Parlimen Gelang Patah boleh disifatkan sebagai “keranda” untuk karier Lim Kit Siang. Dalam ertikata lain, dia mungkin “dibersarakan” pada PRU ke-13 kali ini di Gelang Patah!

    ReplyDelete
  34. Subramaniam said that if he was fielded again as the BN candidate for Segamat, the Barisan’s efforts to retain the seat would not face much problem.

    ReplyDelete
  35. Padanlah Kit Siang tak sebut langsung nama Anwar sebagai salah seorang calon pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri. Ada “udang di sebalik batu” rupanya. Dia marah pada Anwar kerana dipermainkan Anwar?

    ReplyDelete
  36. Eloklah begitu. Si Penyamun jual si penyangak. Si Penyangak pula mainkan si penyamun. Dan menghairankan pula, PAS pula boleh jadi “bijak pandai” bersahabat dengan “syaitan-syaitan gondol” itu. Patut pun orang kata Pakatan Haram pula akan dilanda “tsunami” kali ini, kan?

    ReplyDelete
  37. Sian Najib...dah goyang nmpak sbab BN nak hilang.

    ReplyDelete
  38. Kepada Penyokong PAS DAP PKR dan Pencinta ulamak penghasut..PESAN SAYA >.Jangan Kecewa dan buat huru hara.Awak Kalah PRU13..

    ReplyDelete
  39. Beberapa bekas penyandang kerusi Barisan Nasional (BN) di Dewan Undang Negeri (DUN) yang tidak disenaraikan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  40. Bekas Ahli Undangan Negeri Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat menyifatkan pemilihan muka-muka baru yang dibuat oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik dan berpotensi membantu kemenangan BN di negeri Johor.

    ReplyDelete
  41. "Saya memang sudah buat keputusan untuk tidak bertanding PRU-13 ini bagi memberi laluan kepada golongan muda selepas tiga penggal memikul tanggungjawab ini.

    ReplyDelete
  42. "Saya yakin pilihan pucuk pimpinan yang mengantikan tempat saya ini mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan dan secara tidak langsung membatu kemenangan BN di Johor," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

    ReplyDelete
  43. Jelas beliau, biarpun tidak bertanding untuk kerusi DUN pada PRU-13 ini, beliau turut terlibat dalam menggerakkan jentera parti untuk kempen kali ini.

    ReplyDelete
  44. "Masa inilah kita harus menunjukkan kesetiaan kepada parti, walaupun tidak bertanding tapi saya akan mengetuai jentera penggerak bagi kempen pilihan raya ini," ujarnya.

    ReplyDelete
  45. Tahir turut menasihatkan agar rakan seperjuangan yang tidak terpilih untuk bertanding pada PRU-13 ini agar terima keputusan tersebut dengan matang dan merajuk.

    ReplyDelete
  46. "Biarpun tidak dicalon tapi kita seharusnya terus berada di belakang parti sebagai tulang belakang, jangan ada yang merajuk sehingga membuat keputusan yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  47. "Saya yakin pucuk pimpinan mempunyai alasan tersendiri dan PRU-13 ini merupakan pilihan raya terpenting buat Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  48. Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning Datuk Abdullah Ali menganggap pemilihan muka-muka baru di Johor adalah dikalangan calon boleh menang.

    ReplyDelete
  49. "Bagi PRU-13 ini saya sudah awal-awal menarik diri kerana memberi laluan orang yang lebih muda dan segar untuk bertanding," katanya.

    ReplyDelete
  50. Beliau berkata, kejayaan BN akan ditentukan oleh kradibiliti calon yang diumumkan dan akan terus memberi sokongan penuh kepada parti tersebut sepanjang tempoh PRU-13 ini.

    ReplyDelete
  51. "Terpilih atau tidak sebenarnya tidak penting kerana apa yang penting ialah kemenangan parti pada pilihan raya ini, tiada istilah merajuk sebaliknya terus memberi sokongan kepada Umno dan BN," ujarnya.

    ReplyDelete
  52. Manakala bagi Bekas Ahli Undangan Negeri Sungai Balang Dr. Robia Kosai, keputusan tersebut diterima dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  53. "Itu adalah keputusan pucuk pimpinan dan sebagai orang dalam parti saya terima apa juga yang ditetapkan.

    "Walaupun begitu saya tetap menyokong calon yang dipilih dan membantu jentera parti sepanjang kempen PRU-13 ini berlangsung," katanya.

    ReplyDelete
  54. Sekiranya individu itu tak mampu mempunyai daya saing jangan menyalahkan ahli parlimen kawasan itu. Jika kita sebagai individu telah melaksanankan tugas kita dengan baik mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh negara maka kita anggap negara itu telah maju. Tetapi kebanyakkan daripada kita langsung tidak mengendahkan peraturan dan undang-undang negara dan bangga membandingkan dengan negara jiran iaitu Singapura lebih baik daripada kita. Cuba buat hal disana . Lihat apa akan berlaku. Tepuk dada tanya selera. All of us have to deliver regardless of any profession than you can see the difference. The political climate alone not enaough to up hole the country image . You, I,they the community, the MP's and all of us makes up this country. Hidup Datuk Subra

    ReplyDelete
  55. The setting up of the RM400mil rail equipment manufacturing complex here shows the confidence that China-based China Southern Rail (CSR) Group has in the Government.

    ReplyDelete
  56. Datuk Seri Najib Tun Razak said the investment by CSR here for the project shows their long-term commitment to work together with the Government.

    ReplyDelete
  57. Najib also said the cooperation with CSR was also a reflection of the good ties between both countries.

    ReplyDelete
  58. This relation continue to grow from strength to strength,” he said, adding that China was Malaysia’s biggest trading partner.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.