Wednesday, April 24, 2013

Iklan Perkauman Akan Tumbangkan BN

Kempen Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) mungkin memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini, kata sumber dalaman industri dan ahli politik pembangkang.



Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.

"Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bula PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".

"Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP," kata Masjaliza Hamzah daripada Center of Independent Journalism kepada The Malaysian Insider.

"Ia adalah konsep kosong. Hanya tuduhan tanpa kebijaksanaan atau rasa hormat. Ia iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata seorang penulis iklan, Kevin, 32, yang mendedahkan nama sebenarnya.

"Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk, "katanya.

Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya.

Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu The Malaysian Insider mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu.

"Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Kami bersama-sama dalam gabungan, "kata Tony Pua, setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan MP Petaling Jaya Utara.

"Iklan itu bagus... saya harap BN terus untuk melaungkan slogan itu. Tiada undi untuk BN," kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pengguna Twitter @patricklsk bersetuju dengan menulis: "MCA sebenarnya membayar untuk iklan akhbar bagi mempromosikan kerjasama DAP-PAS? Ini sangat menakjubkan! #freemarketing"

Namun, iklan tersebut tidak bukan diterima semua dan kebanyakkan iklan membuat orang ramai marah.

"Kami berbual tentang perkara itu dalam pejabat hari ini. Seseorang bertanya kepada saya sama ada sudah melihatnya dan saya jawab ya, saya sudah lihat. Datanglah sini, ia dalam tong sampah saya," kata seorang pengarah akaun yang enggan dinamakan.

"Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri," katanya.

Contoh iklan anti-pembangkang Barisan Nasional di akhbar tempatan.

Seorang pegawai eksekutif operasi di sebuah agensi menggambarkan iklan di The Star, dengan tiga ke lima pembangkang menghentam iklan dalam setiap satu akhbar, melihatnya sebagai "terlalu melampau" dan akan menyebabkan rakyat akan jemu.

"Semua mereka buat adalah salah. Mereka beri terlalu banyak perhatian kepada pembangkang daripada menggariskan pencapaian mereka sendiri," kata beliau.

"Tapi ia baik untuk lawak, lawak yang sangat mahal," tambahnya lagi.

Pua berkata, BN telah menggunakan isu ketakutan kaum dalam empat pilihan raya sebelum ini dan DAP kemudiaan bertindak balas dengan kemarahan, tapi tidak kali ini.

Seorang pengguna Facebook, Tan Lin Li, menulis: "Serang polisi, bukan parti," serta menghantar gambar iklan DAP yang diterbitkan dalam The Rocket dan Sinar Harian menampilkan ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga berlegar-legar dalam laman sosial bagi menangani iklan-iklan daripada BN.

"Tiada apa yang perlu ditakuti dan saya percaya orang-orang di Malaysia adalah bijak hari ini untuk membezakan pembohongan BN yang bertentangan dengan kebenaran perkara itu, "kata Pua.

Beliau menambah jika PR mempunyai wang, iklan yang mereka akan buat untuk menangani iklan tersebut adalah dengan berkata, "Satu undi untuk MCA adalah satu undi untuk Perkasa."

Masjaliza juga mempersoalkan sama ada iklan BN tersebut mematuhi Kod Amalan Pengiklanan Malaysia.

Datuk Johnny Mun, pengerusi 4As Malaysia, sebuah persatuan pengamal pengiklanan yang berkongsi amalan dalam industri, memberitahu Malaysian Insider bahawa kod ini hanya terpakai untuk pengiklanan produk secara amnya dan tidak mengawal iklan politik.

Masjaliza juga berkata iklan itu menjejaskan integriti bebas dan adil dalam media.

"Sebagai contoh, perbelanjaan pengiklanan hendaklah terhad kepada jumlah yang tertentu. Jika tidak ada had maka ia akan memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai dana besar," katanya.

Media sebelum ini melaporkan BN dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM73 juta pada bulan lepas untuk pengiklanan, langkah untuk mempertahankan Putrajaya dan yang termahal pernah dibelanjakan dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

-TMI

47 comments:
Write comments
  1. bn terutama umno suka guna politik perkauman n suka cakap besar inilah menyebabkan rakyat cina bencikan umno. rakyat cina merasakan tak selamat kalau yb mca dipilih sebab mca dalam bn n bn dikuasai umno dgn terang rakyat cina beralih arah pada dap sebab dap lebih pentingkan kaum cina dari dianiaya oleh umno yg berpolitikkan perkauman selama 55tahun tak pernah berubah n rakyat cina diabaikan. mca cumalah angjing umno utk jaga rakyat cina supaya duduk diam n ikut terlunjuk mrk macam org bodoh asal mca dapat habuan n rakyat cina dikianati. sebab tu rakyat cina dah benci mca/bn selama ini n mrk pun pilih dap sebagai penyelamat. rakyat cina bukannya bodoh macam org melayu kerana takut melayu lemah.

    ReplyDelete
  2. Aku suka Lim Kit Siang. Politiknya tidak pernah malam. Siang saja.

    ReplyDelete
  3. n melayu dulu bodoh n mudah ditipu dgn wang ringgit tapi kini dah banyak berubah n rakyat melayu pun tubuh macam cendawa dalam malaysia n melayu baru inilah melayu yg lebih bijak n berfikir cara waras n dgn sdrnya mrk merasakan bn telah menipu saudara melayu selama ini. melayu kini pun semakin berani lawan kerajaan bn yg dirasakan terlalu zalim pada rakyatnya n sering lontarkan fitnah pada pr macam2. rakyat melayu bukan mahu dgr fitnah tapi mahu perubahan cara pemerintahan yg lebih adil pada semua rakyat n tak mahu politik perkauman kerana bagi rakyat yg berilmu mrk tahu dimana jika sebuah kerajaan yg politikkan perkauman hanya akan musnahkan negara malaysia suatu hari nanti kerana ini akan membuat rakyat saling benci membenci dgn bangsa lain n akhirnya akan tercetusnya rusuhan pada masa depan sebab dunia makin maju n negara pun ikut maju tapi bn guna cara lama, kerana bn tak ada idea baru sebab mrk sudah habis akal n tiada org yg mampu berikan perubahan pada malaysia yg lebih baik buat rakyat malaysia , kerana org bn semuanya org lama n dgn begitu fikiran mrk pun lama jadi tak mampu memberi kecuali guna kata2 kosong yg mana rakyat ditipu mentah2 sebab mrk tiada cara lain n curi wang rakyat sebanyak yg boleh utk mrk sdr pada masa depan bila mrk tak mampu lg memerintah negara malaysia kerana rakyat muda tak nak umno yg dah mati akal utk perintah negara malaysia ini.

    ReplyDelete
  4. memang masih ramai rakyat malaysia yg masih sokong bn kerana mrk fikirkan kepentingan mrk n ada yg takut kalau pr kalah. pr kalah tak apa tapi rakyat melayu dah sedar n mrk akan bersatu dgn semua rakyat malaysia tak kira kaum utk melawan bn sampai bila2 n bn akan hancur juga akhirnya sebab rakyat bangkit nak membuktikan bn bukan tuhan atau allah atau pun raja yg umno fikirkan mrklah tuan punya tanah melayu ini. umno salah tanah ini bukan milikmu tapi milik semua rakyat malaysia kerana negara malaysia adalah negara demokrasi bukan negara dijajah!kecuali rakyat bn yg dicipta oleh umno utk pertahankan kekuasa mrk pada negara ini. rakyat malaysia kalau tak tumbangkan bn/umno pru13 ini, rakyat malaysia akan merana pada masa depan sebab rakyat bn akan bertambah macam cendawan n akhirnya rakyat melayu akan secara automatik dipinggirkan kerana umno tak memerlukan rakyat melayu lg kerana mrk sudah ada rakyat bn yg mampu berikan kuasa selamanya pada umno/bn.
    jadi gunalah peluang yg terakhir ini utk melawan hingga habis2san jgn merundur pada pru13 nanti. masa depan cucucicitmu melayu ada pada semangat perjuangmu melayu n kita merdekakan negara malaysia ini utk rakyat malaysia demi maruah n bangsa. pertahankan maruah kita melayu, bangkitlah melayu, keluar dari kelompok yg hina melayu.
    amin.

    ReplyDelete
  5. SUSAH MAHU PERCAYA DENGAN ORANG POLITIK. LEPAS PRU NANTI PASTI ADA YANG MELOMPAT. MAIN GOLF MASA MENGUNDI NANTI LAGI BEST. TIADA PERKAUMAN DI PADANG GOLF. BOLEH BETTING IKAN-IKAN.

    ReplyDelete
  6. Senang saja tawaran baik Pakatan Rakyat patut kita cuba, siapa tidak mahu minyak petrol murah, univerrsiti percuma tanpa PTPTN, kereta turun harga, tol d semenanjung dihapuskan, royalti minyak 20%. Jika ini ditunaikan semua rakyat boleh rasa. Jika tidak ditunaikan jangan undi Pakatan Rakyat lagi nanti. Cuba dulu baru tahu. Kita jangan kisah mereka pancing undikah kemudian dapat jawatan menteri dapat gaji lumayan, dapat kuasa. Kita anggap semua itu alat untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita cuma mahu jawatan dan kuasa itu digunakan untuk kebajikan rakyat, jadi kita pilih tawaran yang terbaik. Jika ditunaikan negara akan bangkrap, itu suara dari orang yang mahu kekal berkuasa, biasalah..........

    ReplyDelete
  7. KELIHATANNYA, PEMBANGKANG SEMAKIN AGRESIF. MEREKA MULA UNTUK MEMANASKAN ORANG RAMAI DAN MENGHASUT UNTUK MEMUSUHI BN. SANGAT JELAS YANG TINDAKAN SEPERTI INI KURANG MATANG DAN TIDAK LAYAK MENJADI KERAJAAN MALAYSIA.

    BARISAN NASIONAL ADALAH SENTIASA YANG TERBAIK! TOLAK PEMBANGKANG


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Sabah menjadikan pilihan raya umum 5 Mei ini sebagai medan untuk menolak pembangkang yang memutar belit isu keselamatan dan keamanan di Sabah sebagai satu sandiwara.

    Najib menegaskan hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu memberi jaminan berhubung soal keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah.

    “Rakyat Sabah harus menyatakan (tolak pembangkang) 5 Mei ini. Ini (kedaulatan Sabah) mesti dipertahankan kerana ia lebih besar daripada soal pembangunan, lebih besar daripada (janji) jalan tar yang dikotakan.

    “...Ini bukan soal kerusi (kawasan) tapi soal maruah dan kedaulatan Sabah di bumi Malaysia yang BN berjanji tetap dipertahankan dengan nyawa sekalipun,” katanya ketika berucap pada majlis jerayawara Yayasan Sabah bersama rakyat di pekan Kuala Penyu di sini kelmarin.





    UNDILAH BN!

    ReplyDelete
  8. KELIHATANNYA, PEMBANGKANG SEMAKIN AGRESIF. MEREKA MULA UNTUK MEMANASKAN ORANG RAMAI DAN MENGHASUT UNTUK MEMUSUHI BN. SANGAT JELAS YANG TINDAKAN SEPERTI INI KURANG MATANG DAN TIDAK LAYAK MENJADI KERAJAAN MALAYSIA.

    BARISAN NASIONAL ADALAH SENTIASA YANG TERBAIK!


    Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 8,000 rakyat pelbagai lapisan itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga calon BN untuk Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, calon kerusi DUN Klias, Isnin Aliasneh dan calon muka baharu DUN Kuala Penyu, Limus Jury.

    Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakyat Sabah tidak harus berfikir panjang dalam menilai pembangkang kerana mereka sebenarnya sudah bijak membuat pilihan.

    “Peristiwa (pencerobohan pengganas di) Lahad Datu seharusnya jadi iktibar yang mana orang yang kemaruk kuasa dan mempersoal kedaulatan negara tidak boleh dibenarkan berjaya,” katanya.

    Najib menarik perhatian bahawa kerajaan BN berjaya membawa kemakmuran menerusi program transformasi yang merupakan pendekatan lebih bermakna berbanding reformasi laungan pembangkang yang tidak membawa apa-apa kemajuan.




    UNDILAH BN!

    ReplyDelete
  9. KELIHATANNYA, PEMBANGKANG SEMAKIN AGRESIF. MEREKA MULA UNTUK MEMANASKAN ORANG RAMAI DAN MENGHASUT UNTUK MEMUSUHI BN. SANGAT JELAS YANG TINDAKAN SEPERTI INI KURANG MATANG DAN TIDAK LAYAK MENJADI KERAJAAN MALAYSIA.

    BARISAN NASIONAL ADALAH SENTIASA YANG TERBAIK!


    Sambil mengulangi manifesto BN lebih merupakan aku janji untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, beliau memuji manifesto tambahan BN Sabah yang turut mengandungi kad laporan kerajaan negeri.

    Menurutnya, berdasarkan kad laporan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Musa berjaya melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat Sabah, termasuk mengurangkan kadar kemiskinan.

    Najib berkata kerajaan pusat juga akan memastikan peruntukan pembangunan untuk negeri Sabah akan melebihi jumlah bayaran hasil royalti minyak yang diterima negeri ini.

    “Apabila siap projek terminal minyak dan gas di Kimanis yang akan menjadi telaga pengeluar minyak, hasil minyak di Sabah akan bertambah…dan kerajaan pusat beri balik kepada rakyat Sabah dan lebih besar daripada 20 peratus royalti seperti dalam manifesto pembangkang,” katanya.




    UNDILAH BN!

    ReplyDelete
  10. KELIHATANNYA, PEMBANGKANG SEMAKIN AGRESIF. MEREKA MULA UNTUK MEMANASKAN ORANG RAMAI DAN MENGHASUT UNTUK MEMUSUHI BN. SANGAT JELAS YANG TINDAKAN SEPERTI INI KURANG MATANG DAN TIDAK LAYAK MENJADI KERAJAAN MALAYSIA.

    BARISAN NASIONAL ADALAH SENTIASA YANG TERBAIK!


    Dalam pada itu, Najib menekankan pentingnya sokongan padu diberi kepada BN oleh anggotanya dan supaya ia tidak dikhianati.

    Merujuk kepada komponen tonggak BN iaitu Umno, beliau berkata: “Orang Umno (mesti) lebih sayang parti daripada individu yang mana matlamat dan prinsip perjuangan lebih mahal daripada kedudukan mana-mana individu.

    “Rakyat akan menghukum dan melihat kebenaran di atas kesetiaan pemimpin mereka.”

    Pada majlis itu, Najib turut merasmikan Jambatan Kuala Penyu yang menyeberangi Sungai Sitompok sepanjang 1.1 km bernilai RM60 juta.

    Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih Ukin, adik kepada penyandang kerusi Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, bersama 200 anggota lain mengisytiharkan keluar parti dan menyertai BN.

    Kuala Penyu, antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan Parlimen Beaufort, dimenangi Teo Mau Sing (BN) dengan majoriti 257 undi pada pilihan raya lepas.

    Pada pilihan raya kali ini, BN menampilkan calon muka baharu Limus yang berdepan empat calon lain termasuk dua Bebas.




    UNDILAH BN!

    ReplyDelete
  11. BN akan menang besar dengan sokongan 'Tok Guru' Ibrahim Katak hehe

    ReplyDelete
  12. jgn mainkan isu perkauman semasa kempen pilihanraya

    ReplyDelete
  13. Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Mohd Shamsul Mohd Yusoff menyifatkan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai hukum hudud hanya bertujuan untuk memancing undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

    ReplyDelete
  14. "Bagi saya, PAS guna agama (melaksanakan hukum hudud) semata-mata untuk memancing undi.

    "Sepatutnya (kalau) kita berkuasa, kita memperkasakan agama. Bukan menggunakan agama untuk memancing undi, itu salah," katanya

    ReplyDelete
  15. Mohd Shamsul berkata, Haron benar-benar mahu hukum hudud dilaksanakan tetapi mungkin hasratnya tidak berjaya sekiranya masih bersama dalam parti itu.

    "Sebab PAS hari ini sudah bertukar haluan, mereka sudah buat 'pusingan-U' daripada mahu mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

    ReplyDelete
  16. "Hudud bukan lagi agenda utama maka sudah tersasar jauh. Haron Din mempunyai nawaitu dia (menjadikan sebuah negara Islam) tetapi Haron Din mesti keluar dari PAS dan bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memperkasa dan memperkuatkan agama, kita sama-sama bersatu," katanya.

    ReplyDelete
  17. Dr Mahathir said the BN government was not greedy by seizing all the powers for itself but instead was willing to share power with the 13 component parties representing various races, religions and cultures.

    ReplyDelete

  18. Dr Mahathir said the prevailing peace and safety in the country have enabled the masses to elect the party of their choice to govern the nation.

    ReplyDelete
  19. Ramai bijak pandai yg bencikan UMNO/BN hnya krna mendukung dn mnyokong prjuangan seorang pmimpin yg telah dipecat dari UMNO/BN. Begitu lh lumrah kehidupan manusia. Amat sedikit yg bersyukur dg apa yg tlh mereka nikmati selama BN memerinth.

    ReplyDelete
  20. Letupan di Nibong Tebal membuktikan pembangkang mula menggunakan taktik-taktik berunsur keganasan untuk menumbangkan BN.

    ReplyDelete
  21. Seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia

    ReplyDelete
  22. Pegawai keselamatan Barisan Nasional (BN) Zaidi Ramli, yang tercedera dalam insiden letupan pada satu majlis ceramah di sini semalam, menyifatkan kejadian itu menyemarakkan lagi semangatnya untuk membantu jentera parti itu berkempen pada pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  23. Beliau ditugas mengiringi Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang juga calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal, menghadiri ceramah perdana di pekarangan Bilik Gerakan parlimen itu semalan.

    ReplyDelete
  24. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis percaya bahan letupan IED yang diletak dalam longgokan sampah di kawasan itu adalah perbuatan khianat dan dirancang sekumpulan profesional.

    ReplyDelete
  25. Polis yang menemui dua IED dalam longgokan sampah, percaya ia bertujuan menakutkan orang ramai serta menimbulkan suasana tidak tenteram dan huru-hara di kawasan ceramah.

    ReplyDelete
  26. Letupan itu berlaku ketika Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan sedang berucap.

    ReplyDelete
  27. Tulislah apa sahaja.... semua dah tahu pr akan menang....

    ReplyDelete
  28. The PRU13th can also be seen as a battle of leadership between DS Najib and DS Anuar Ibrahim.

    As leadership schoolars said, Credibility is the foundation of leadership. What does it take for voters to believe in Najib's and Anuar's leadership? Short answer: Credibility.
    Leaders have to keep promises and become role moidels for values and actions they espouse and thier willingness to admit mistakes and be able to learn from that mistakes. So far i can see only DS Najib fulfilled the truth about leadership.


    ReplyDelete
  29. Boleh kah Ketua Pembangkang PAKATAN dipercayai?

    Sila baca kenyatan ini yang dilaporkan dalam Berita Harian,7 Mei,1990 semasa DSAI menjadi Menteri Kewangan dalam kerajaan UMNO/BN:-

    'MELAYU...TIDAK HARUS BEKERJASAMA DENGAN DAP KERANA PERBUATAN ITU HANYA AKAN MEMBAWA KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN MASA DEPAN GENARASI MELAYU...SAYA KESAL DENGAN SIKAP SEGELINTIR ORANG MELAYU YANG SANGGUP BEKERJSAMA DENGAN DAP...."

    Sekarang DSAI bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkn UMNO/BN.

    ReplyDelete
  30. Aku mau termasuk dalam sejarah Malaysia di PRU 13 Kerajaan bertukar ke PR,kalu jadi kejayaan in sya Allah ia sejarah Besar bagi rayat Malaysia.Ini kali lah diharap BN/uMno dalam sejarah terkubur.Jom tukar

    ReplyDelete
  31. Tidak lama lgi sejarah hitam bakal tercipta kepada Anuar Ibrahim ats keklhn partinya dlm PRU13. Trpksalh ia brhijrah ke Amerika utk jdi pensyarah kolej di Carbondale. Sian si NUar.

    ReplyDelete
  32. Diantara yang meungkapkaan isu hudud dua tiga hari lepas menjelang PRU 13 ini ialah TS Muhyedin Yassin TPM. Seolah-olah tujuannya supaya pemimpin PAS dan DAP respon buat pendirian supaya mereka bergaduh mengenai isu ini. Harap mereka tidak terrperangkap dengan taktik jahat ini.

    ReplyDelete
  33. Jika benar DS Anuar cakap macam itu, Berita Harian 7 Mei, 1990, yang terbaru BN kata Kumpulan Handraf extreme dan pemimpinnya pernah dimasukkan dalam penjara ISA sekarang jadi kawan BN dan PM. Dulu lain sekarang lain apa salahnya.

    ReplyDelete
  34. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Doktor Politik' atas kebolehan beliau merawat masalah negara.

    ReplyDelete
  35. Beliau berkata, seperti doktor perubatan, Najib akan mendengar permasalahan yang diajukan kepadanya sebelum mengambil setiap data berkaitan supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.

    ReplyDelete
  36. "Doktor politik ini kemudiannya membawa data-data ini ke 'bengkel' untuk mendapatkan idea-idea termasuk daripada pihak swasta dalam mencari penyelesaian terbaik kepada rakyat," katanya semasa berucap merasmikan program jelajah Yayasan Sabah di Pisompuruan Square

    ReplyDelete
  37. Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul dan Penolong Pegawai Daerah Tambunan (Pembangunan), Robert Stidi. Majlis dihadiri kira-kira 5,000 penduduk.

    ReplyDelete
  38. Sehubungan itu, Pairin meminta supaya rakyat Sabah dalam menjalankan kewajipan pada 5 Mei ini untuk tidak melepaskan doktor politik yang telah berada di dalam genggaman hanya kerana mahu memilih pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang tanpa rekod prestasi cemerlang sebagai ukuran

    ReplyDelete
  39. TIBAI= TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM-KETUA PEMBANGKANG PKR.

    IN 1999-ANWAR TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA ENAM(6)TAHUN ATAS KESALAHAN RASUAH.

    IN 1999-ANWAR WAS SENTENCED TO SIX YEARS IN PRISON FOR CORRUPTION

    INI KAH PEMIMPIN YANG ANDA MAHUKAN MENJADI PM?

    LU FIKIR LAH SENDIRI.

    ReplyDelete
  40. Bila rakyat sudah mara ke hadpan walau pun menentang arus yang sukar dilalui, sukar untuk patah balik, kelurkanlah sejarah kesilapan ketuanya, tambah lagi dengan fitnah dan perkara yang amat mengaibkan jika ada kesan pun terlalu sedikit. Sebab sebahagian besar rayat sudah tekad untuk menukar kerajaan. Undi bukan semata-mata kepada DS Anuar Ibrahim, TG Hadi Awang, Lim Kit Siang tetapi kepada agenda kebajikan yang hendak disampaikan kepada rakyat jelata. Puluhan ribu mendengar ceramah pembangkang, duduk di rumput, bawah pokok. Mereka ini sebenarnya orang-orang yang bijak mencari maklumat dan banding dengan Buletin Utama TV3, memang layak untuk Memilih (Malaysia Memilih) Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  41. Agenda apa? Baru memerintah empat buah negeri pn tak dapat menyelasaikan masalah rakyat, ini kn pula na memerintah seluruh negara. Mcm mana nak hapuskn rasuah kalau Ketua Pemimpin pun dah rasuah. Cakap tak serupa bikin.Menyokong pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan rasuah sama juga dengan menyokong aktiviti rasuah.

    ReplyDelete
  42. Anonymous said...
    April 26, 2013 at 7:22 AM..he....he otak dah masuk air..isu lucah yang ko ada..

    ReplyDelete
  43. Tumbangkankan BN pada 5hb Mei nanti. !!

    ReplyDelete
  44. Penyokong UMNO/BN di atas kata pada tahun 1999 DS Anuar dijatuhi hukuman 6 tahun penjara kerana kesalahan rasuah, inilah maklumat ala TV3 punya style. Setahu saya kesalahannya hanyalah salah guna kuasa kerana mengarahkan Polis buat sesuatu pasal tuduhan palsu yang memalukan dirinya. Baru-baru ini bekas Ketua Polis Negara Datuk Musa Hasan kata pemimpin kerajaan yang arahkan polis tanpa pengetahuan Ketua Polis makin menjadi-jadi. Jika benar kenapa mereka tidak dihukum. Malah ada Pegawai Polis yang ditukar kerana tidak mahu sign kerja kontrak yang belum siap. Mengenai masaalah 4 Negeri, kita yakin PR akan dapat selesaikan bila sudah dapat tawan Putrajaya Pentadbiran Persekutuan yang bertanggongjawab. Jangan ingat rakyat tidak tahu negeri-negeri lain pun ada masaalah tapi tidak ditunjulkan dalam TV1 TV3.

    ReplyDelete
  45. Persoalannya adakah salah guna kuasa (abuse of public office) itu tidak termasuk dalam definisi rasuah? Jika berminat mencari kebenaran sila tanya para peguam dan para hakim yg arif lg bijaksana.

    ReplyDelete
  46. Rasuah yang lebih umum bermaksud memberi atau menawarkan apa juga hadiah (keuntungan) kepada seseorang untuk mempengeruhi tindakannya (giving or offerring any reward to any person to influence his conduct). Adakah seorang Ketua Jabatan menggunakan kenderaan jabatan dan di pandu sendiri untuk hantar anak sekolah definisi rasuah atau salah guna kuasa, tak payah tanya hakim.

    ReplyDelete
  47. Rakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.

    Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.