Friday, April 9, 2010

Bekalan elektrik kerap putus, syarikat telekomunikasi terjejas

YK, pengadu dari sebuah syarikat telekomunikasi mengadu bekalan elektrik yang kerap kali terputus di kawasan Rompon menjejaskan perkhidmatan perhubungan yang disediakan untuk penduduk yang tinggal di sekitar Keningau.


“Masalah bekalan elektrik yang kerap kali berlaku tidak mengira siang atau malam menyebabkan sistem stesen pemancar radio selular seringkali mengalami sistem down,” katanya.

Katanya, pihak syarikat mengalami kerugian sehingga mencecah beribu ringgit untuk menggantikan peralatan di Stesen Radio selular, sebuah pemancar yang dikongsi bersama dengan dua lagi syarikat telekomunikasi lain.

“Ini disebabkan beberapa peralatan transmisi rosak akibat daripada bekalan elektrik yang kerap kali terputus dan tidak menentu,” dalam suratnya kepada Actionline.

Menurutnya lagi, tempoh bekalan elektrik yang terputus memakan masa yang lama sehingga penduduk menjadi lali.

“Tidak ada jangkaan yang dipasang di setiap kediaman penduduk jika tiada bekalan. Keadaan ini berlainan pula dengan bekalan elektrik yang disambungkan pada Stesen Pemancar Radio di mana, bil elektrik dibayar secara pukal,” katanya.

YK memohon supaya syarikat telekomunikasi memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan elektrik ke luar Bandar untuk kepentingan bersama.

Surat aduan yang dikepilkan kepada Actionline telah difax kepada SESB.

Seorang jurucakap dari bahagian Korporat Komunikasi menerima aduan itu berkata pihak mereka sedang membuat siasatan mengenai perkara ini. -NST

1 comment:
Write comments
  1. SESB must take action towards this. They should be alert of the places or complaints by the people.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.