Wednesday, April 7, 2010

Lepak dan merokok di kalangan pelajar K'gau berleluasa

KENINGAU: Santai sambil merokok – budaya ini sudah menjadi tabiat pelajar-pelajar sekolah di Keningau, menyaksikan kegiatan melepak di kalangan mereka semakin menjadi-jadi.

Aktiviti ini sama ada disedari atau tidak, ibu bapa dan guru-guru perlu duduk semeja untuk berbincang – kenapa masalah itu semakin tidak terkawal.

O704-lead-9bLepak dan merokok di kalangan pelajar sekolah mengisi perbincangan pro dan kontra di kalangan warga Keningau, yang membawa kepada usul mendedahkan aktiviti itu melalui akhbar.

Bertindak daripada aduan, akhbar ini telah melakukan intipan beberapa hari di beberapa kawasan strategi, dan mendapati dakwaan itu benar-benar berlaku.

“Bosan di rumah,” itulah jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah, ketika diajukan soalan.

Sambil merokok dan bergurau senda dengan rakan-rakan lepak, pelajar itu mendakwa mereka kehilangan hala tuju apabila ibu bapa gagal menunaikan permintaan mereka untuk mendapatkan sesuatu, seperti telefon bimbit dan pakaian.

“Ibu bapa kami sentiasa menyogokkan jawapan tidak ada duit … ini yang membosankan,” jelas pelajar-pelajar ini dan menambah, mereka melepak sekadar untuk menghilangkan tekanan keluarga.

Intipan yang dibuat mendapati, kebanyakan pelajar yang terlibat melakukan aktiviti itu selepas waktu sekolah, atau mereka yang ponteng sekolah.

Satu kes yang berasingan dalam kumpulan gadis-gadis remaja, mereka mendakwa terpaksa melepak untuk mencari peluang daripada kalangan rakan-rakan lelaki atau orang awam yang sanggup menunaikan permintaan mereka.

“Pok makan, bos,” inilah jawapan yang mereka berikan kepada wartawan.

Kajian mendapati berpuluh gadis remaja yang tersungkur dan terpaksa mengakui hakikat dijadikan ‘perempuan simpanan’, di kalangan tertentu semata-mata untuk mengejar kemewahan.

Terdapat pelajar turut terlibat dalam kes-kes seumpama, dan kajian mendapati kebanyakannya berasal daripada keluarga miskin.

“Kemiskinan mendorong kami untuk melakukan semua ini,” jelas seorang pelajar yang kini sebagai perempuan simpanan kepada seorang lelaki yang tidak dinamakan.

Orang ramai yang turut diminta pendapat mencadangkan, sekolah perlu melalui proses penjenamaan semula dalam usaha memartabatkan gedung ilmu itu, bukan sekadar melahirkan pelajar berilmu tetapi pelajar bermoral tinggi. -NST

2 comments:
Write comments
  1. gejala seperti ini perlu dibendung dengan segera.. ibu-bapa, guru-guru dan orang awam perlu bekerjasama menangani masalah ini... kita mesti mendidik anak-nak muda masa kini dengan nilai-nilaimurni kerana mereka merupakan generasi akan datang yang akan memimpin negara ini.

    ReplyDelete
  2. remaja sekarang harus didik dengan baik.. budaya lepas ni hanyalah perbuatn yang membuagn masa dan tidak berfaedah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.