Monday, May 31, 2010

PKR TENOM CONTOHI UMNO AMAL POLITIK WANG?

KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom berkocak lagi selepas isu dua ketua bahagian yang hangat beberapa bulan lalu telah selesai; kini timbul pula isu berpuak puak di kalangan penyokong parti itu untuk menghadapi pemilihan semua jawatan yang dijangka akan berlaku pada September akan datang ini.

Difahamkan, tiga kumpulan telah terbentuk setakat ini dan masing-masing telah mengatur strategi untuk menarik seberapa ramai pengikut dengan harapan dapat meraih kemenangan ketika pemilihan itu kelak.

Setiausaha Bahagian PKR Tenom, Majiadih O.T. Matalih ketika dihubungi pada Sabtu untuk mendapatkan ulasannya berhubung khabar angin yang tersebar dari mulut ke mulut mengatakan situasi PKR di sini agak panas dan telah timbul gejala ‘politik wang’ di saat-saat menghadapi pemilihan bahagian.

Majiadih menegaskan bahawa kegiatan lobi melobi adalah perkara biasa berlaku dalam mana-mana pemilihan sesebuah parti politik namun khabar angin yang mengaitkan kegiatan ‘politik wang’ beliau menolaknya selain menyifatkannya sebagai ‘omongan kosong’ semata-mata.

Ketika ditanya, apakah benar seorang ‘tokoh politik veteran’ yang campurtangan dalam proses mengemaskinikan keahlian parti di sini dikatakan telah menawarkan insentif berupa kewangan kepada mereka yang ingin menyertai PKR Majiadih berkata;

“Ini juga merupakan khabar angin dan omongan kosong semata-mata sebab benda sebegini tidak berlaku sebenarnya,” jelas beliau.

Dalam pada itu ketika diajukan soalan tambahan, mungkinkah pemangku ketua bahagian Gonsubin Yosundang dijangka akan mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan akan datang ini, termasuk kemungkinan beliau akan ditentang dua pencabar muka baru beliau berkata;

“Difahamkan Gonsubin tetap akan mempertahankan jawatannya di samping akan berdepan dengan dua pencabarnya yang juga merupakan muka baru. Kita tidak menghalang sesiapa juga yang layak bertanding untuk mencuba nasib dalam pemilihan tu kelak,” tambahnya agi.

Sejak akhir akhir ini, kehangatan pemilihan PKR di sini semakin terasa di mana selain penyandang jawatan Ketua Bahagian, Gonsubin Yosundang yang mendapat sokongan kuat daripada salah seorang ‘tokoh politik veteran era Parti Berjaya’ akan mempertahankan jawatan itu, beliau mungkin akan dicabar oleh dua muka baru.

Terdapat juga andaian bahawa kelebihan mungkin akan berpihak kepada salah seorang daripada muka baru di mana selain daripada memiliki akaedemik yang tinggi, beliau merupakan berketurunan dari suku kaum Murut yang majoriti di sini.

Oleh: MAIL MATHEW

3 comments:
Write comments
  1. I, for one, judge the candidates and not the party itself. The party can offer monetary rewards but it's up to the candidates if they accept it or not.

    ReplyDelete
  2. alahaai, main kait2 pula. hehhehe
    mengaku ja la bah..

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, ni mungkin gimik utk cover line ba dats y la burukkan BNUMNO.. hehhee
    apapaun, biasalah politik...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.