Tuesday, May 25, 2010

SABAH BUKAN SATU DARIPADA 13?

BARU-BARU ini telah berlangsung satu konvension di Sabah, di mana penceramah yang dijemput seorang professor, Prof. Ramjit Singh. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh kedudukan Sabah dalam Malaysia di mana beliau menyatakan bahawa Sabah berada dalam salah satu negeri dalam 13 Negeri dalam Semenanjung ‘Malaya’ yang kini dikenali sebagai 1MALAYSIA slogan ciptaan Najib.



Beliau tidak pernah tahu sejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Apakah seorang yang punya level pendidikan yang tinggi seperti Prof Ramjit Singh memberikan ceramah tanpa mengkaji kekukuhan fakta atau kerana title ‘Professor’ di pangkal namanya dia berhak untuk memberikan ulasan tanpa perlu merujuk fakta sebenar?

Dalam ulasan beliau, Prof Ramjit Singh telah menyama-ratakan kedudukan Sabah seperti negeri-negeri dalam Malaya. Beliau telah menyelaraskan kedudukan Sabah sama-duduk seperti Perlis yang besarnya lebih kurang Kota Belud itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang arif tentang sejarah pembentukan Malaysia, amat mengesali dengan ulasan yang dibuat oleh Prof Ramjit. Beliau seolah-olah ingin menguburkan fakta sebenar pembentukan kemerdekaan Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu @ Malaya. 3 Negara bersatu merdeka membentuk Malaysia.

Perlu diperingatkan kembali kepada Prof Ramjit Singh, bahawa dalam permuafakatan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia yang dipengerusikan oleh Donald Stephens pada ketika itu, bahawa satu persetujuan telah dicapai untuk Sabah merdeka bersama Malaysia di mana ianya merupakan gabungan lima buah negara pada persetujuan awal. Negara-negara tersebut adalah Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Namun begitu, dua dari lima negara ini menarik diri iaitu negara Brunei dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan yang kekal tidak berganjak dari persetujuan yang dicapai adalah Malaya, Sabah dan Sarawak.

Menurut persetujuan dalam Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Negara Malaysia ini, Sabah dan Sarawak tidak pernah disebut akan menjadi sebahagian dari negeri dalam Malaysia, ianya sepatutnya kekal sebagai gabungan tiga negara. Dengan gabungan tiga buah negara inilah maka terbentuknya Malaysia, sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Bila Prof Ramjit mengatakan Sabah merupakan salah satu dari 13 buah negeri di Malaysia, ini bererti Sabah telah kehilangan hak sebenarnya dalam pembentukan Malaysia.

Dalam pembahagian keuntungan ekonomi juga, jika menurut teori Prof Ramjit, segala pembahagian ekonomi akan dibahagikan 1/13 dan bukan 1/3 seperti yang sepatutnya persetujuan asal.

Malah, PM ‘1Malaysia’ kita juga seakan ingin rakyat Sabah melenyapkan sejarah persetujuan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia dengan mewujudkan slogan 1Malaysia.

PM kita mahu rakyat Sabah lalai dalam kepastian sebenar hak dan kedudukan Sabah dalam pembentukan Malaysia. Maka kerana itulah Kerajaan hari ini mewar-warkan semangat 1Malaysia secara meluas ke segenap pelusuk Negara supaya rakyat Sabah khasnya akan terus kabur dengan sejarah pembentukan Malaysia dan keuntungan pasti berada di pihak Barisan Nasional.

UMNO Sabah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman terus membisu apabila berhadapan dengan hak rakyat Sabah. Kenapa?

Oleh : HALIK ZAMAN (sabahkini)

27 comments:
Write comments
  1. Adakah Sabah ialah negara bukan salah satu negeri Malaysia?
    Jika seperti artikel menyatakan..gabungan tiga buah negara membentuk Malaysia. Pembahagian ekonomi sepatutnya 1/3.

    Apakah kebenaran atau fakta sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. sejak dari dulu sabah dan sarawak dikenali salah satu negeri di malaysia... tidak perlu meracuni fikiran rakyat bahawa 1malaysia bertujuan untuk menghapuskan perjanjian dan hak rakyat...

    ReplyDelete
  3. sabah sebelum menyertai pembentukan malaysia, adalah sebuah negara yang dijajah oleh Inggeris...demikian juga Sarawak...kerana itu, dalam pembentukkan Malaysia dinyatakan lima negara akan bergabung untuk membentuk Malaysia iaitu Malaya, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak...namun, Singapura dan brunei keluar dari perjanjian ini di atas sebab2 tertentu..ini adalah FAKTA..seharusnya Ranjit sebagai seorang ahli akademik, seorang profesor yang tahu/pakar akan hal ini tidak membuat pernyataan sedemikian yang bercanggah dengan fakta sejarah...rakyat sabah selama ini berusaha bertungkus-lumus untuk mempertahankan hak sabah seperti yang telah dipersetujui...janganlah mana2 pihak cuba memanipulasikan fakta yang mengelirukan dan menimbulkan salah faham terutamanya rakyat sabah itu sendiri...

    ReplyDelete
  4. slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian masyarakat malaysia yang berbilang kaum...janganlah disalah fahamkan slogan ini...diharap pihak2 berkenaan tidak mempolitikkan slogan 1Malaysia yang bertujuan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk Malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan yang aman damai...

    ReplyDelete
  5. semasa pembentukan Malaysia sabah diberi beberapa kuasa autonomi yang tidak terdapat di negeri-negeri lain melalui 20 perjanjian sabah antara sabah dan malaya. perjanjian ini adalah berkenaan hak-hak penduduk sabah apabila menyertai gagasan malaysia. namun pada masa pentadbiran negeri sabah masih lagi terikat dengan semenanjung. hal ini perlu dirujuk semula agar tidak timbul kekeliruan dikalangan penduduk sabah.

    ReplyDelete
  6. Sejak bila? ada2 saja provokasi!!! jangan dengar la

    ReplyDelete
  7. Selagi Sabah tidak jatuh ditangan pembangkang selagi itulah mereka ini tidak berhenti-henti create story seperti ini...

    ReplyDelete
  8. aiks, pa cerita ni... Lain orang lain pandangan ba.. Biasalah kalau telampau pintar, ada2 ja idea yang keluar. hehhee

    ReplyDelete
  9. Walaupun, kerajaan ada kelemahan (siapa juga ba yg sempurna di dunia ni), saya tetap menyokong penuh gagasan 1Malaysia. so janganlah politikkan hal ni. Tak baik utk kesihatan. hehe

    ReplyDelete
  10. Mungkin juga lah kan songkilou.. ada udang di sebalik mee goreng dorang ni.. tu lah cerita mcm ni tak habis2. hehe

    ReplyDelete
  11. Not everyone with Professor in front of their names can be trusted.

    ReplyDelete
  12. selama ini saya diberitahu bahawa sabah merupakan salah satu negeri di malaysia, tp negeri sabah mempunyai hak-hak yang tidak terdapat di negeri semenanjung melalui 20 perjanjian sabah. bagaimanapun tak perlulah nak perbesarkan perkara ini, yang penting adalah hak-hak kita sbagai penduduk sabah terjamin dan saya sokong dengan gagasan 1malaysia yang dibentuk untuk memupuk perpaduan dikalangan penduduk malaysia.

    ReplyDelete
  13. banyak lagi isu penting yang boleh dibincangkan. baik cari jalan menyelesaikan masalah di sabah dari menimbulkan isu2 yang tidak mendatangkan faedah.

    ReplyDelete
  14. According to the DE, Yong claims the irrespective wordings of Malaysian agreement caused many Sabahans labeled Sabah as ' one of the 3' and not ' one of the 13 '.

    ReplyDelete
  15. Aiks? Damn. Confusion is caving in. We don't need more provocation from this kind of people. Lame..

    ReplyDelete
  16. Prof. Ramjit Singh seharusnya tidak memberikan pernyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar. beliau seharusnya meneliti mengenai kedudukan Sabah dalam MAlaysia sebelum membuat pernyataan tersebut. penyataan beliau telah mengelirukan banyak pihak terutamanya penduduk negeri Sabah.

    ReplyDelete
  17. mungkin apa yang dikatakan oleh si Ranjit ni bertujuan untuk membuka mata dan minda rakyat sabah mengenai hak Sabah dalam Malaysia yang dimanipulasikan sehingga disamakan dengan negeri2 di Malaya...namun dia (Ranjit) harus tidak menafikan kebenaran fakta sejarah pembentukan Malaysia dan hak2 sabah dan sarawak sebagai gabungan dalam Malaysia...his statement sure so confusing...

    ReplyDelete
  18. The readers should judge these information based on the facts so that they will not fall for everything that the media reported.

    ReplyDelete
  19. Well, I gotta agree with roxy. The readers should judge information based on facts in order to avoid following information that was reported by the media blindly. As a saying, 'the blind leads the blind.'

    ReplyDelete
  20. I wonder what the state government think about this matter....but its just the prof. opinion & findings when he do the research...it will not going to change the real facts or history...

    ReplyDelete
  21. baik jika perjanjian 2o pejanjian semasa sabah meyertai malaysia dirujuk semula, dengan ini kita sebagai orang sabah dapat mempertahankan hak2 kita.

    ReplyDelete
  22. baik jika 20 pejanjian semasa sabah meyertai malaysia dirujuk semula, dengan ini kita sebagai orang sabah dapat mempertahankan hak2 kita

    ReplyDelete
  23. I hope that the actual facts will be clarified immediately as this is causing a lot of confusion.

    ReplyDelete
  24. Sebenarnya yang dimasudkan oleh Prof. Ranjit dalam artikel di atas bukanlah mengatakan rakyat Sabah dan Sarawak yang terdiri dari pelbagai budaya, kaum dan agama di sama ratakan dengan negeri SM. Kalau cuba fahamkan apa itu konsep 1 Malaysia memang sukar kerana ia adalah cuba untuk mencapai wawasan 2020 iaitu 1 bangsa Malaysia iaitu bangsa yang merdeka dan maju dan berakhlak terpuji. Masalahnya sekarang ini ia telah dipolitikkan dan pihak pembangkang yang sewenang2nya memanipulasi konsep tersebut dengan mengatakan ia adalah 1 Israel atau rakyat pelbagai kaum, agama dan bangsa di semua negeri adalah SAMA RATA. Rakyat yang tidak boleh mencapai tahap pemikiran 1 Malaysia sebenarnya amat mudah tertipu dan mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang kerana mereka berasa teraniaya dan terancam dengan hak-hak bumiputera yang hilang keistimewaan sebab takut disama ratakan! Biar saya jelaskan, konsep 1 Malaysia membawa Sabah dan Sarawak menyertai SM / Malaya bukanlah memperlekehkan fakta sejarah tentang hak keistimewaan kaum2 yang terdapat di Malaysia. Ia sebenarnya membawa semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak untuk 'BERSATU' dalam Malaysia (1 Malaysia) supaya berbangga kerana mereka adalah warga Malaysia. Kalau ada kejayaan yang dicapai samada di peringkat tempatan atau antarabangsa, rakyat akan mengatakan ia adalah kejayaan untuk Malaysia. Sebab adalah amat pelik mengatakan kejayaan yang dikecapinya disebabkan dia adalah bangsa India/Cina/Melayu/Bumiputera yang tiada beza jika mereka itu dari negara India/Cina/Indonesia/Brunei. Konsep 1 Malaysia ini sebenarnya memberi gambaran bahawa bangsa Malaysia dengan rakyat pelbagai budaya, kaum dan agama bersatu padu,hidup harmoni dan berakhlak mulia. Tiada yang boleh ubah fakta sejarah tentang rakyat Malaysia berbilang kaum dan majmuk dan hak-hak keistimewaan setiap kaum tidak boleh dipertikaikan!

    ReplyDelete
  25. sebenarnya isu hak sabah dan sarawak tiada kaitan dengan konsep 1 Malaysia. saya setuju dengan konsep 'drupadia' tentang apa itu 1 Malaysia dan saya berpendapat adalah amat tidak wajar mempolitikkan isu 1 Malaysia dan isu Sabah di sama ratakan dengan negeri2 lain.

    ReplyDelete
  26. tiada kaitan juga isu dia ada prof atau tidak! bagi saya penulis artikel ini harus tahu membezakan 1 Malaysia dan hak-hak Sabah dengan negeri2 SM supaya tidak menyimpang dari maksud asal tentang Malaysia.

    ReplyDelete
  27. No metter what we still 1Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.