Wednesday, May 26, 2010

SIAPA PERASUAH, UMNO ATAU PKR?

GARA-GARA kehadiran ahli politik veteran ke kancah percaturan politik PKR Tenom, ramai ahli ‘senior’ PKR di situ tersinggung dan mengeluh lantas bertindak mendiamkan diri sebagai tanda protes terhadap kehadiran orang luar mencampuri urusan politik dalaman mereka di sini.

Mereka juga dikatakan tidak bersetuju dengan cara ‘Politik veteran’ itu menarik ahli baru untuk menyertai PKR dengan cara menggunakan ‘wang’ sebagai strategi bagi memancing kemasukan ahli baru kerana cara sedemikian adalah bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan PKR yang mahu menghapuskan gejala ‘Rasuah’ dalam parti.



Sandiwara politik PKR yang dilakonkan semula ‘Politik veteran’ itu khususnya di kawasan Parlimen Tenom cukup mencelarukan pengikut-pengikut lama dalam parti itu; malah senario itu turut menjadi bualan di kedai-kedai kopi mahupun di majlis-majlis sempena sambutan Pesta Kaamatan di pelusuk kampung yang menentang cara politik sedemikian rupa.

Mereka amat kecewa dengan ‘fenomena’ itu berlaku sedangkan pemimpin-pemimpin PKR sebelum ini begitu lantang; kononnya mahu menghapuskan amalan ‘Rasuah’ berlaku dalam kerajaan malah mereka menuduh UMNO lah yang ‘Rasuah’ kerana mengamalkan ‘Politik Wang’.

Bagaimanapun di sebalik keghairahan sandiwara politik veteran itu mengatur langkahnya yang barangkali kiasan yang pernah dibuat segelintir pemimpin parti ‘Berjaya’ terdahulu yang menyebut “Murut senang di urut, Dusun senang disusun” masih belum ‘expired’ mungkin salah satu ‘formula’ beliau gunakan dalam penyusunan setiap langkah itu.

Namun disebaliknya, selang beberapa hari terdapat pula kata-kata sumbang dari mereka yang pernah disogokkan mengungkap perkataan seperti berikut:-

“Jangan hairanlah orang yang datang berduyun-duyun ke Hotel Perkasa kononnya ahli Umno menyertai PKR selepas kecewa dengan prestasi hambar Umno. Itu perkara biasa dalam kelibat ‘jalan-jalan cari makan’,” kata salah seorang yang dikatakan ahli Umno menyertai PKR baru-baru ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mas.

“Kalau kami diberi tambang dan makan serta sedikit wang sagu hati untuk isi borang masuk ahli PKR, siapa tidak mahu? Duit bah itu? Bila lagi mahu makan duit si veteran itu,” kata salah seorang dari Kuala Tomani.

Oleh itu, janganlah terlalu mengatakan bahawa Umno itu kotor, BN juga kotor si Anu Rasuah dan si Atu bohong…malah siapa juga yang lebih kotor dari Umno? PKR kah? atau Umno/BN! Kita sama-sama tunggu..apa kata pengundi pada PRU13 nanti.

Oleh: SUNARNO WIRO (sabahkini)

11 comments:
Write comments
  1. haha.. konon mahu hapuskan rasuah,, lantang buat tuduhan bahawa parti itu ini rasuah.. now, ahli2 sendiri amalkan politik wang.

    ReplyDelete
  2. mana2 parti pun belum tentu ada jaminan bahawa rakyat akan berpuas hati.. kalau semua ahli tidak jujur dan tidak ikhlas, yang menerima kesannya kelak adalah rakyat. oleh itu buatlah apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kamu.. keputusan tetap ditangan rakyat pada PRU13 nanti..

    ReplyDelete
  3. Persoalan ini umum...siapa2 pun boleh menjadi perasuah, tidak kira berada di parti mana....dalam kehidupan seharian pun sama juga...

    ReplyDelete
  4. rasuah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, ia berlaku kerana sikap tamak seseorang individu terhadap wang dan kuasa. perlu dingat bahawa rasuah merupakan musuh kita semua.

    ReplyDelete
  5. rasuah dan politik dah jadi sinonim pada masa kini. rasuah patut dihapuskan dalam politik negara kita kerana rasuah boleh memusnahkan negara.

    ReplyDelete
  6. Sandiwara politic yang semakin menjadi. Of course everyone can become a perasuah. Makanya gejala rasuah ini perlu dihapuskan kerana ianya boleh memberi kesan mendalam kepada parti. Ndakah haru biru jadinya..

    ReplyDelete
  7. I don't care about who and who gives out bribes or whatsoever, all I care is that if a politician is known to be "dirty", the people will vote him/her out and choose much more capable and qualified leader to lead them. I hope to see this when 13th General Election comes.

    ReplyDelete
  8. As Mahathir said, Politics will never going to be seperated from money...

    ReplyDelete
  9. Biasalah politik! Politik memang macam ini, pihak2 tertentu akan menggunakan wang untuk kepentingan tertentu. Yang penting rakyat sudah tahu menilai parti yang mereka dipercayai.

    ReplyDelete
  10. Whoever to be blame, they know who they are. Blaming each other won't solve anything. Who would say they are the people who do corruption??

    ReplyDelete
  11. It could be me or it could be you. If you know it wrong then stay away from it! that's the only way to avoid it.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.