Thursday, June 19, 2014

Muhyiddin Letak Jawatan TPM, Hishamuddin Pengganti?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.

Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.

Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.

Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.

Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..

“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.

“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya. -KD

Rafizi Dedahkan Konsesi UiTM Puncak Alam Diberi Kepada CEO Syabas



PKR mendakwa konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dianugerahkan kepada syarikat milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen berkata, konsesi penswastaan itu diberikan kepada TRIplc Ventures Sdn Bhd, milikan 100% oleh TRIplc Berhad yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Rozali dan keluarganya.

"Saya menganggarkan Rozali mengawal sekurang-kurangnya 43% pegangan dalam TRIplc melalui syarikat miliknya dan keluarga serta syarikat berkaitan beliau," kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi berkata, semakan Laporan Tahunan TRIplc Berhad 2013 menunjukkan 43% pegangan Rozali dan individu berkaitan meliputi beberapa syarikat, antaranya ialah 12.31% pegangan peribadi atas nama Rozali, 5.15% melalui Central Plus (M), 4.93% melalui Corporate Line (M) Sdn Bhd yang kedua-duanya dimiliki beliau dan anak-anaknya serta 0.77% pegangan peribadi atas nama anak lelakinya Azlan Shah Rozali.

Rafizi berkata, semakannya juga menunjukkan 5.5% pegangan saham peribadi atas nama adik Rozali, Datuk Mat Hairi Ismail, 6.25% melalui syarikat Minat Bakti Sdn Bhd, syarikat yang dikawal kontraktor utama Rozali, 4.69% melalui Formasi Simbolik Sdn Bhd dan 4.35% melalui Embun Edar Sdn Bhd, yang mana kedua-duanya syarikat dikawal individu berjawatan dalam NGO yang dinaungi Rozali.

Rafizi berkata, Syarikat Minat Bakti Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh anak kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Aidil Abdul Aziz dan Ruzlan Rahmat.

"Kedua-duanya adalah pengarah dalam MRPI Pipes Sdn Bhd dan Jalur Cahaya Sdn Bhd iaitu syarikat pembekal utama kepada Syabas dan Kumpulan Puncak Niaga yang dikawal Rozali," katanya.

Beliau berkata, Formasi Simbolik juga adalah syarikat bermodal RM2 dimiliki Borhanuddin Ramli yang merupakan Bendahari Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan Datuk Abdullah Abu Bakar, iaitu timbalan pengerusi pertubuhan yang dipengerusikan sendiri oleh Rozali.

Katanya, Embun Edar Sdn Bhd pula syarikat bermodalkan RM2 yang dimiliki Pengerusi Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda Malaysia, Mohd Roshidi Hassan dan Pengerusi Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda, Amran Mohamad, iaitu pertubuhan NGO dinaungi Rozali.

"Pegangan melalui pelbagai syarikat ini menguatkan pendirian saya UiTM Puncak Alam diswastakan kepada syarikat yang dikuasai Rozali.

"Rozali merupakan ahli perniagaan yang memegang jawatan dalam Umno dan terkenal sebagai antara orang paling bermanfaat daripada Umno," dakwa Rafizi. – TMI

Presiden ISMA akan didakwa

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman akan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kajang pagi esok.

Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.



Lamanweb itu hari ini melaporkan Abdullah berkata, beliau telah menerima surat waran polis dan akan hadir ke mahkamah esok. [Baca berita penuh]

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan Abdullah Zaik akan didakwa esok.

Turut akan didakwa esok ADUN Seri Delima RSN Rayer atas tuduhan menghasut berhubung kenyataannya "Umno celaka".

Sementara itu Bernama melaporkan Peguam Negara berkata Gopinath a/l Jayaratnam dan Hidayat Mohamed akan didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

Gopinath akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang bagi kesalahan menerbitkan satu penerbitan menghasut melalui satu kenyataan di akaun Facebooknya yang menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Manakala Hidayat pula akan dituduh di Mahkamah Sesyen Klang bagi kesalahan menerbitkan penerbitan menghasut melalui satu kenyataan di akaun facebooknya yang menghina penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam pada 17 Jan 2014. -MK

World Cup 2014 : Sepanyol Pulang Awal



Sepanyol dalam Piala Dunia 2014 terpaksa pulang awal selepas kekalahan memalukan menentang pasukan Chile 0-2. Sepanyol kelihantan masih lamah selepas kekalahan memalaukan yang dialami 5-1 menentang Belanda pada Jumaat lepas.

Matlamat Eduardo Vargas dan Charles Aranguiz meletakkan Chile 2-0 pada separuh pertama dan mereka tidak pernah kelihatan mungkin mengalah mereka sejak itu dan seterusnya.

Tidak syak lagi Sepanyol dominasi bola sepaknya telah berakhir.

Tuesday, June 17, 2014

Pekerja ladang cuba rogol budak perempuan ditahan

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana cuba merogol seorang budak perempuan berumur 4 tahun dalam kejadian di ladang Borhill, Suan Lamba pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong yang mengesahkan kes berkenaan berkata, suspek berumur 24 tahun ditahan ekoran laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.

Menurut pengadu yang berumur 39 tahun, kira-kira jam 12.30 tengahari Ahad lepas, pengadu diberitahu oleh anak perempuannya yang berumur 13 tahun mengatakan bahawa adiknya (mangsa) dibaringkan oleh seorang lelaki dan membuka seluar mangsa.

“Suspek turut menunjukkan kemaluannya dan sejurus itu anak perempuan pengadu menjerit menyebabkan suspek lari keluar dari rumah,” katanya.

Rowell berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek merupakan pekerja ladang di situ. Pengadu dan suspek tinggal berdekatan di perumahan pekerja ladang berkenaan serta kenal sejak tahun lepas. Namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

“Ketika kejadian itu, hanya dua orang anak pengadu berada di rumah,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Read more: http://www.theborneopost.com

Luahan Hati Waris MH370 Setelah 100 Hari

MELIHAT raut wajah ceria Iman, anak perempuan sulung kepada pramugara MH370, Hazrin Mohamed Hasnan dan isterinya, Intan Maizura Othaman yang berusia empat tahun ketika melakar kad ucapan hari bapa membuatkan saya benar-benar tersentuh.

Masakan tidak, ketika Iman berlari-lari kecil sambil memegang sekeping kad hari bapa hasil lukisannya - watak orang salji di dalam filem Frozen, Olaf - semua di dalam dewan yang hadir dalam majlis memperingati 100 hari kehilangan MH370 seolah faham, Iman benar-benar merindui papanya.

Dan ayat pertama Intan kepada saya;

"Tidak ada yang lebih berat daripada beratnya menanggung kesakitan kehilangan kapal terbang ini."

Ketika itu saya kelu untuk bertanya apa-apa selain berdoa kepada Tuhan, segeralah berikan jawapan misteri MH370 ini.

Intan saya lihat berpegang dengan keyakinan tidak percaya pesawat yang membawa suaminya yang lebih mesra dipanggil `Rain' itu berakhir atau hilang di Lautan Hindi.

Biarlah usaha pencarian dilakukan seberapa lama sekali pun, namun yang pasti tidak apa dapat mengubah pendirian Intan terhadap pencarian di lokasi itu.

Dia terima ketentuan kehilangan namun bertegas ia tidak mungkin di sana kecuali ada bukti yang boleh mengubah pendiriannya.

"Pada awalnya ia OK tapi makin lama makin sakit kerana kita tidak mendapat jawapan."

"Kita tidak tahu kebenaran dan menunggu dan menanti adalah sesuatu yang sangat menyakitkan, sangatnya dirasa sangat menyakitkan bila hari-hari kita tunggu dan tunggu," ujarnya.

Intan bagaimanapun akur, dia mahu meneruskan kehidupan membesarkan Iman dan anaknya yang baru lahir 19 Mei lalu, Muhammad dengan semangat keluarga yang menjadi sumber kekuatan untuknya.

"Solat dan doa serta semangat keluarga dan orang ramai yang saya kenal dan tidak menjadi sumber kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang

Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit. - al-Isra ayat 85.

Dia (Allah) menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya". - Nahl ayat 8.

Kisah kehilangan Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac.

Pesawat itu masih belum dijumpai walaupun pencarian luas di Laut China Selatan dan selatan Lautan Hindi dilakukan.

Intan juga sebelum ini pernah meluah perasaan di dalam laman media sosial, Instagram.

dan kisahnya memujuk Iman yang bertanya di mana papanya.

Intan yang ditemani adik dan kakak Rain ke majlis itu seolah mahu memberitahu dunia keperitan yang dihadapi ketika menangkis dan mendengar pelbagai spekulasi serta khabar angin yang datang.

"Kalau hendak cerita memang panjang, tidak akan sudah namun semua perlu tahu kita di atas (staf pesawat) akan menumpukan tahap keselamatan sebagai yang utama dalam setiap tugas penerbangan yang diberi," jelasnya.

Majlis selama dua jam itu turut dihadiri isteri penyelia penerbangan MH380, Patrick Francis Gomes, Acquita Gonzales.

Dalam nada sayu Gonzalez berharap MH370 ditemui dan menyatakan banyak perubahan berlaku sejak ketiadaan suaminya di dalam keluarga.

``Hadiah paling besar yang saya harapkan tahun ini adalah kepulangan suami. Dia sumber keceriaan keluarga dan pasti sambutan Krismas tahun ini tidak bermakna tanpa kehadiran Patrick.

``Sebab itu, saya benar-benar mahu dia sebagai hadiah paling bermakna. Sayu apabila melihat cucunya selalu bertanya di mana atuknya," katanya.

Harapan Gonzalez dan kira-kira 20 lagi keluarga yang hadir pada majlis itu ialah pihak berkenaan terus mencari walau Kerajaan memainkan peranan dalam mengatasi kebuntuan ahli keluarga berkenaan terhadap misteri MH370.

Diriwayatkan Abi Syaibah di dalam Mushannifnya dan Ath-Thabrani dari hadits Ibnu Umar yang maknanya adalah barangsiapa yang kehilangan sesuatu maka hendaklah dirinya mengambil air sembahyang, solat dua rakaat, duduk dalam tahiyat lalu mengucapkan;

Dengan nama Allah, Wahai Yang Menunjuki yang tersesat dan Yang Mengembalikan yang hilang (maka) kembalikanlah kepadaku (sesuatu) yang hilang (dari) ku dengan keagungan-Mu dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya ia (sesuatu) itu adalah pemberian-Mu dan kurniaMu).”

Dalam pada itu, jauh di sudut hati Jalwati Jalil, isteri kepada pekerja Freescale, Safuan Ramlan yang turut berada di dalam MH370, harapan untuk melihat tanda pesawat itu dapat ditemui kembali tidak pernah lenyap dari benak fikirannya.

Walau pesanan terakhir Safuan yang dia akan pergi dalam tempoh lama sentiasa terngiang-ngiang di ingatannya, Jalwati tidak mahu maksud tempoh lama itu ditakrif sebagai hilang selama-lamanya.

Bagaimanapun dia bersyukur, syarikat suaminya sentiasa memberi bantuan dan tidak meminggirkan kebajikan keluarganya sejak hari pertama kehilangan MH370 diketahui pada 8 Mac lepas.

"Walau selepas tiga bulan wang gaji suami masih tidak dapat disentuh kerana tiada sebarang pengesahan status, saya tidak dipinggirkan Freescale dan syarikat insurans berkenaan.

"Saya berharap MH370 ditemui, walau serpihan, ia sudah cukup merungkai pelbagai persoalan yang hadir," ujarnya.

Usai simbolik akhir majlis 100 hari kehilangan MH370 - melepas belon ke udara - Iman menangis kerana kehilangan belon yang dipegang sejak awal majlis.

Dan dia tahu...dunia terlalu rindukan MH370... -astroawani

Adik Shahrizat Jalil Diberi Konsesi UiTM Bernilai RM1.5 Bilion

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan konsesi penswastaan kampus UiTM Cawangan Seremban 3 di Negeri Sembilan diberikan kepada syarikat milik adik Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Menurutnya, pemilikan konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion itu telah diberikan kepada sebuah syarikat, Inovatif Mewah Sdn Bhd yang memiliki 29% ekuiti didalam Tentu Selesa Sdn Bhd.

“Tiga buah syarikat tersebut adalah Menang Development Sdn Bhd, Menang Industries Sdn Bhd, dan Tentu Selesa Sdn Bhd,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Syarikat Menang Development Sdn Bhd dan Menang Industries Sdn Bhd adalah milikan penuh oleh Menang Corporation Berhad iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

“Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua orang tokoh yang rapat dengan Umno.

“Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah adik kepada Shahrizat Jalil , Datuk Shahrir Abdul Jalil dan juga Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali,” katanya.

Tambah Rafizi lagi, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman.

“Siasatan saya menunjukkan Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan dalam pelbagai urusan kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS.

Jelasnya lagi, semakan lanjut menunjukkan Shahrir Abdul Jalil juga pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai dan beliau juga pernah digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005.

“Beliau digantung kerana didapati bersalah ekoran amalan politik wang,” ujarnya.

Susun atur pemegang konsesi penswastaaan UiTM Cawangan Seremban 3 ini menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme telah digunakan di Malaysia bagi mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno.

“Bagaimana syarikat yang hanya bermodal RM2 sahaja telah diberikan pegangan sehingga 29 peratus dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Ujarnya lagi, selepas melakukan pendedahan ini, beliau akan menetapkan temujanji bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

“Ketua Audit Negara lebih teliti dalam isu ini dan skop siasatan mereka lebih meluas kerana inilah keistimewaan mandat yang dimiliki oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Jenazah Pelajar Malaysia Di Mesir Dibawa Pulang

Seorang pelajar Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua minggu lepas, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah kelmarin.



Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.

Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai-pegawai Kedutaan kini berada di Iskandariah membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham.

Kenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.

"Kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah," kata Wisma Putra.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan rakan-rakannya - semuanya pelajar Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.

Pelajar-pelajar itu tercampak keluar van. Lima pelajar lain cedera, dan pemandu terselamat.

Pelajar itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab untuk pulang bercuti semestar di Malaysia. - Bernama

Lagi diculik di Sabah! Pengusaha ikan sangkar pula jadi mangsa

Kerajaan dah habiskan beratus juta RM untuk menubuhkan ESSCOM di Sabah tapi kegiatan penculikan semakin menjadi-jadi..

Malah boleh dikatakan hampir setiap bulan berlaku penculikan dengan cara yang hampir sama.. datang dengan bot laju lengkap bersenjata..



April lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort.

Bagaimanapun, warga China tersebut dibebaskan sebulan kemudiaan.

Kejadian terbaru ini mengulangi insiden yang berlaku tahun lepas dimana dua kes penculikan membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.

Maka timbullah persoalan dengan begitu banyak dana dilaburkan kenapa ianya masih gagal untuk menjadikan perairan Sabah lebih selamat?

Apakah pelaburan yang dilakukan oleh Kerajaan itu demi kroni atau demi rakyat?

... Seorang pengusaha ikan sangkar dan pekerjanya warga Filipina diculik sekumpulan lelaki di kawasan sangkar ikan Kampung Air Sepang, Kunak di sini tengah malam tadi.

Mangsa berusia 32 tahun dan pekerjanya berusia 20 tahun diculik empat lelaki bertopeng dan bersenjata kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan ikan itu manakal dua lagi menunggu di dalam bot.

The Star Online melaporkan..

LAHAD DATU: A 32-year-old fish breeder and a Filipino worker were abducted by two gunmen in Kunak, about 60km away from this town in the east coast of Sabah early Monday.

The two victims, who have yet to be identified, were taken from their fish farm at Kampung Sapang at about 12.45am by the two men armed with rifles.

The gunmen, believe to be Filipinos, fled across the border to southern Philippines in a speed boat.

The Philippines authorities have been alerted while Malaysian security forces are continuing to comb the area.

Rakyat M'sia sertai militan Syria akan ditahan

Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.

Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.

"Aspek kajian kita bukan hanya dalam kalangan orang asing dan rakyat Malaysia, malah personel dalam penguatkuasaan juga harus diselidiki.

"Kita tak syaki semua, tapi dapat menghidu jika mereka terlibat, iaitu hasil kerjasama dengan Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Mengenai perjumpaan dengan duta Amerika itu, beliau berkata Amerika memuji cara Malaysia menangani masalah militan di negara ini dan meminta usaha berterusan dilakukan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

"Saya bincang perkara ini dengan mereka. Ia adalah suatu makumat yang harus diperincikan, usaha pembendungan turut dijalankan kerana kita tidak mahu usaha (militan) ini mendapat dokongan militan antarabangsa," katanya. - Bernama