Tuesday, June 17, 2014

Pekerja ladang cuba rogol budak perempuan ditahan

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana cuba merogol seorang budak perempuan berumur 4 tahun dalam kejadian di ladang Borhill, Suan Lamba pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong yang mengesahkan kes berkenaan berkata, suspek berumur 24 tahun ditahan ekoran laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.

Menurut pengadu yang berumur 39 tahun, kira-kira jam 12.30 tengahari Ahad lepas, pengadu diberitahu oleh anak perempuannya yang berumur 13 tahun mengatakan bahawa adiknya (mangsa) dibaringkan oleh seorang lelaki dan membuka seluar mangsa.

“Suspek turut menunjukkan kemaluannya dan sejurus itu anak perempuan pengadu menjerit menyebabkan suspek lari keluar dari rumah,” katanya.

Rowell berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek merupakan pekerja ladang di situ. Pengadu dan suspek tinggal berdekatan di perumahan pekerja ladang berkenaan serta kenal sejak tahun lepas. Namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

“Ketika kejadian itu, hanya dua orang anak pengadu berada di rumah,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Read more: http://www.theborneopost.com

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.