Thursday, June 19, 2014

Presiden ISMA akan didakwa

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman akan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kajang pagi esok.

Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.



Lamanweb itu hari ini melaporkan Abdullah berkata, beliau telah menerima surat waran polis dan akan hadir ke mahkamah esok. [Baca berita penuh]

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan Abdullah Zaik akan didakwa esok.

Turut akan didakwa esok ADUN Seri Delima RSN Rayer atas tuduhan menghasut berhubung kenyataannya "Umno celaka".

Sementara itu Bernama melaporkan Peguam Negara berkata Gopinath a/l Jayaratnam dan Hidayat Mohamed akan didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

Gopinath akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang bagi kesalahan menerbitkan satu penerbitan menghasut melalui satu kenyataan di akaun Facebooknya yang menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Manakala Hidayat pula akan dituduh di Mahkamah Sesyen Klang bagi kesalahan menerbitkan penerbitan menghasut melalui satu kenyataan di akaun facebooknya yang menghina penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam pada 17 Jan 2014. -MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.