Saturday, November 23, 2013

Tuan Ibrahim, Salahuddin dan Husam menang Naib Presiden PAS?

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa dikatakan menang jawatan Naib Presiden PAS secara tidak rasmi.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa sudah memenangi jawatan Naib-naib Presiden PAS setelah selesai kiraan semula, kata sumber parti.

Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diumumkan esok di Muktamar PAS.

Menurut sumber, wakil bagi pihak-pihak yang bertanding sudah menandatangani borang pengesahan keputusan itu setelah kiraan kali terakhir dibuat. –TMI

Mahasiswa Jadi Sasaran Pihak Kudeta Mesir

Sekurang-kurangnya dua pelajar terbunuh dan puluhan yang lain ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan keselamatan di universiti Al-Azhar di sini, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, pasukan keselamatan memasuki kawasan kampus itu bagi meredakan protes pelajar yang kian memuncak terhadap kerajaan sementara.

“Salah satu bangunan kampus terbakar. Kelas dan asrama turut mengalami kerosakan teruk.

Dinding bangunan juga dilukis dengan pelbagai grafiti memaparkan kekejaman pemerintahan tentera,” menurut laporan itu kepada Press TV.

Minggu lalu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap 12 pelajar selepas menyerang ibu pejabat universiti terbabit pada Oktober lalu.

Susulan kejadian itu, ribuan pelajar dan penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi mengadakan protes terhadap pemerintahan tentera di sekitar ibu negara termasuk di Iskandariah, Tanta dan Helwan.

Laporan dipetik dari Press TV, penunjuk perasaan juga melaungkan anti Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang didesak supaya berundur.

Sementara itu Mahkamah Rendah Nasr City, Kaherah, telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun setengah keatas 36 mahasiswa Al-Azhar. Hal itu setelah mitentera liter menuduh mereka melakukan rusuhan di dalam asrama mahasiswa dan melakukan penyerangan terhadap pihak tentera.

Ahmad Sa’ad, peguam 36 mahasiswa tersebut, menyatakan bahawa pihaknya akan mengfemukakan rayuan. Apalagi dirinya tidak diberi penjelasan tentang sebab0sebab hukuman tersebut dikenakan berserta bukti-bukti kejadiannya.

Syeikhul Azhar Ahmad Thayib, telah menuduh mahasiswa yang menjadi penyebab terjadinya rusuhan di asrama mahasiswa pada hari Rabu (20/11/2013) malam. Syeikhul Azhar menyebutkan terdapatnya beberapa mahasiswa yang hendak membakar asrama dan memprovokasi mahasiswa lain untuk melakukan rusuhan. Hal itulah, menurut Syeikh, yang menyebabkan pihak keselamatan dari tentera dan polis masuk ke dalam asrama untuk menggagalkan niat mahasiswa.

Di kota Iskandariah, Khamis (21/11/2013) para mahasiswa Universiti Alexandria telah melakukan demonstrasi besar-besaran mengecam aksi serangan tentera ke asrama mahasiswa Al-Azhar yang menyebabkan terkorbannya 3 orang mahasiswa. Mereka menuntut Syeikhul Azhar, rektor Al-Azhar dan juga ketua asrama mahasiswa meletak jawatan.

Mat Sabu kekal Timbalan Presiden PAS

Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.



Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.
Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.
Keputusan itu menunjukkan bahawa Mohamad berjaya menangkis cabaran Naik Amar yang dilihat sebagai mewakili kumpulan ulama dalam parti tersebut.
pas muktamar 231113 mat sabu hadi awangAsmuni berkata, 1,086 pengundi daripada 1,129 perwakilan
berdaftar, mengundi semalam. Daripada jumlah tersebut, lapan undi rosak dicatatkan.

Sementera, Asmuni mengumumkan keputusan pemilihan 18 ahli jawatankuasa  pusat yang dipilih hari ini. Mereka ialah:
1) Idris Ahmad  927
2) Mazlan Aliman 840
3) Datuk Seri Nizar Jamuluddin 688
4) Datuk Amiruddin Hamzah 679
5) Dr Hatta Ramli 649
6) Nasruddin Hassan 645
7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz 627
8) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa 626
9) Dzulkefly Ahmad 610
10) Hanipa Maidin 604
11) Datuk Kamaruddin Jaafar 562
12) Khalid Samad 547
13) Datuk Nik Zawawi Salleh 518
14) Syed Azman Syed Ahmad 476
15) Riduan Mohd Noor 469
16) Datuk Dr Mahfodz Mohamad 455
17) Dr Siti Mariah Mahmud 437
18) Nuridah Salleh 424

Senarai ahli jawatankuasa di atas menunjukkan sebelas daripada 18 yang terpilih ada dari golongan profesional, manakala selebihnya adalah dari latar belakang agama.

59th pas muktamar 2013 2Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dari
golongan ulama mendapat undi tertinggi - 927 undi daripada 1,057 perwakilan.

Manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan bekas timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz - kedua-duanya juga dari kumpulan ulama - masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh.

Nasruddin memperolehi 645 undi, manakala Nik Abduh mendapat 627 undi.-MK

Pemilihan PAS: Antara progresif atau konservatif bakal dipilih?

Ketika perwakilan PAS mengundi bagi memilih kepimpinan baru untuk parti pembangkang tertua itu, sumber dalaman menjangkakan perubahan bakal berlaku dalam Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti berkenaan.

Meskipun mereka menjangkakan lebih ramai anggota konservatif menduduki jawatan berkenaan, namun empat jawatan tertinggi daripada Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden akan dikawal kumpulan progresif.

Ahli PAS beratur menunggu giliran mengundi semasa muktamarnya hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.

Ada kemungkinan Timbalan Presiden sedia ada, Mohamad Sabu akan dikekalkan.

Dengan tiga individu progresif mengisi jawatan Naib Presiden, salah seorang berkemungkinan digantikan oleh kumpulan konservatif.

Trend mengundi, kata salah seorang ahli lama kepada The Malaysian Insider, menimbulkan kebimbangan ahli akar umbi terhadap Bahagian bagaimana ia dilayan oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun PAS berkata akan kekal dalam pakatan pembangkang berkenaan, difahamkan ahli dan pemimpinnya masih khuatir bagaimana mereka akan dilayan oleh PKR dalam pengagihan kerusi dan kempen ketika pilihan raya lalu.

Ia bakal memberikan kesan kepada perwakilan yang mengundi calon yang boleh mengemudi PAS mencapai matlamatnya, seperti kerusi dalam pilihan raya dan Pakatan.

Pemimpin Pakatan Rakyat berkata pemilihan itu akan diperhatikan kerana ia menentukan sama ada PAS akan kekal melaksanakan pendekatan inklusif untuk meraih sokongan rakyat Malaysia.

Prestasi PAS terhadap pengundi luar bandar turut menjadi faktorterutamanya kumpulan konservatif. Mereka merasakan fokus PAS kepada kumpulan bukan Muslim dan Melayu bandar memberikan kesan terhadap masyarakat luar bandar.

Terdapat percampuran antara progresif dan juga konservatif, termasuk ulama dalam AJK Pusat. Ahli mahu melihat keseimbangan antara mereka, kata perwakilan PAS dari Selangor yang enggan dinamakan.

Timbalan Presiden PAS, tiga Naib Presiden dan 18 jawatan ahli jawatankuasa kerja Pusat akan dipertandingkan ketika Muktamar ke-59 di stadium Malawati, Shah Alam hujung minggu ini.

Disebabkan masalah teknikal, pengundian untuk AJK Pusat ditunda esok dengan timbalan presiden dan naib presiden dimulakan hari ini.

Pemilihan ini menyaksikan pertandingan antara kumpulan konservatif yang terdiri daripada kumpulan ulama, guru, dan ustaz, manakala kumpulan progresif terdiri daripada kumpulan professional.

Penganalisis politik Dr Farish Noor berkata, beliau menolak adanya pergeseran antara kumpulan berkenaan kerana mereka masih berpegang kepada perjuangan asal PAS mewujudkan negara Islam.

Bagaimanapun, persoalan yang wujud adalah sejauh mana konsep berkenaan ditekankan antara mereka.

"Kesemua mereka individu beragama dan mahu melihat negara berjalan mengikut lunas Islam, kata Farish ketika dihubungi.

Namun dengan sebahagian ahli mahukan fokus seperti undang-undang hudud, yang lain turut menekankan usaha untuk sistem ekonomi Islam dan isu keadilan sosial, katanya. –TMI

BR1M3 sia-sia jika cukai pintu naik, kata ahli Parlimen BN

Perbincangan mengenai cukai pintu di Kuala Lumpur antara Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan 11 Ahli Parlimen KL, semalam.Ahli Parlimen Titiwangsa daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Johari Abdul Ghani menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M3) oleh kerajaan yang sepatutnya membantu mengurangkan beban rakyat tidak memberi makna lagi dengan pelaksanaan kenaikan cukai pintu.

Beliau menyelar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan menaikkan cukai pintu bagi penduduk ibu kota bermula tahun depan dan menuntut kerajaan membatalkan cadangan tersebut.

"DBKL harus menarik balik notis kenaikan cukai taksiran baru yang diedarkan, sebaliknya mengeluarkan notis dengan kadar lebih munasabah kepada pemilik harta di ibu kota," katanya dipetik daripada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Johari berkata, kenaikan kadar baru itu mesti tidak melebihi tiga hingga lima peratus daripada jumlah yang dikenakan sekarang.

“Sekiranya kenaikan mencecah 100 hingga 300 peratus bermakna pemberian (BR1M3) kepada rakyat berpendapatan rendah di Kuala Lumpur tidak bermakna," katanya.

Johari merupakan antara 11 Ahli Parlimen Kuala Lumpur yang menghadiri sesi pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan DBKL semalam membincang mengenai pelarasan cukai taksiran yang dijangka bermula Januari depan.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengumumkan pemilik hartanah di ibu kota akan dikenakan tarif cukai baru bermula Januari 2014.

Ahmad Phesal berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan kadar penilaian semula yang dilakukan oleh DBKL.

Tengku Adnan dilihat tegas mempertahankan kenaikan itu dengan berkata, pelaksanaan tersebut wajar dilakukan memandangkan cukai tersebut tidak dinaikkan sejak 21 tahun lalu.

Cadangan pelaksanaan itu menyaksikan bantahan hebat bukan sahaja penduduk bahkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) dan BN. -TMI

Mat Sabu Berjaya Membuang Undi Di Muktamar

Daripada foto yang tersiar di dalam portal malaysiakini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kelihatan sedang membuang undi bersama-sama dengan Presiden PAS< TG Hj Abdul Hadi Awang.

Ini bererti Mohamad Sabu berjaya memohon penangguhan selepas memberi keterangan di Mahkamah Tinggi untuk bergegas ke Stadium Melawati, tempat dimana Muktamar PAS Ke 59 sedang berlansung.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Mohamad Sabu bersama peguamnya, Hanipa Maidin berkemungkinan terpaksa melakukan undian dari mahkamah apabila mahkamah enggan untuk menangguhkan prosiding saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.

Proses pengundian bagi memilih kepimpinan PAS bagi 2013-2015 telah bermula petang ini dan mendapat tumpuan penuh media dan masyarakat negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menyatakan proses pengundian untuk Timbalan Presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat bermula jam 4 petang dan dijangka selesai pada 7 petang ini.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian beliau menyatakan pengundian bagi AJK Pusat PAS ditunda keesokan harinya berikutan masalah teknikal.

Seramai 1,129 perwakilan layak mengundi dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Asmuni pagi esok.

Bercakap kepada media, Asmuni Awi menjelaskan, masalah teknikal hari ini melibatkan kesilapan mencetak nama bagi jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS.

"(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon," jelasnya.

"Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati.

Katanya, proses pemilihan jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada jam 8.15 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi.

Keputusan rasmi untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan sekali, dijangka petang esok.

Kertas soalan Matematik SPM 2013 didakwa bocor

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

NGO menerima aduan bahawa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan SPM bocor. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.

"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya.

Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi “WhatsApp”.

"Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut," katanya.

Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.

Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM.

"Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku," katanya. – Bernama

Keluar Pakatan, PAS Pulau Pinang Bertindak Keterlaluan

Hadi akan jumpa pemimpin PR Pulau Pinang SHAH ALAM: PAS akan mengadakan rundingan tertutup dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut isu dalaman antara parti itu dengan pentadbiran di Pulau Pinang.



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini pihaknya masih belum berjumpa dengan pimpinan PAS Pulau Pinang namun berjanji untuk bertemu dan meyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

“Sehingga kini saya tak juma lagi rakan di Pulau Pinang, hanya baca melalui media sahaja.

“Saya akan jumpa dalam masa terdekat bila dapat penjelasan dan bincang sama-sama dengan Pakatan.

“Isu ini akan diselesaikan secara dalaman bukan melalui media,” katanya dalam sidang media selepas merasmika n Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjayanya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof, Rabu lalu membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana gagal mengamalkan sistem kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) terutamanya dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Muhammad Fauzi berkata kerajaan Pulau Pinang meminggirkan PAS serta tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Ekoran itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula kedudukan mereka dan tidak menolak kemungkinan keluar Pakatan Rakyat jika kemelut itu berterusan.

Mengulas mengenainya, Abdul Hadi bagaimanapun mengakui masalah pasti berlaku memandangkan kekuatan PAS yang hanya ada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun menghargai kerjasama rakan sekutu Pakatan Rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu walaupun hanya satu kerusi.

Katanya, walaupun tidak sempurna tetapi banyak lagi perkara positif yang berjaya dicapai PAS dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Peranan yang diberi sangat besar cuma terpulang kepada PAS untuk isi peranan itu maka sudah tentulah ada masalah yang belum selesai,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya menyalahkan sistem federalisme yang sekian lama jadi amalan pentadbiran Pusat menyebabkan agenda tahaluf siyasi (kerjasama) sehingga kini gagal terlaksana sepenuhnya.

“Saya percaya kalau konsep federalisme diamalkan dengan lebih baik, banyak yang boleh kita tunjukkan kepada masyarakat.

“Apa yang ditimbulkan itu disebabkan banyak perkara yang masih belum diselesaikan lagi, itu perkara biasa kepada mana-mana negara dan perjuangan politik pun,” katanya.

Perwakilan Sabah bising PAS beri beg “pasar malam”

Delegasi PAS semasa sesi Muktamar Tahunan ke-59 di Shah Alam hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Sesi Muktamar Tahunan ke-59 PAS hari ini menyaksikan perwakilan dari Sabah merungut kerana parti Islam itu didakwa mengenepikan faktor pembangunan ekonomi ahlinya.

Mohd Fazli Ahmad, perwakilan dari Kalabakan, Sabah ketika sesi pembentangan laporan Tahunan dan penyata kewangan PAS turut mengambil contoh beg yang diberikan kepada perwakilan adalah beg "pasar malam" dan tidak berkualiti.

"Dulu saya berucap di Lundang, masa itu muda lagi, tahun 1992, beg kita Bonia bah... sekarang ini tengok beg kita, macam beg beli di pasar malam.

"Kenapa kita tidak ada bangunan ekonomi?" soalnya ketika berucap.

Beliau turut membangkitkan perwakilan PAS tidak memilih calon dari Sabah.

"Nak undi daripada Sabah, tapi jawatan Pusat tiada dari Sabah, calon dari Sabah pun perwakilan tak pilih.

"Tengok macam Umno, ada enam ahli Majlis Tertinggi dari Sabah, termasuk seorang Naib Presiden," katanya menyuarakan rungutan.

Ketika berbahas mengenai isu sama, Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah mengarahkannya supaya berhenti berucap kerana melebihi tempoh yang dibenarkan.

Bagaimanapun Mohd Fazli tidak menghiraukan arahan Abu Kassim dengan meminta masa tambahan diberikan kepadanya atas alasan kos tinggi untuk ke Kuala Lumpur dari Shah Alam.

"Saya datang dari jauh, harga tiket kapal terbang mahal. Tapi kami datang juga. Dulu kami datang muktamar kena jual kain," katanya.

Pemilihan PAS hari ini menyaksikan 1,129 perwakilan memilih Timbalan Presiden, Naib Presiden.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula akan dilakukan esok setelah terdapat kesilapan dalam kertas undi. – TMI

Ust Hadi: PAS Akan Terus Jadi Rakan Aktif Pakatan Rakyat

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan PAS akan terus menjadi rakan aktif Pakatan Rakyat (PR) dan bukan penumpang semata-mata.

Ia bertujuan untuk memenuhi mesej tema "PAS adalah Rahmat Untuk Semua" yang menjadi tema muktamar PAS ke-59 ini, katanya ketika memberikan ucapan dasar dalam majlis perasmian muktamar PAS di Stadium Melawati, Shah Alam pagi ini.

"Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih maju," katanya.

Kenyataan Abdul Hadi boleh dianggap sebagai menjawab beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini khasnya oleh PAS Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya membuat sidang akhbar khas bagi mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP kononnya mereka (PAS) adalah penumpang sahaja.

Dalam ucapan di depan kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara dan lebih 5,000 pemerhati, Abdul Hadi berkata, PAS dan Pakatan Rakyat adalah pilihan majoriti rakyat negara ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan," katanya.

Katanya, kedudukan itu sedikit pun tidak melemahkan semangat untuk ahli PAS terus berjuang.

"Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan.

"Kita masih menjadi pilihan di DUN Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baharu sahaja berlalu," katanya. -TMI