Saturday, November 23, 2013

Keluar Pakatan, PAS Pulau Pinang Bertindak Keterlaluan

Hadi akan jumpa pemimpin PR Pulau Pinang SHAH ALAM: PAS akan mengadakan rundingan tertutup dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut isu dalaman antara parti itu dengan pentadbiran di Pulau Pinang.



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini pihaknya masih belum berjumpa dengan pimpinan PAS Pulau Pinang namun berjanji untuk bertemu dan meyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

“Sehingga kini saya tak juma lagi rakan di Pulau Pinang, hanya baca melalui media sahaja.

“Saya akan jumpa dalam masa terdekat bila dapat penjelasan dan bincang sama-sama dengan Pakatan.

“Isu ini akan diselesaikan secara dalaman bukan melalui media,” katanya dalam sidang media selepas merasmika n Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjayanya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof, Rabu lalu membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana gagal mengamalkan sistem kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) terutamanya dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Muhammad Fauzi berkata kerajaan Pulau Pinang meminggirkan PAS serta tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Ekoran itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula kedudukan mereka dan tidak menolak kemungkinan keluar Pakatan Rakyat jika kemelut itu berterusan.

Mengulas mengenainya, Abdul Hadi bagaimanapun mengakui masalah pasti berlaku memandangkan kekuatan PAS yang hanya ada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun menghargai kerjasama rakan sekutu Pakatan Rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu walaupun hanya satu kerusi.

Katanya, walaupun tidak sempurna tetapi banyak lagi perkara positif yang berjaya dicapai PAS dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Peranan yang diberi sangat besar cuma terpulang kepada PAS untuk isi peranan itu maka sudah tentulah ada masalah yang belum selesai,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya menyalahkan sistem federalisme yang sekian lama jadi amalan pentadbiran Pusat menyebabkan agenda tahaluf siyasi (kerjasama) sehingga kini gagal terlaksana sepenuhnya.

“Saya percaya kalau konsep federalisme diamalkan dengan lebih baik, banyak yang boleh kita tunjukkan kepada masyarakat.

“Apa yang ditimbulkan itu disebabkan banyak perkara yang masih belum diselesaikan lagi, itu perkara biasa kepada mana-mana negara dan perjuangan politik pun,” katanya.

1 comment:
Write comments
  1. PAS Kedah tumbang baru2 ni adalah exco PAS pun brperangai mcm UMNO. Berebut2 projek. Kini..di Penang pulak ahli2 PAS buat hal. Niat kau mngkin baik utk membantu krjaan Penang mengurustadbir negeri. Tapi niat yg baik tu hanya geng2 kau yg tahu dan faham. Rakyat jelata tak nampak. Jd jgn biarkn niat baik kau tu jadi masalah kpd kerajaan DAP di Penang dimata rakyatnya. Di Kedah dulu,niat baik exco yg mau projek2 disalurkn kpd kalangan ortg PAS spt yg UMNO lakukn selama ni dan dgn itu org PAS pun akan ada sumber sendiri utk tanggung apa2 progrma parti. Tapi almarhum Ust Azizan tak mau ikut/dengar. Bg almarhum...projek jalanraya,biar la dibuat oleh pakar jalanraya ( walau dia tu UMNO ) dan projek bangunan,biar le dibuat oelh pakar bangunan ( walau dia tu UMNO ). Sebab kalau bagi pada org bukan pakar..projek tu akan brmasalah. Itu mngkin pendirian almarhum ust Azizan tapi exco beliau dah kebulur projek kot..lalu sabotaj MB dr dalam. Rakyat Kedah sedaq suma tuh..weiii.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.