Sesi Muktamar Tahunan ke-59 PAS hari ini menyaksikan perwakilan dari Sabah merungut kerana parti Islam itu didakwa mengenepikan faktor pembangunan ekonomi ahlinya.
Mohd Fazli Ahmad, perwakilan dari Kalabakan, Sabah ketika sesi pembentangan laporan Tahunan dan penyata kewangan PAS turut mengambil contoh beg yang diberikan kepada perwakilan adalah beg "pasar malam" dan tidak berkualiti.
"Dulu saya berucap di Lundang, masa itu muda lagi, tahun 1992, beg kita Bonia bah... sekarang ini tengok beg kita, macam beg beli di pasar malam.
"Kenapa kita tidak ada bangunan ekonomi?" soalnya ketika berucap.
Beliau turut membangkitkan perwakilan PAS tidak memilih calon dari Sabah.
"Nak undi daripada Sabah, tapi jawatan Pusat tiada dari Sabah, calon dari Sabah pun perwakilan tak pilih.
"Tengok macam Umno, ada enam ahli Majlis Tertinggi dari Sabah, termasuk seorang Naib Presiden," katanya menyuarakan rungutan.
Ketika berbahas mengenai isu sama, Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah mengarahkannya supaya berhenti berucap kerana melebihi tempoh yang dibenarkan.
Bagaimanapun Mohd Fazli tidak menghiraukan arahan Abu Kassim dengan meminta masa tambahan diberikan kepadanya atas alasan kos tinggi untuk ke Kuala Lumpur dari Shah Alam.
"Saya datang dari jauh, harga tiket kapal terbang mahal. Tapi kami datang juga. Dulu kami datang muktamar kena jual kain," katanya.
Pemilihan PAS hari ini menyaksikan 1,129 perwakilan memilih Timbalan Presiden, Naib Presiden.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula akan dilakukan esok setelah terdapat kesilapan dalam kertas undi. – TMI
Saturday, November 23, 2013
Perwakilan Sabah bising PAS beri beg “pasar malam”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang PAS Sabah wajar diberi penghormatan dlm Muktamar ini kerana bagi saya satu sebab utama ialah..PAS memang ditakuti oleh rakyat Sabah selama ni atas peranan UMNO/BN mnyuburkn fahaman menakutkn rakyat Sabah kpd PAS juga trhadap PR. Kini,kalau kita ke Sabah...banyak sudah kelihatan bendera PAS berkibar di kampung kampung. Walau tidak sebanyak bendera BN, tapi ia sedikit sebanyak mnunjukkan ada bendera PAS. Kalau kita selidiki taburan pengundi disesetengah DUN/Parlimen dr Sabah, trdapat dimana pengundi PAS kedua trbanyak selepas BN. Sebab BN lebih ramai tu biase la..dlm BN tu ada berbelas parti dbanding dgn PAS yg secara 'jantan' bertanding sendiri. Jadi sewajarnya Perwakilan PAS Sabah wajar diberi penghormatan dlm Muktamar PAS malah boleh dipilih ke jawatan/kerusi utama parti. Ini merupakan CAGARAN parti dlm jangkamasa panjang.
ReplyDeleteapa yg wakil sabah ckp memang aku stuju ...jgn jadi mcm puak2 umporno..kena ingat tu ..
ReplyDelete