Saturday, November 23, 2013

Mat Sabu kekal Timbalan Presiden PAS

Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.



Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.
Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.
Keputusan itu menunjukkan bahawa Mohamad berjaya menangkis cabaran Naik Amar yang dilihat sebagai mewakili kumpulan ulama dalam parti tersebut.
pas muktamar 231113 mat sabu hadi awangAsmuni berkata, 1,086 pengundi daripada 1,129 perwakilan
berdaftar, mengundi semalam. Daripada jumlah tersebut, lapan undi rosak dicatatkan.

Sementera, Asmuni mengumumkan keputusan pemilihan 18 ahli jawatankuasa  pusat yang dipilih hari ini. Mereka ialah:
1) Idris Ahmad  927
2) Mazlan Aliman 840
3) Datuk Seri Nizar Jamuluddin 688
4) Datuk Amiruddin Hamzah 679
5) Dr Hatta Ramli 649
6) Nasruddin Hassan 645
7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz 627
8) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa 626
9) Dzulkefly Ahmad 610
10) Hanipa Maidin 604
11) Datuk Kamaruddin Jaafar 562
12) Khalid Samad 547
13) Datuk Nik Zawawi Salleh 518
14) Syed Azman Syed Ahmad 476
15) Riduan Mohd Noor 469
16) Datuk Dr Mahfodz Mohamad 455
17) Dr Siti Mariah Mahmud 437
18) Nuridah Salleh 424

Senarai ahli jawatankuasa di atas menunjukkan sebelas daripada 18 yang terpilih ada dari golongan profesional, manakala selebihnya adalah dari latar belakang agama.

59th pas muktamar 2013 2Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dari
golongan ulama mendapat undi tertinggi - 927 undi daripada 1,057 perwakilan.

Manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan bekas timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz - kedua-duanya juga dari kumpulan ulama - masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh.

Nasruddin memperolehi 645 undi, manakala Nik Abduh mendapat 627 undi.-MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.