Tuesday, May 13, 2008

Parlimen Dibubarkan..?

Sumber Artikel : TranungKite

"aBerdasarkan perkembangan-perkembangan panas yang berlaku sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu,bermula daripada penguasaan 5 buah negeri kemudian pengumuman Anwar Ibrahim pembentukan kerajaan pusat Pakatan Rakyat InsyaAllah pada 16 september 2008 nanti seterusnya berita kemasukkan 16 atau 17 MP BN ke dalam Pakatan Rakyat pada hari esok ( Rabu -13Mei 2008) dan kenyataan 2 MP dari BN Sabah dalam parlimen baru-baru ini sudah pasti meletakkan UMNO dalam keadaan bercelaru dan tidak tidur lena.

Tapi kalau kita membaca kenyataan yang terakhir yang dikeluarkan oleh Anwar pada hari semalam , mungkin ianya akan meletakkan politik Malaysia dalam keadaan yang lebih getir sejak negara kita merdeka pada tahun 1957.


Malaysiakini melaporkan bahawa Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan parlimen dibubarkan untuk menghalang pihak Pakatan Rakyat daripada membentuk kerajaan pusat! Keadilan online juga turut melaporkan perkara yang sama! ini menunjukkan berita pembubaran parlimen bukan sekadar berita murahan tetapi ianya mungkin menjadi satu kenyataan!

Umno tidak akan membiarkan sama sekali kerajaan yang berusia lebih kurang 50 tahun itu tumbang dengan begitu saja, pasti mereka akan menggunakan pelbagai tektik dan tipudaya untuk menghalang Pakatan Rakyat ini merealisasikan impian mereka.

Berita ini hendaklah diambil perhatian olehh seluruh kepimpinan PAS dan parti komponen PR yang lain supaya mereka memperkukuhkan gerak kerja parti dan INGATAN UNTUK PAS AGAR TEMPAT -TEMPAT YANG TEWAS BARU-BARU INI HENDAKLAH DIGERAKKAN UNTUK MENAWANNYA KEMBALI UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN YANG KUKUH DAN BUKAN SEKADAR SEBAGAI PARTI PELENGKAP!

Umno akan menggunakan pelbagai tektik kotor untuk memastikan mereka menyapu bersih kerusi yang dimenangi oleh PR baru-baru ini. Di bawah ini sedikit keratan daripada kenyataan Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan :

"Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang.

"Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada.

"Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya."

Tapi sebelum menutup artikel saya ingin merayu kepada Sultan Mizan selau sebagai Pemimpin tertinggi dalam hiraki pemerintahan di Malaysia yang berjiwa rakyat agar dapat menghalang dan tidak membenarkan Parlimen dibubarkan oleh UMNO ..WaAllahua'lam
"

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.