Wednesday, May 14, 2008

Subsidi Atau Tanggungjawab

Oleh attakiri

" Hari ini kerajaan mengumumkan tentang peningkatan subsidi beras yang diberikan kepada rakyat. Kenaikan subsidi ini ekoran daripada peningkatan harga beras di seluruh dunia. Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan subsidi harga minyak bagi mengurangkan kos yang mesti ditanggung oleh rakyat.

Ekoran daripada itu, maka ramailah pemimpin UMNO/BN memuji tindakan PM Malaysia yang kononnya prihatin terhadap rakyat sehingga sanggup berbelanja berjuta-juta untuk mengatasi kesusahan yang akan ditanggung oleh rakyat.

Penulis bukan tidak menyokong pemberian subsidi ini. Bahkan bagi penulis, selagi kerajaan mampu untuk meringankan beban rakyat lagi bagus.

Kepimpinan diwujudkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Khidmat tersebut samada yang berbentuk material dan spiritual. Pemberian subsidi sebenarnya bukannya satu hadiah kepada rakyat tetapi ianya lebih dianggap tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Rakyat Malaysia membayar pelbagai cukai setiap tahun. Daripada cukai tersebut kerajaan menggunakan untuk melabur demi kemudahan rakyat. Jadi setiap yang dikatakan subsidi itu ialah hasil keuntungan pelaburan yang dilaburkan oleh rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Jadi tidak timbullah soal subsidi, hadiah atau sebagainya. Bahkan kerajaan patut berterima kasih kepada rakyat kerana yang telah membayar gaji perkhidmatan mereka sehingga golongan atasan ini mampu menikmati kemewahan.

Sejarah Islam telah memaparkan bagaimana hebatnya pemerintahannya yang mengutamakan kebajikan buat rakyat. Lihat kepada Saidina Umar al-Khattab yang pernah mengosongkan perbendaharaan baitul Mal setiap tahun untuk dibahagikan kepada semua rakyatnya. Saidina Osman pernah mengeluarkan sebanyak 400 dirham untuk diberi kepada setiap anak yang baru lahir di bawah pemerintahannya.

Semuanya dilakukan atas dasar tanggungjawab sebagai pemimpin yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Begitu juga dengan situasi sekarang. Selepas kemerosotan dalam PRU12 barulah kerajaan dilihat cuba mengutamakan kebajikan kepada masyarakat. Itu pun masih belum menyeluruh.

Royalti petroleum masih belum diberikan hak kepada rakyat terengganu sepenuhnya. Sedangkan itu adalah hak rakyat terengganu. Siapa PM Malaysia untuk menyekat royatli ini.?

Akta ISA belum dihapuskan lagi. Ramai anak dan isteri yang menjalani kehidupan seperti seorang yang kematian ayah atau suami mereka. Mana dia kebajikan yang diumumkan oleh kerajaan.

Berapa sangatlah subsidi kerajaan untuk rakyat kalau dibandingkan subsidi kerajaan untuk pemimpin atasan yang dibekalkan dengan pelbagai kemudahan. Dahlah dapat jet peribadi. Perbelanjaan keluar negara ditanggung, cukai jalan tidak payah bayar dan pelbagai lagi.

Jadi dalam hal ini, kerajaan sepatutnya mengumumkan bahawa subsidi yang dihulurkan terlampau sedikir berbanding dengan apa yang dilaburkan oleh rakyat kepada kerajaan

wassalam

www.attakiri.blogspot.com

"

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.