Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang dikritik teruk kerana tindakan beliau membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau mungkin meninggalkan parti kerana serangan yang diterimanya.
Memanggil parti "bodoh", timbalan ketua Bahagian Umno Batu Kawan berkata ,mengutuk beliau kerana laporan 1MDB memakan diri kepada pengkritiknya.
"Mereka melakukan semua jenis serangan peribadi terhadap saya, tetapi saya hanya ingin memberitahu yang mereka sangat bodoh. Ia memakan diri mereka sendiri sekarang," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan terhadap 1MDB dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.
"Orang lain dan rakyat lebih bersimpati terhadap saya pada masa ini."
Khairuddin, seorang ahli Umno sekurang-kurangnya 20 tahun, berkata beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menentukan sama ada akan meninggalkan parti atau tidak.
"Saya sedang mempertimbangkan perkara itu. Beri saya masa. Saya akan meneliti perkara itu dengan serius."
Beliau menjadi tidak popular kerana membuat laporan polis terhadap IMDB yang dibebani hutang – dana kekayaan kedua Malaysia selepas Khazanah Nasional Bhd – yang merupakan idea Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.
Tuduhan terhadap beliau termasuk menerima sokongan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengkritik hebat Najib dan 1MDB. Ia menjadi perhatian setelah beberapa pemimpin pembangkang mendedahkan hutang dana yang besar, urusan jual beli tanah yang meragukan dan kerahsiaan ke atas urus niaga 1MDB.
Berikutan itu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Khairuddin menarik balik laporannya, berkata tindakan itu bukanlah pendirian parti ataupun Umno Pulau Pinang.
"Ini adalah masalah orang Umno yang tidak memahami perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar sebarang cerita dari laman web, Internet atau media sosial," katanya.
"Janganlah kita terpengaruh dengan persepsi tidak diingini yang datang daripada pembangkang. Beliau membuat laporan polis, saya tidak dapat memahaminya."
Awal bulan ini, sayap kanan pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Pekida membuat laporan terhadap Khairuddin, mendakwa beliau membuat laporan palsu mengenai 1MDB.
Khairuddin menafikan tuduhan ini dan sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Naib Pengerusi Pekida Seberang Perai Selatan, Mohamad Hilme Ibrahim yang membuat tuduhan itu.
"Menuduh saya membuat laporan palsu adalah kenyataan menghasut. Adakah dia melihat laporan polis yang saya dibuat, maklumat yang saya berikan kepada pihak polis di Bukit Aman?
"Adakah dia mempunyai dokumen 1MDB yang boleh menangkis dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak lain terhadap syarikat itu?
"Siapa dia untuk mempersoalkan laporan saya apabila pihak polis masih belum membuat kesimpulan terhadap penyiasatan mereka?" soalnya.
Khairuddin berkata hari ini beliau tidak faham mengapa Umno lebih "gelisah" terhadap laporan itu memandangkan ia tidak berkaitan dengan parti.
"Saya berasa sangat sedih (atas serangan) dan saya tidak faham mengapa Umno sangat gelisah berhubung perkara itu. Ia tidak ada kena mengena dengan Umno.
"Saya terpaksa menahan segala macam kesakitan, kritikan, serangan peribadi. Dan saya pasti akan menerima lebih banyak tekanan selepas ini.
"Tetapi saya tidak peduli. Semakin mereka menyerang saya, semakin saya akan kuat. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan," katanya. – TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.