Polis Selangor telah mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video pendek penyanyi Zamani yang ditahan polis baru-baru ini.
Dalam kenyataannya Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti pegawai dan anggota polis lain turut terlibat.
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tambahnya.
"...pihak polis memandang serius terhadap perbuatan tersebut," tegas Abdul Samah.
"Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata siasatan akan dijalankan terhadap pihak yang menyebar video pendek itu.
Video pendek sepanjang kira-kira satu setengah minit itu menunjukkan bekas penyanyi kumpulan Slam itu duduk atas rantai dengan tangan bergari dan menyanyikan lagu pop mengenai masalah putus cinta.
Mengulas lanjut, Abdul Samah berkata pihaknya mengadakan siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan Prosedur Operasi Piawai (SOP) oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
"Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa, telah pun dilaksanakan dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota-anggota polis yang terlibat," katanya.
mStar Online hari ini melaporkan, pengurus Zamani akan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab menyebabkan rakaman tersebut tersebar.
Johan Aziz berkata rakaman yang dimuatkan di YouTube itu mengaibkan Zamani. -mk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.