Friday, January 2, 2015

Pelajar Malaysia terbunuh di sambutan tahun varu 2015

Menurut Kementerian Luar Negeri, seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan sambutan Tahun Baru di Shanghai, China yang mengorbankan 36 orang.

Kementerian itu berkata mangsa merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang.

“Usaha telah dilakukan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia,” kata kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Manakala, Ooi Hooi Yi, 20, mengalami kecederaan dalam kejadian 11.30 malam di Dataran Chen Yi, Shanghai, kawasan Bund tepi sungai yang popular di bandar raya tersebut.

Ooi mengalami pendarahan di mata serta beberapa kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Changzheng, Shanghai.

Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawat Ooi di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Konsulat Jeneral masih meneliti senarai mangsa untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat,” kata kenyataan itu lapor Bernama.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.