Belum reda tragedi nahas pesawat AirAsia QZ8501 di perairan Selat Karimata, seorang juruterbang AirAsia didapati positif dadah selepas menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Denpasar, lapor portal berita Indonesia, Tempo.
Memetik kenyataan Pegawai Khas Menteri Perhubungan, Hadi Mustofa Djuraid, juruterbang AsirAsia QZ7501 itu menerbangkan pesawat dari Bandara Soekarno-Hatta ke Bandara Ngurah Rai di Denpasar, Bali.
Hadi berkata, penemuan itu berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan Balai Kesihatan Penerbangan serta Direktorat Kelaikan Pengoperasian Pesawat Udara Kementerian Perhubungan di Bandara Ngurah Rai, pagi tadi.
"Ujian mengesahkan positif dadah jenis morfin," katanya seperti dilaporkan Tempo.
Menurut Hadi, pemeriksaan dilakukan sejurus selepas juruterbang itu yang dikenali sebagai FI mendarat paada pukul 8.50 pagi waktu tempatan.
Katanya, FI diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut di Pusat Kesihatan Penerbangan Kemenhub di Jakarta.
Menurut Tempo, Pegawai Perhubungan AirAsia Indonesia, Malinda Yasmin ketika diminta mengesahkan perkara itu enggan mengulas lanjut.
"Kami belum mendapatkan data lengkap," katanya.
Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 24 Disember lalu dilaporkan berkata, dadah memberi kesan buruk kepada masyarakat dan kesan yang timbul akibat penyalahgunaan ubat berbahaya amat buruk.
Beliau sehubungan itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan pengedaran dadah.
"Tidak ada maaf bagi penagih narkotik," katanya. – TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.