Thursday, August 2, 2012

Facebook "Kami Bersama Rafizi" Dilancarkan


Sebuah laman Facebook bernama "Kami Bersama Rafizi" dilancarkan oleh para penyokong Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli petang tadi. Setakat ini sudah lebih 700 orang LIKE laman FB tersebut.

Rafizi yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi. Beliau telah dibebaskan dan diikat jamin berjumlah RM15,000.

Beliau dijamin oleh Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kes ditetapkan pada 10 September nanti.

Pihak pengendali laman Facebook tersebut memberikan tiga perkara yang harus diketahui umum:

1) Cara pihak polis & Bank Negara MENYERBU rumah Rafizi pagi ini adalah tidak munasabah langsung, sedangkan suami Shahrizat pun tidak dilayan sebegitu.

2) Tuduhan terhadap Rafizi adalah untuk MENDIAMKAN beliau yang dalam proses mendedahkan penyalahgunaan kuasa PM Najib

3) "Najib, rakyat memerhatikanmu"


Sementara itu, ramai pemimpin-pemimpin termasuk tokoh agama mempersoalkan penahanan dan pendakwaan Rafizi diantaranya termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tangkapan Rafizi sebenarnya adalah untuk menututup penyelewengan Umno BN.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi.

Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atas Rafizi sebagai tindakan terdesak mereka yang bakal kehilangan kuasa.

Sementara AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, segala janji transformasi Najib adalah pembohongan apabila mendakwa Rafizi hari ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam twitternya menyebut: "Tidak pelik jika pencuri telur didakwa, cuma pelik di dalam masa yang sama pencuri ayam, kambing, kerbau dll bebas berkeliaran.


LINK FB : "Kami Bersama Rafizi"

Anwar: Rafizi didakwa untuk sekat pendedahan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya bahawa pendakwaan yang dihadapi Rafizi Ramli hari ini bertujuan untuk menghalang pengarah strategi parti itu daripada terus mendedahkan dakwaan skandal penyelewengan BN.

NONE"Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.

"Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno dan BN," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar mendakwa, Rafizi mendapat ramai "seteru yang berkuasa" sejak membuat pendedahan mengenai projek NFC tahun lalu.

Golongan ini, kata Anwar, akan menggunakan apa sahaja untuk mendiamkan Rafizi.

Selangor tubuh tabung khas

"Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi perdana menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh," katanya yang mengecam keras tindakan ke atas Rafizi.

Kecaman sama turut disuarakan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali yang mendakwa Umno dan BN terdesak sehingga mengheret Rafizi ke mahkamah atas dakwaan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan itu kerana mendedahkan skandal NFC.

NONE"PKR percaya Umno dan BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor turut menyatakan sokongan kepada Rafizi dengan menyatakan dana khas bagi membiaya kos guaman bekas ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor itu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, langkah itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri untuk membanteras rasuah.

"Tindakan terhadap saudara Rafizi membuktikan bahawa komitmen kerajaan BN terhadap ketelusan dan pertanggungjawaban yang diuar-uarkan oleh perdana menteri ternyata hanya janji kosong," katanya.

-MK

Pasangan Kekasih Tak Sedar Gelagat Dirakam

Mungkin terlalu asyik dibuai cinta, sepasang kekasih lingkungan 17 tahun tidak sedar gelagat mereka dirakam lensa Sinar Harian kira-kira jam 3.16 pagi di parkir motosikal sebuah restoran makanan segera, di sini.

Gambar: Gelagat pasangan remaja ini dirakam sekitar jam 3.16 pagi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih yang juga Pegawai Khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Elyas Saad berkata, fenomena itu sering dilihat lokasi terbabit termasuk di sekitar Kulim menjelang subuh.

Namun, timbul kehairanan apabila ketiadaan remaja itu di rumah tidak langsung menjadi kebimbangan ibu bapa mahupun penjaga mereka.

"Sekarang ini anak lebih banyak habiskan masa di luar bersama rakan sebaya dan tidak bersama keluarga. Ramadan ini ibu bapa seharusnya menjalinkan hubungan baik dengan anak dan Tarawih bersama-sama.

"Malangnya semua ini tidak berlaku kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan aktiviti sendiri hingga lupa tanggungjawab terhadap anak," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian difahamkan oleh pengadu yang mengenali pasangan berkenaan, kedua remaja terbabit sering berduaan di sudut sunyi lokasi restoran tersebut.

Elyas berkata, sehingga kini pelbagai perlakuan jenayah termasuk ragut, samun dan pergaduhan dilaporkan berlaku dan remaja yang sering menghabiskan masa mereka melepak di restoran makanan segera lebih mudah menjadi mangsa.

Menurutnya, selain itu ada kes kalangan kanak-kanak berusia sembilan tahun, di sini terlibat jenayah, berpunca daripada kepincangan rumah tangga dan sikap ibu yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.

"Misalnya penggunaan motosikal merupakan keperluan, tetapi ibu bapa hari ini membeli motosikal kepada anak mereka tanpa menyedari anak mereka itu tidak mempunyai lesen. Ini bukan sahaja membahayakan orang lain malah ia turut membahayakan diri anak mereka.

“Pantaulah ke mana anak kita berada dan dengan siapa mereka berkawan. Bagi remaja perempuan kita harus ingat perlakuan rogol sering berlaku dimana ia melibatkan suka sama suka," katanya.

Menurutnya lagi, ibu bapa harus menerapkan ilmu agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. -SH

Wednesday, August 1, 2012

Olimpik 2012 : Haziq kecewa

pix_gal0Haziq Kamaruddin nyata kecewa apabila tersingkir dalam acara memanah individu pusingan penyingkiran selepas berusaha memberi cabaran kepada lawan dari Kazakhstan, Denkis Gankin, semalam.

Pemanah berusia 19 tahun dari Johor itu tewas 6-4 dalam aksi di Lord Cricket Ground, sekali gus menamatkan cabarannya di Sukan Olimpik ini selepas gagal dalam acara Recurve Lelaki Berpasukan, Jumaat lalu.

Pengurus pasukan, Tan Sri Halil Mutalib berkata, kesilapan Haziq ialah dia terlalu ghairah dan cuba mencapai kemenangan dengan cepat dan gagal mengekalkan tempo serta memberi tumpuan pada set terakhir.

Kerajaan Taja 600 Pelajar Perubatan Di IPTS

Kerajaan bersetuju menaja 600 pelajar aliran sains meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya mereka merupakan pelajar yang gagal mendapat tempat untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013.

Mohamed Khaled berkata kesemuanya adalah pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan memilih tiga bidang pengajian itu sebagai pilihan utama di IPTA, tetapi gagal mendapat tempat.

Katanya mereka terdiri daripada 310 pelajar Melayu, 260 pelajar Cina, 21 pelajar India dan sembilan pelajar lain-lain kaum.

"Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju menawarkan mereka tempat dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di IPTS yang terpilih dengan dibiayai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mereka perlu menyatakan persetujuan atas tawaran yang diberikan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian itu di sini, malam Selasa.

Katanya, kesemua 600 para pelajar itu akan dihubungi oleh JPA sebelum 15 Ogos ini.

Bagaimanapun, katanya, tawaran baru itu tidak terpakai kepada mereka yang memperoleh PNGK 4.0 dan telah mendapat tawaran pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di IPTA pilihan mereka.

Selain itu, mereka yang mendapat tawaran di IPTA seperti dipohon berdasarkan pilihan pertama juga tidak layak menerima tawaran ini.

Daripada 2,690 pelajar aliran Sains yang memperoleh PNGK 4.0, 2,090 pelajar berjaya mendapat tempat di IPTA bagi sesi akademik 2012/2013.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kementerian itu ingin mengetahui pandangan dan keperluan 130 penuntut Malaysia di Syria bagi mengambil keputusan berhubung pengajian mereka.

"Kita akan buka talian untuk mereka menghubungi kementerian dan memberitahu keperluan mereka. Kita akan melihat sama ada ia selari dengan program-program yang ditawarkan di sini (IPT) atau tidak," katanya.

Kerajaan mengambil keputusan memindahkan penuntut Malaysia dari Syria pulang ke tanah air memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu. - BERNAMA

Lagu Tema Merdeka Ditolak, Rais minta pandangan

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima

"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.

Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.

Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.

Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.

Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".

Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6. -mk

Slogan, lagu dan logo Medeka: Siapa sabotaj Najib?

Bagaikan trisula menikam sanubari rakyat Malaysia, trio logo dan lagu Hari Merdeka serta kostum yang diperagakan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik pastinya akan mengekalkan parut untuk sekurang-kurang dua tiga tahun lagi. Barangkali sehingga rakyat puas mencemuh. Dan itu tidak boleh ditentukan bila penghujungnya.

Kostum dengan motif harimau yang diperagakan atlit negara di majlis pembukaan Sukan Olimpik telah dinobatkan sebagai antara kostum paling buruk dalam laporan berita Yahoo!

Seolah-olah sudah tidak ada motif lain bercirikan Malaysia yang boleh digunakan supaya kontinjen negara segak bergaya di pentas antarabangsa. Seolah-olahnya rakyat Malaysia ini tidak punya nilai dan selera budaya yang internasional. Macam kita ini semua suka yang buruk belaka.

Sama kesnya dengan hal logo Hari Merdeka. Isu logo hari Merdeka – meski sudah ditarik balik rekaannya itu secara kelam kabut oleh pihak pemerintah, adalah penghinaan maha besar kepada selera dan intelek rakyat jelata. Ini jelas kelihatan di kalangan komuniti media sosial yang kebanyakannya terdedah kepada aplikasi rekaan grafik digital.

Slogan

Apalagi dengan kemampuan carian gambar di Google yang membolehkan kita mencari logo-logo hari kemerdekaan negara-negara lain untuk dibuat perbandingan. Malu yang ditanggung amatlah besar. Ini belum dikira malu yang ditanggung setelah mendapati bahawa Singapura, pada sambutan kemerdekaannya pada tahun 1990 pernah menggunakan slogan ‘One People, One Nation, One Singapore’ (Satu Rakyat, Satu Negara, Satu Singapura).

Kita harus sedia tahu bahawa tema hari kemerdekaan ini bukan benda remeh. Cuba kalau kumpulan ultra-Melayu yang bernama Perkasa ubah slogannya kepada ‘Bersama Makan Buah-buahan Tempatan’, bukankah lari jauh maksud penubuhan organisasi tersebut? Jadi slogan harus selari dengan pertubuhan.

Kita harus pergi kepada persoalan akar umbi yang mencetus kontroversi tema, logo dan lagu Hari Merdeka tahun ini; tidak lain tidak bukan berpokok pangkal kepada Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Rais Yatim, dikenali ramai dalam rangkaian media sosial sebagai ‘#yorais’; setelah dengan cemerlang meletakkan dirinya sebagai ‘trending topic’ di laman Twitter berikutan komen beliau bahawa Twitter dan Facebook adalah alat dunia Barat yang akan menghakis budaya Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan legasi di alam cyber dengan pelbagai langkah-langkah sekatan yang cuba membungkam kebebasan rakyat di internet.

Lagu

Dan tulisan liriknya untuk lagu tema Hari Merdeka tahun ini barangkali seperti peribahsa Arab yakni menjadi jerami terakhir yang mematahkan belakang unta; dan memperlihatkan betapa lekehnya insan ini sebagai menteri propaganda untuk Barisan Nasional.

Untuk faedah mereka yang tidak begitu ambil berat tentang salah silap menteri Barisan Nasional, saya hadirkan di sini bait-bait syair karya agung yang ditulis Rais Yatim dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik transformasi anjuran Menteri Perdana Najib Razak. Rais menulis:

Macam malam ikut siang,
Macam bulan ikut matahari,
Satu Malaysia terus berjuang,
Janji kita ditepati,
Kata kita dikota,
Janji kita ditepati,
Hidup rakyat dibela,
Masa depan diberkati,
Janji sudah ditepati,
Kini masa balas budi.

Eh! ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’? Ewah-ewah indahnya bahasa. Ayat terakhir itu mungkin faktor utama kenapa video lagu itu di Youtube menerima undi tidak suka paling epik dalam sejarah.

Setakat waktu rencana ini ditulis, video pertama dalam carian ‘janji ditepati’ di Youtube sudah ditonton 110,210 kali dengan 222 undi ‘suka’ dan 12,956 undi ‘tidak suka’. Pautan kedua dalam senarai itu lebih parah. 169,824 kali ditonton; 265 yang suka, 19,700 tidak suka. Selebihnya barangkali tidak mengundi suka atau tidak, dan terus tutup tetingkap selepas baris ‘Kini masa balas budi’.

Pautan ketiga daripada senarai langsung terus tidak membenarkan pengundian dan komen. Takut, mungkin.

Kenapa begitu ganas sekali daya tolakan rakyat terhadap propaganda si Rais ini? Apa salahnya kalau ‘Janji Ditepati’? Bukankah Barisan Nasional dikatakan telah berjaya menepati janji-janjinya memajukan negara? Bukankah Utusan Malaysia dan TV3 sudah membuktikan betapa agungnya Barisan Nasional? Kenapa masih ditolak tema itu?

Adakah kerana melodi lagunya itu diplagiat daripada lagu ‘Tuhanku Maha Besar’ yang menurut Youtube, telah dinyanyikan di majlis “Ibadah Peringatan Kenaikan Tuhan Yesus Kristus ke Surga” pada 21 Mei 2009 di Jalan Lengkong Kecil 34 -36 Bandung, Indonesia?

Apa pula kata Perkasa dan Hasan Ali dengan hakikat ini? Adakah wujud pula konspirasi mahu menubuhkan negara Kristian dengan lagu melodi saduran itu sempena Hari Merdeka kita?

Logo

Segala bobrok dan celaka yang terpalit dengan pembikinan lagu ini tambah membusuk apabila dipasangkan dengan logo yang barangkali dibuat guna Microsoft Word dalam jangkamasa kurang tiga minit itu.

Pihak pemerintah walau bagaimanapun akhirnya akur dengan tekanan dan menggantikan logo yang maha buruk itu dengan logo 1Malaysia, sama seperti tahun sudah dan tahun sebelum itu.

Kata Rais Yatim, langkah itu diambil bagi membendung salah faham yang timbul. Tidak, Rais; kami tidak salah faham. Kami faham sangat bahawa logo tersebut telah direka secara malas, dan dipamerkan kepada rakyat jelata tanpa segan silu.

Tidak susah untuk faham propaganda ‘Janji Ditepati’ yang cuba dihidangkan kepada rakyat. Tidak ada salah faham di situ. Namun mesejnya akan jauh lebih jelas jika diletak sekali logo Barisan Nasional dengan saranan supaya parti tersebut terus diundi pada pilhanraya umum yang nampak gayanya hanya akan berlangsung tahun hadapan.

Sabotaj?

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya: Adakah Rais Yatim sedang cuba mensabotaj perancangan Najib Razak?

Kita tahu Rais Yatim pernah dahulu duduk bersama oposisi, di zaman beliau begitu tidak percaya kepada media arus perdana. Pastinya Rais masih ingat kata-katanya di dalam ceramah Semangat 46 dahulu. Katanya, “Tuan-tuan dengar lah. Tapi kalau dengar daripada tivi-tiga, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari ar-ti-em, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi”. Inilah insan yang akhirnya kini menjabat portfolio propaganda dalam pentadbiran Najib Razak.

Apakah Rais Yatim tidak perhati baik-baik senarai tema Hari Merdeka yang ada di Wikipedia (kalau dia cari tak jumpa di pejabatnya itu)? Apakah Rais tidak menilai aspek bahasa dan mesej yang mahu disampaikan kepada sekian banyak pengundi yang mahu ditarbiahnya supaya memangkah logo dacing? Penyudahnya ‘Janji Ditepati’ dan ‘kini masa balas budi’ yang dipilih?

Bukankah baik jika mencontohi bahasa yang baik dalam tema tahun 1978 contohnya, “Kebudayaan Sendiri Perpaduan”. Atau mengikut trend bermula 1979 sehingga 1982 yang mengekalkan kata ‘disiplin’ di dalam temanya.

Rais Yatim harus jawab, apa sebenarnya yang sedang cuba beliau lakukan kepada kempen politik Najib Razak.

Apakah beliau juga bertanggungjawab terhadap rekaan kostum hodoh kontinjen Malaysia di sukan Olimpik? Saya harap tidak.

Roketkini.com

Isu Lajim, Bumburing cetus saingan sengit

Tindakan dua ahli parlimen BN Sabah yang menyatakan ikrar untuk menyokong Pakatan Rakyat keluar parti beberapa hari lalu bakal mencetuskan persaingan sengit di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang, menurut pemimpin Pakatan.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata tindakan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar parti itu juga bakal memberi impak kepada suasana politik negeri itu.

Katanya, beliau difahamkan perjumpaan MP berkenaan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini "menggambarkan sokongan yang kuat" kepada Pakatan.

"Ini satu perkembangan yang menarik dan memberi impak kepada politik Sabah. Kesediaan mereka bersama Pakatan Rakyat, merupakan satu perkembangan bahawa satu pertarungan sengit akan berlaku," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan membincangkan kedudukan MP berkenaan dalam menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.

"Kita akan bincang tentang kedudukan mereka. Secara prinsipnya mereka bersama Pakatan menentang BN," katanya.

Mustafa berkata Pakatan kini sedang "memantau dan terlibat" dalam suasana politik baru di negeri tersebut memandangkang pengumuman kedua-dua MP berkenaan baru dilakukan dua hari lalu.

"Kita akan buat (tentukan kedudukan mereka berdua)," kata Mustafa dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu negara hari ini.

Mustafa juga menolak dakwaan pihak tertentu dalam Umno bahawa MP berkenaan bertindak demikian kerana kecewa dengan parti tersebut.

"Itu standard jawapan mereka (BN). Kalau tak guna dia kena pecat lama dah. Lagi pun ura-ura ini dah lama," katanya.

Turut hadir dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini adalah Datuk Fauzi Shaari, Nurul Izzah Anwar, Teresa Kok, Dr Hatta Ramli dan Liew Chin Tong.

-MK

Pakatan tubuh JK pilih tema Hari Kemerdekaan

Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif Women's Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR.

Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.

"Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik," katanya.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.

-HD

Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Olimpik 2012?

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu.

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.


Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum. -iamsharina