Wednesday, August 1, 2012

Isu Lajim, Bumburing cetus saingan sengit

Tindakan dua ahli parlimen BN Sabah yang menyatakan ikrar untuk menyokong Pakatan Rakyat keluar parti beberapa hari lalu bakal mencetuskan persaingan sengit di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang, menurut pemimpin Pakatan.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata tindakan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar parti itu juga bakal memberi impak kepada suasana politik negeri itu.

Katanya, beliau difahamkan perjumpaan MP berkenaan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini "menggambarkan sokongan yang kuat" kepada Pakatan.

"Ini satu perkembangan yang menarik dan memberi impak kepada politik Sabah. Kesediaan mereka bersama Pakatan Rakyat, merupakan satu perkembangan bahawa satu pertarungan sengit akan berlaku," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan membincangkan kedudukan MP berkenaan dalam menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.

"Kita akan bincang tentang kedudukan mereka. Secara prinsipnya mereka bersama Pakatan menentang BN," katanya.

Mustafa berkata Pakatan kini sedang "memantau dan terlibat" dalam suasana politik baru di negeri tersebut memandangkang pengumuman kedua-dua MP berkenaan baru dilakukan dua hari lalu.

"Kita akan buat (tentukan kedudukan mereka berdua)," kata Mustafa dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu negara hari ini.

Mustafa juga menolak dakwaan pihak tertentu dalam Umno bahawa MP berkenaan bertindak demikian kerana kecewa dengan parti tersebut.

"Itu standard jawapan mereka (BN). Kalau tak guna dia kena pecat lama dah. Lagi pun ura-ura ini dah lama," katanya.

Turut hadir dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini adalah Datuk Fauzi Shaari, Nurul Izzah Anwar, Teresa Kok, Dr Hatta Ramli dan Liew Chin Tong.

-MK

61 comments:
Write comments
  1. ini kali lah ! harap org sabah betul-betul gunakan kuasa mengundi utk memilih.... jangan mcm kerbau di cucuk hidung kesana kemari boleh di bawa! nampak duit 50,100 bular mata, inda ingat lagi undi bila suda tiada duit atau kampis barait baru mnyasal, tanah kau usaha tapi milik orang ..... buduh !! bikin panas!

    ReplyDelete
  2. haji LOGIUT najib sudah brp kali ganti santut???

    ReplyDelete
  3. kali ini rakyat sabah mesti pintar biarlah jangan undi calon2 macam robot apa yg di cakap mau saja yg penting kantung berisi. orang bilang 'sudah terang lagi bersuluh'suda nampak yg tidak betul berlaku di sabah buat inda tau saja...bikin sakit hati ! apa yg kamu nampak keindahan sabah itu hanya' SKRIN SABER ' saja...

    ReplyDelete
  4. Tidak payah lagi nak ulas pasal ini. Bagi saya, kalau dia dah buat keputusan maknanya itu la hakikatnya.

    ReplyDelete
  5. I don't have to worry about Lajim and Bumburing anymore. I mean they have clearly stated their intention to move out.

    ReplyDelete
  6. Memang Anwar akan membuat satu lagi kejutan lagi kali ini.

    ReplyDelete
  7. What kind of competition? It's going to end and it is.

    ReplyDelete
  8. Walau sejauh mana Dompok meratapi pemergian mereka, saya rasa itu lah hakikat.

    ReplyDelete
  9. Dompok kata pemergian Bumburing dari UPKO berpunca dari masalah immigresen di Sabah. Ertinya Dompok mengakui bahawa BN GAGAL mengatasi masalah PATI di Sabah. YAHHO KITA UNDI BN LAGI.

    ReplyDelete
  10. tidak akan memberi impak juga sebab rakyat sabah juga akan menolak PR pada pru13 nanti..jadi janganlah PR bermimpi terutamanya PAS...

    ReplyDelete
  11. juga tidak akan mencetuskan saingan sengit antara BN dengan pembangkang...tetapi akan mencetuskan persaingan sengit antara pembangkang dengan pembangkang...bermakna undi pembangkang akan pecah..undi pecah bermakna pembangkang akan kalah...

    ReplyDelete
  12. apa yang Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali tahu dan faham pasal senario dan situasi politik sabah? politik di sabah bukan macam di semenanjung...

    ReplyDelete
  13. lajim dan bumburing keluar dan menyokong pakatan agar mereka dijadikan calon pada pru13 nanti...

    ReplyDelete
  14. Anonymous said...
    August 1, 2012 1:19 PM

    Memang Anwar akan membuat satu lagi kejutan lagi kali ini.
    --------

    kejutan apa lagi kunun? bersara dari politik? dia cakap akan bersara jika PR kalah pada pru13 nanti..

    ReplyDelete
  15. mungkin yang menyokong kuat PR ialah kedua-dua MP tersebut..tetapi tidak rakyat sabah...

    ReplyDelete
  16. bukan saja saingan sengit tapi tempat BN berkubur di malaysia,jangan kita pandang ringan kalibat 2 pemimpin ini,silap haribulan BN akan tersungkur disabah tapi akan ada pemimpin Bn akan masuk hospital di queen atau mana-mana hospital.

    ReplyDelete
  17. Kita undi lagi BN bah hanya BN yang terbaik memelihara PATI kata nak tubuh RCI sampai sekarang TOR pun belum ada, hanya BN juga yang berjanji melaksanakan cukai GST selepas PRU jadi kita untung bayar cukai kepada kerajaan, hanya BN yang menjadikan Sabah 2nd Class tengok lebuhraya utara selatan di semanajung ada 4 lorong lebuhraya Tawau Kota Kinabalu di Sabah ada 10 lorong dan banyak lagi

    ReplyDelete
  18. BETUL KA? OVER MY DEAD BODY LAH.

    BN MUNGKIN PARTI YG BIASA2, TAPI JIKA DIBERI PILIHAN.. BN MEMANG PATUT DIUTAMAKAN!!

    AKU TETAP VOTE BN

    ReplyDelete
  19. Atas tindakan 2 org inilah yg menyebabkan Kerajaan PBS jatuh ke tangan Amu'Noh padah 1994..... tapi tengok sekarang... Amu'Noh Be..End langsung tak menghargai mereka dengan tidak mendengar tuntutan RAKYAT SABAH.... jadi... wahai RAKYAT SABAH.... kita kena ingat sendiri.... AMU'NOH INOH GAMAN....AMU'NOH>!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  20. anon 7:37

    ko ni mcm kerasukan jak?ko ckp2 buduh sana mcm ko pla yg buduh..
    ko ingt kalau P.R ni memerintah sabah dorang bulih buat perubahan ka?ko guna otak ko tu bah

    di selangor..smpai skrg janji tinggal janji..air pun mnum air dr longkang suda..apa? PATI bulih berkurangan ka kalau dorang memerintah?? ko tinguk itu selangor,pulau pinang n kedah..GRO makin bertambah bah bus,mcm cendawan tumbuh slepas hujan..pulau pinang lagila, org bumiputra nda lama lg merempat di negri sendiri..ko ada fikir ka?kalau ko fikir BN ni palui tp lagilaaaaa palui dan buduh sebuduh3nya kalau PR yg memerintah..ingt ckp aku ini aa..

    ReplyDelete
  21. tahniah Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing, teruskan agenda tuuukarr bersama Pakatan Rakyat. Buktkni Sabahan people perlu di hormati dan tiadk dilekehkan sebagai fixed depositt. FD mereka dah nak lebur. teruskan perjuangan bersama rakyat sabah yang lain supaya tidak terus terusan di tipu oleh BN

    ReplyDelete
  22. anak anak muda Sabahan, tolong bangun, lihat sendiri berapa lama kamu sudah merdeka, apa yg kamu dapat sehingga kini, hasil negeri memang banyak, minyak, balak hasil mahsul yg lain lagi, tapi dimana kemajuan yg di laungkan untuk kamu, cuba lihat siapa yg kaya raya, penyelewengan masih banyak berlaku di Sabah.Ayuh Sabahan terutama yg muda harus bangun buat perubahan. Jangan Undi BN lagi.Ayuhawan Tetap Lawan.

    ReplyDelete
  23. Sebelum Lajim dan Wilfred keluar pun angin perubahan di Sabah sudah bertiup kencang. Tapi sekarang macam kena pasang turbo sudah apabila mereka mengumum keluar BN. Najib xperlu banyak alasan bubar je parlemen

    ReplyDelete
  24. Orang cuba nak bantu Sabahan..tapi dia buat prumpamaam negeri Selangor dan Kedah. Sana dah maju dan isu yg digemburkan pun melalui utusan,tv3, rtm jer. Tengok le sendiri baru boleh nilai. Jgn baca utusex jer. Patut le BN senang tipu Sabahan. Isu air dSelangor tu kegagalan SYABAS rawat air dan takde kena mengena dgn kerajaan Selnagor. UMNO gelabah sebab SYABAS kena warning dgn MB dan sykt itu akan 'drampas' oleh MB kalu gagal bekalkan air utk Selangor. Rakyat Selangor bangkit minta MB ambilalih SYABAS sebab 'fail'. Len kali kalu setakat baca utusex tu jgn brcakap.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  25. Kalau saya yang menilai perkara ini, ia hanya satu bukti yang menunjukkan kedua-dua individu ini hanya mahu menjaga kepentingan politik mereka. Jadi tak hairan juga kalau mereka tak setian dengan umnobn.

    ReplyDelete
  26. Saya yakin mereka ada sebab untuk keluar parti namun sebab itu rasanya hanyalah utk kepentingan mereka saja. huhuhu

    ReplyDelete
  27. Firasat saya mengatakan PRU akan ditangguh lagi. huhu

    ReplyDelete
  28. Panas betul isu ni di Sabah.. hahaha... Macam saya pula excited tiap hari mahu tahu apa yang berlaku seterusnya.

    ReplyDelete
  29. Persaingan politik memang sentiasa sengit apatah lagi bila tiba PRU nanti. Harap cyang terbaik akan menang:)

    ReplyDelete
  30. kebanyakan pemimpin di sabah takut untuk bersuara ! bikin panas masalah PATI, TANAH, RASUAH dan macam2lah semua ditutup dgn sebelah mata... Aguonsio yg diharap2 dulu tidak buli pakai para pemimpin yg dulu lantang menyuara permasalaan sabah bila masuk BN kena kunci mulut siapa bercakap kena kasi turun....apa yg kena bagi pd rakyat selama ini.. jaga! bukan percuma ada galang gantinya...dibagi 500 membayarnya beribu/berjuta bukan bentuk wang ringgit pikir sendirilah.. apa yang di nampak sekadar SKRIN SEBAR betullah itu....!

    ReplyDelete
  31. Datuk Wilfred mungkin ada 'bernas'nya tapi Datuk Lajim tu..faham2 jer la. Jadi PR harus waspada jgn jadi spt Berahim Ali dKelantan yg lipat tengkok MB Kelantan balik selepas shj angkat sumpah YB dDewan Rakyat.

    ReplyDelete
  32. kalau Lajim betul2 gentleman, bagus dia keluar dari UMNO dan apa2 jawatan dalam kerajaan sebelum diminta untuk keluar. satu juga cara untuk tidak memalukan diri sendiri.

    ReplyDelete
  33. Makin banyak pertubuhan tidak semestinya akan makin kuat perjuangan dan makin kurang masalah rakyat. tindakan Lajim dan Bumburing buat pertubuhan baru ni dilihat hanya akan memecahkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  34. (di selangor..smpai skrg janji tinggal janji..air pun mnum air dr longkang suda.)
    Anon 1 ogos 5.18 ini waraskah tidak mana ada orang minum air longkang. Seburuk-buruk di Sabah yang tiada bekalan air paip ada juga gali perigi, inikan pula negeri Selangor yang maju 10x ganda dari Sabah!

    ReplyDelete
  35. Cepat la cari penganti mereka ini. Harap tidak menyesal dengan keputusan yang telah mereka putuskan.

    ReplyDelete
  36. Haha lucu juga ada juga ka yang minum air longkang? biar betul...

    ReplyDelete
  37. Ini kali lah..hanya PTI yg undi BN.. PTI vs Org tampatan..

    ReplyDelete
  38. jika benar Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing akan bertanding dengan BN, biarlah rakyat yang menentukan nasib mereka berdua dalam PRU13 nanti

    ReplyDelete
  39. perpaduan dalam parti adalah penting jika inginkan sokongan penuh dari rakyat

    ReplyDelete
  40. belum tentu BN diambang keruntuhan, mungkin ini hanya spekulasi untuk mengelirukan rakyat...

    ReplyDelete
  41. semoga BN akan tetap menjadi pilihan ramai dalam PRU13 nanti

    ReplyDelete
  42. biarlah rakyat yang menentukan parti manakah akan menjadi pilihan untuk memimpin Sabah

    ReplyDelete
  43. rakyat sabah amat kuat dgn dacing! sabahan itu BN, BN itu sabah..bha. org2 sabah ikhlas dan matang demi masa dpn anak cucu yg baik2.

    org semenanjung amat menghormati sabahan! Najib, Nik Aziz, Anwar, Musa, Pairin semua baik2 dgn sabahan! PTI adalah masalah bersama! yg penting sama2 kita jaga hati dan saling menghormati, insya allah kita semua selamat, bha

    luv sabah selama2nya

    ReplyDelete
  44. gunakanlah undi dgn berakal, PA janji cukai kerita ,harga barang,minyak petrol diturunkan...PTPTN dmansukan...hainaa! apa lagi kita sokonglah...ada kawan cakap kononnya d selangor minum air longkang betulka tidak marah org selangor nanti.! apa pun PA suda tunai janji bagi % utk tidak membayar...kita di sini bilangnya itu..!. kalau bil letrik kurang RM20 freelah tapi dorang datang lambat2, cek bil RM21 lebih RM1. bayar juga...! Jadi..PA suda bagi janji sokonglah kalau mungkir tukarlah apa susa gunakanlah undi untuk penentu! Buka minda! mukin tpt anda bagus tiada masalah spt PATI,kemudahan lain, tapi belum tentu bagus terutama dipedalaman

    ReplyDelete
  45. apa22 pun sokong PA ini kali...!

    ReplyDelete
  46. KEPADA SAHABATKU dikota2, dipedalaman2 dipinggir pantai2, dipulau2, digunung2 UNDILA PA apa pun parti2 di SABAH yg akan wujud SOKONGLAH! KECUALI BN..!

    ReplyDelete
  47. ayoh sabahan bangkit ..sampai bila bah mau tu macam ..yg kaya org atasan ..yg sengkek rakyat ...otak kena cerdik ..

    ReplyDelete
  48. Tahniah la kepada WB dan LU sebab jadi 'isu utama'. Memang kamu cari publisiti

    ReplyDelete
  49. Sorry to say, BN will win and remain as the govt.

    ReplyDelete
  50. Apa ada pada janji? Ianya belum tentu dikotakan dan mungkin juga digunakan untuk tarik undi saja.

    ReplyDelete
  51. Banyak platform politik baru ditubuhkan. Kenapa? Susah sangatkah mahu bersatu wahai pembangkang?

    ReplyDelete
  52. Sebab semua mahu sangat jadi Big Boss..hujung2 putih mata hilang deposit.

    ReplyDelete
  53. Lajim keluar sebab dia cita-cita besar mau jadi KM...mungkin dapat jadi km kalau pembangkang menang...mimpi kosong sahaja.

    ReplyDelete
  54. Lajim dan Bumburing mau publisiti murahan, sudah lama isu ini..rakyat pun jadi binggung.

    ReplyDelete
  55. BN tetap akan kukuh biarpun Lajim dan Bumburing keluar parti.

    ReplyDelete
  56. Pasti semua pembangkang di Sabah mengalu-alukan mereka.

    ReplyDelete
  57. Pasti calon2 yang dipilih BN dapat mengantikan mereka

    ReplyDelete
  58. sekarang semua patut fokus ke hadapan..banyak lagi pekara lain lebih penting.

    ReplyDelete
  59. pembangkang sampai sekarang masih lagi tercari formula bagaimana untuk mereka bekerjasama.

    ReplyDelete
  60. PAS, DAP dan PKR sedang menunggu sama ada Lajim dan Bumburing akan mengikuti parti Pembangkang yang mana?

    ReplyDelete
  61. Mereka berdua ini sudah keluar parti, tidak perlulah kita mempedulikan isu mereka. Baik tumpukan perhatian pada PRU-13. Bersedialah untuk menggerakkan jentera.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.