Haziq Kamaruddin nyata kecewa apabila tersingkir dalam acara memanah individu pusingan penyingkiran selepas berusaha memberi cabaran kepada lawan dari Kazakhstan, Denkis Gankin, semalam.
Pemanah berusia 19 tahun dari Johor itu tewas 6-4 dalam aksi di Lord Cricket Ground, sekali gus menamatkan cabarannya di Sukan Olimpik ini selepas gagal dalam acara Recurve Lelaki Berpasukan, Jumaat lalu.
Pengurus pasukan, Tan Sri Halil Mutalib berkata, kesilapan Haziq ialah dia terlalu ghairah dan cuba mencapai kemenangan dengan cepat dan gagal mengekalkan tempo serta memberi tumpuan pada set terakhir.
Wednesday, August 1, 2012
Olimpik 2012 : Haziq kecewa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.