Wednesday, August 1, 2012

Pakatan tubuh JK pilih tema Hari Kemerdekaan

Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif Women's Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR.

Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.

"Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik," katanya.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.

-HD

11 comments:
Write comments
  1. "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Tema ini paling cocok dengan hasrat semua rakyat menolak perkauman sempit, penjajahan minda, dan keterasingan. Semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu, sehati sejiwa, dan berjuang demi membentuk sebuah Malaysia Baru yang lebih berkebajikan. Dengan demikian, tiada lagi yang terasing dari arus kemajuan. Minda yang membenci rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa akan mendorong pemiliknya menjadi manusia yang progresif dan inovatif. Kebersamaan dalam segenap bidang akan memudahkan kita mencapai apa-apa jua yang dicita-citakan.

    ReplyDelete
  2. Takkanlah masing2 mau ada tema tersendiri??

    ReplyDelete
  3. seingat saya logo tu saja yang digugurkan dan bakal ditukar dengan yang baru.

    ReplyDelete
  4. Boleh buat sebanyak yang mungkin dan pilih mana yang sesuai.

    ReplyDelete
  5. Pastikan logo yang akan dibuat mengandungi maksud yang bersesuaian.

    ReplyDelete
  6. Apa ni? Ada dua versi hari kemerdekaan ka?

    ReplyDelete
  7. Rasanya kita ni belum merdeka sepenuhnya..

    ReplyDelete
  8. Kalau ada cadangan boleh la diusulkan

    ReplyDelete
  9. Pembangkang pun tidak mahu kalah keluarkan tema dan logo

    ReplyDelete
  10. Tema Hari Kemerdekaan pun perlu tubuhkan Jawatan Kuasa, Pakatan begitu terdesak sehingga boleh menggunakan apa saja isu untuk dipolitikkan?

    ReplyDelete
  11. Harap pihak pembangkang jangan sengaja nak membesar-besarkan isu ini. Logo dipolitikkan, Lagu dipolitikkan, kini tema juga dipolitikkan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.