Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya bahawa pendakwaan yang dihadapi Rafizi Ramli hari ini bertujuan untuk menghalang pengarah strategi parti itu daripada terus mendedahkan dakwaan skandal penyelewengan BN.
"Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.
"Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno dan BN," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar mendakwa, Rafizi mendapat ramai "seteru yang berkuasa" sejak membuat pendedahan mengenai projek NFC tahun lalu.
Golongan ini, kata Anwar, akan menggunakan apa sahaja untuk mendiamkan Rafizi.
Selangor tubuh tabung khas
"Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi perdana menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh," katanya yang mengecam keras tindakan ke atas Rafizi.
Kecaman sama turut disuarakan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali yang mendakwa Umno dan BN terdesak sehingga mengheret Rafizi ke mahkamah atas dakwaan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan itu kerana mendedahkan skandal NFC.
"PKR percaya Umno dan BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor turut menyatakan sokongan kepada Rafizi dengan menyatakan dana khas bagi membiaya kos guaman bekas ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor itu.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, langkah itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri untuk membanteras rasuah.
"Tindakan terhadap saudara Rafizi membuktikan bahawa komitmen kerajaan BN terhadap ketelusan dan pertanggungjawaban yang diuar-uarkan oleh perdana menteri ternyata hanya janji kosong," katanya.
-MK
di negara ini, LEBIH BAIK merompak RM1,000,000.00 drpd RM1.00!!!
ReplyDeletebukan mcm tu sdr pirit..tapi negara kita nih kalu nak 'mencuri' biar didalam BN,selamat. Malah siapa2 yg dedahkan pula akan ditangkap. Itu hakikat negara kita 1Malaysia. NFC nih isu trbaru. Banyak isu lama yg berlaku spt Perwaja, Tajuddin Ramli( Naluri Bhd) dgn RM586 juta,kenapa MAS rugi walau tambangnya mahal giler tapi AirAsia untong walau tambang bukan shj murah malah free.Itu sekadar 2-3 kes. Lepas tu hasil negara yg dcuri oleh UMNO spt hasil dr letrik,air,beras,bahan bakar(petrol). Bukankah semuanya telah disapu oleh umno? Letrik dgn TNB yg dikawal oleh IPP, air dsapu oleh sykt kroni ( contoh SYABAS ).Beras diberi kpd Tan Sri Syed Mokhtar (Bernas). Mana ada beras murah spt yg ada sebelum jatuh ke tgn beliau. Gula juga 3xstahun naik selepas dpt kpd Tan Sri ini. Minyak, bukan kah 2 kali setahun naik sebelum nih? Ia itu selepas naik bberapa kali sbelum tu.
ReplyDeleteSEMUANYA SELAMAT TAPI 1SYARAT..KENA MASUK UMNO/BN.
**Yassir Arafat
Selagi kamu berpolitik, walau kamu salah / tak tepati janji..tapi kamu tetap BETUL!! cz orang2 berpolitik sentiasa DIPUJA oleh PENYOKONG2nya.
ReplyDeletenegatif, mental block, tak bersyukur, khianat dgn majikan
*atas pagar
Dalam Politik macam2 boleh berlaku dan kebanyakkan yang terlibat dalam politik pasti akan di pandang serong oleh sesetengah orang.
ReplyDeleteJika semua ingin di politikkan apa lagi yang akan tingal selain dari politk.
ReplyDeletejanganlah mainkan politik kotor. dapat kuasa biar dengan cara yang bersih dan betul.
ReplyDeleteRafizi banyak buat pendedahan sebelum ni. sekarang tiba giliran untuk didakwa.
ReplyDeleteBerani kerana benar, takut kerana salah
ReplyDeleteMoga kebenaran mengatasi penipuan.
ReplyDeleteMemang itulah tujuan utamanya... mrk sudah mula spt cacing kepanasan... tapi percayalah seorang Rafizi tersekat, 10 Rafizi akan bangkit... rasuah dan salah guna kuasa akan terus terbongkar satu persatu menjelang PRU...
ReplyDeleteSPRM SEPATUTNYA MALU DENGAN KEJAYAAN RAFIZI...SPRM SAPATUTNYA DIBUBAR ATAU DITUKAR NAMANYA SEMULA...KALAU DH XCEKAP KATA AJA XCEKAP...KALAU XBERANI KATA AJA XBERANI@MEMIHAK...KALAU XPANDAI, BOLEH LE DICKP BODOH...SISTEM KEADILAN BELANTARA...TAHNIAH...
ReplyDeleteberani kerana benar, takut kerana salah! jadi beri sahaja kenyataan2 & berekod kepada SPRM! jika mcm xde tindakan jer, bising2 lah pada rakyat. baru tinggi nilai keadilan yg kamu bawa! utamakan kejujuran, ketelusan, kebenaran! jangan jadi mcm sedare PKR aku (ketua cabang) di selangor. kini, kontraktor bergelar jutawan yg sentiasa sapu mcm2 projek & jutawan! *dulu memperjuang anti penyelewengan, keadilan..rupanya keadilan tuh utk dirinya!! jgn berubah hipokrit iye, rafizi?
ReplyDeleteSPRM nih kalu dHong Kong dah lama kena 'tembak'.
ReplyDeletekerja polis - tangkap orang. kerja hakim - jatuh hukum. kerja sprm - siasat aduan. kerja 'aku' - kutuk orang! hehe hehehe
ReplyDeleteRafizi Ramli patut disiasat peranannya dalam isu isu skandal National Feedlot Cooporation.
ReplyDeleteTidak boleh membuktikan sama ada Rafizi Ramli terlibat ataupun tidak dalam isu NFC ini selagi belum membuat siasatan.
ReplyDeletepembangkang mula nak manipulasi penahanan Rafizi.
ReplyDeleteKalau sudah salah, salah la tu. Tiada perlu menafikan.
ReplyDeleteAnwar cuba nak cover Rafizi
ReplyDelete