Wednesday, August 1, 2012

Lagu Tema Merdeka Ditolak, Rais minta pandangan

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima

"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.

Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.

Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.

Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.

Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".

Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6. -mk

19 comments:
Write comments
  1. baru skrg minta pandangan? sepak/tumbuk dulu, tanya kemudian? dibilang PALUI, marah...

    ReplyDelete
  2. Kan ada yg kata Menteri paling bodoh seabad ini ialah Pak Rais ni ler.

    ReplyDelete
  3. Inilah jadinya kalau mempunyai menteri yang mempunyai mentaliti budak tadika!

    ReplyDelete
  4. Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  5. Malunya mempunyai menteri bodoh seperti ini!

    ReplyDelete
  6. Tak perlula minta pandangan, tak logik minta pandangan lagu tema dengan orang ramai. Tukar tema dulu kepada tema yang lebih matang (merdeka 55 tahun) dan lebih bersifat patriotik, baru cari penulis lirik dan penggubah lagu profesional untuk hasilkan lagu tema. Kesian pula tengok menteri ini.

    ReplyDelete
  7. sama.. hihihih...
    http://www.youtube.com/watch?v=aR8z3ROhC2Y

    ReplyDelete
  8. kalau begini next year, tema, logo mahupun lagu biarlah rakyat yang cetuskan. buat peraduanlah gtu..

    ReplyDelete
  9. Nampak ramai yang tidak suka berbading yang suka.

    ReplyDelete
  10. Lagu itu tidak sesuai kerana perjuangan kerajaan untuk rakyat tidak akan pernah berakhir dan memang ada sesetengah janji yang sudah ditepati tetapi masih ada juga yang belum di tepati, dan akan ada janji2 baru yang memerlukan perlaksanaan.

    ReplyDelete
  11. Lakarkan lagi lagu tema yang lebih menarik dan mengambarkan keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  12. ayo...yo.yoooo. apa macam ni slogam, macam main-main aje. ini kemerdekaan negara kita. harus buat yg terbaik, bukan cincai punya la... tu menteli tak ade skul ka.. ayoooo... malunya aku sebagai lakyat malaisia. aiya... ni macam ka? bikin panas hati ooo.. lu buat gitu ah, lakyat lagi tidak sokong lu ma...

    ReplyDelete
  13. Lebih baik buat pertandingan bagi peluang kepada rakyat untuk sampaikan erti kemerdekaan melalui ciptaan lagu, logo dan tema.

    ReplyDelete
  14. Diharap janganlah hari kemerdekaan pun mahu dipolitikkan.

    ReplyDelete
  15. Pak menteri,boleh ke saya sebagai rakyat biasa mencadangkan satu tema yg sangat sesuai untuk mengekalkan kemerdekaan dan tiada kaitan dengan politik. contohnya "1Malaysia Pemangkin perpaduan" saya rasa tema seperti ini boleh terima oleh rakyat jelata lebih lebih lagi suasana politik masa kini...

    ReplyDelete
  16. Lebih dibuat semula loga dan tema kemerdekaan

    ReplyDelete
  17. Mungkin boleh adakan pertandingan melukis logo dan mecipta tema merdeka tahun ni

    ReplyDelete
  18. Gunakahlah lagi tema tahun lepas pun ok juga, jika Lagu Janji Ditepati ini menimbulkan kontroversi.

    ReplyDelete
  19. Hari Merdeka dah semakin berhampiran, rasanya tidak sempat untuk mencipta lagi baru untuk tema tahun ini. Perlulah mencari strategi baru.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.