Wednesday, August 1, 2012

Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Olimpik 2012?

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu.

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.


Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum. -iamsharina

18 comments:
Write comments
  1. Sebenarnya yg aku tengok tiada 'penghinaan' pun. Itu gambaran kaum kristen trhadap nabi mereka. Tapi yg paling hebat hinaan ialah spt kata2 Tun M yg sebut Nabi SAW memang trpaksa simpan janggut sebab masa baginda tiada pisau cukur. Juga prkataan spt hukum Islam tidak sesuai dMsia kerana masyarakat kajmuk dan boleh timbulkan huru hara.

    ReplyDelete
  2. penulis sangat tidak bijak, mengkritik olimpik london 2012. tanpa usul periksa. penulis hanya mencari publisiti murahan sahaja.

    ReplyDelete
  3. ko ni arapat..Tun M pla yg ko libatkan..jd ko mo ckp dia kapir ka?hoii buduh!!! bagus lg tun M drpd NIKIY AJIS KO tu..memepergunakan ISLAM utk politik..undi PAS masuk syurga..aku mo tnya syurga tingkat berapa yg kamu masuk tu??????????????????? JAWABB LAAA!!! bukankah itu mempersendakan agama..apaaaaaaaaaaaaaaaaa????
    KO MAU CKP YG PAS memperjuangkan negara ISLAM ka??sorrii bus!! skrg dorang tukar suda perjuangan dorang slepas 50 tahun mau negera Islam rupa2nya teda dalam Al-Quran..ko nda sakit ati ka arapat??kena ksi main2 ikut suka kemahuan politik dorang jak...jd negara kebajikan lama suda BN perjuangkan..HUDUD pun teda dalam manifesto plihnraya P.R dan PAS..jd jgnla ko tambirang basar sana arapat..dlm buku jinggay lagila teda hukum Islam mau didaulatkan..pendek kata PAS diperkudakan oleh DAP dan PKR..Ada ko sedarr atau otak ko tumpul suda?

    ReplyDelete
  4. wa man LAM yahkum bima anzalallahu fa ula ikahumul kafiruun.
    ertinya.."Barangsiapa yg tidak brhukum dgn hukuman Tuhan sesunguhnya ia dr golongan kafir".
    Huraiannya ialah..pemerintah yg tidak laksanakan hukuman drp Tuhan ( spt amalan BN / UMNO )kerana melaksanakan Pelembagaan Lord Reid..sesungguhnya berada dlm golongan engkar kpd Tuhan ( kuffar).
    Masuk syurga adalah kerana rahmatNya dan bagaimana nak masuk syurga jika menolak hukum Tuhan dan sendakan islam melalui Nabi SAW. Parti mana yg senda hukum Tuhan dan parti mana yg mahu laksananya. Sama2 kita renungkan.
    Ramai kaum cina /india memahami islam setelah brkawan dgn PAS sama spt Nabi SAW lakukan kpd kaum kafir quraisy zaman baginda yg trtarik dgn keikhlasan Nabi dan keADILan islam.

    Jadi,sama2 kita tinggalkan BN/Umngok yg jelas menegakkan syariat yahudi/syaitan spt yg dilakukan oleh Mahathir dan Tok Jib..

    ReplyDelete
  5. Kan Tun M kata..yg bodoh masuk umno dan yg cerdik masuk PAS.
    TAKBIR..ALLAHU AKBAR

    ReplyDelete
  6. Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah
    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

    “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

    – Surah al-Nisa’ ayat 100

    ReplyDelete
  7. mentaliti org putih - seni n kreativiti tiada limit. knp perlu salahkan pemikiran dorg???

    ReplyDelete
  8. ini lagi satu anon palui mempergunakan ayat suci Al-Quran utk nafsu politik dorang..

    woiiiiiiiiiiii, ko ni ketinggalan kapal PR ka suda atau masih dlm buaian mimpi zaman purbakala PAS..Kan suda jelas lg terang dlm MANIFESTO P.R dn KITAB SUCI JINGGAY kamu tu..

    NEGARA ISLAM DAN HUDUD TIDAK ADA DALAM AGENDA P.R SEKIRANYA MEMERINTAH..ITULA REALITI KAMURANG NI,MAU KNA CKP BUDUH KAMU MENGAMUK TP BILA KENA TEGUR KAMU BUAT2 NDA TAU..NEGARA ISLAM SUDA DIGUGURKAN DR PERJUANGAN SKRG NI NEGARA BERKEBAJIKAN SUDA BAH BUSSS..

    Ko tinguk kmu punya KP tu c tontowi smpai terbelit2 lidah mau berhujah dgn c kapal sinki..lpas ni diamla tu sbb takut sama c kapal sinki bkn takut pd ALLAH tp takut sama org yg menentang hudud..itulaaaaaaaaaaaa kamurang ani..SBB MAU KUASA BOLEH AJAAA KAN???

    woii arapat!! Tun M Ckp mcm tu sbb mau sindir kamu bah itu..hihihih..kan dijanjikan syurga tp nda tau syurga apa..pastu negara islam kunun smpai mau mati sbb mau berjuang negara islam last2 lpas 50 TAHUN rupa2nya teda pla negara ISLAM dlm Kitab Suci Al-Quran Al-Kareem..yg ada kebajikan..jd sepa yg dperbodohkan???

    Subhanallah,Walhamdulillah wallahu Akbar!!

    ko p take beer la sbb pulau pinang ada beer terbesar di sana..hahahah

    ReplyDelete
  9. Terserahlah tanggapan masing2 tentang acara tu.

    ReplyDelete
  10. jangan kamu gaduh2....sana bah.... kesian aku tenguk kamu ni...
    mari kita sama belajar agama....untuk persedian mengadap allah...
    mudahan kita tergolong antara ory yg mendapat surga allah di akhirat nanti....amin....

    ReplyDelete
  11. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh mereka? mungkin ini hanya kebetulan sahaja.

    ReplyDelete
  12. Jika benar mereka menghina pasti akan ada balasan yang setimpalnya.

    ReplyDelete
  13. Jangan taksub sehingga salah tafsir. Jangan terlalu prejudis.

    ReplyDelete
  14. Nak dpt syurga Allah? Ada harapan ke barua2 umngok tu? Sian yer!

    ReplyDelete
  15. Kalau penerimaan positif, feedback pun positif.

    ReplyDelete
  16. Jangan cepat menghakimi, mana tahu silap tafsiran.

    ReplyDelete
  17. Lain orang, lain pandangan. Mungkin pihak British bukan bermaksud begitu. Cuma salah faham saja.

    ReplyDelete
  18. Cermin diri sendiri dulu baru tingu diri org lain lah...jangan telampau cepat menilai dan menghakami org lain...kalau kamu rasa kamu adalah orang yang sangat bersih, tersangat benar, tersangat betul dalam segala hal kehidupan ....haaaa....baru lah ngam utk bersuara apa-apa saja dalam diri orang lain yang selalu kamu fikirkan dan lihat tidak benar di mata kamu. Kamu akan dihormati oleh org lain.....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.