Wednesday, September 10, 2014

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dilancar serentak

Menepati ramalan syarikat pengeluar telefon pintar Apple akhirnya telah mengumumkan generasi baru iPhone 6 bersama iPhone 6 Plus yang mempunyai saiz skrin yang lebih lebar.



Menurut laporanTech Crunch, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus masing-masing mempunyai saiz skrin berukuran 4.7 inci dan 5.5 inci dan dilengkapi dengan paparan retina HD yang lebih baik dari keluaran sebelum ini.

Bagi mereka yang mementingkan fungsi kamera, iPhone terbaru ini masih mengekalkan 8 megapiksel dan dilengkapi dengan pengstabilan imej bagi mengekalkan mutu foto yang diambil ketika bergegar.

Selain itu, Apple mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi syarikat telefon pintar pertama yang melancarkan sistem pembayaran NFC dengan hanya menggunakan fungsi butang Touch ID.

Kini aktiviti jual beli menjadi semakin cepat dan mudah dan di antara syarikat gergasi yang menyediakan fungsi pembayaran jenis ini adalah seperti McDonald's dan Disney.

Harga iPhone 6 yang dijual di Amerika Syarikat dengan kontrak dua tahun bersama syarikat telekomunikasi terpilih bermula dengan harga AS$199 (RM635) untuk versi 16GB, manakala iPhone 6 Plus pula boleh didapati dengan harga AS$299 (RM954).

Mengikut laman sesawang Apple, iPhone 6 tanpa ikatan kontrak bermula dengan harga AS$649 (RM2,074). Harga iPhone 6 serta tarikh pelancaran di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini.

Jam pintar yang dikenali sebagai iWatch turut dilancarkan serentak dan bakal dipasarkan bermula tahun hadapan dengan harga $AS349 (RM1,114).

Pastinya ramai peminat iPhone tidak sabar menantikan pelancarannya telefon pintar ini di Malaysia, sama-sama kita nantikannya tidak lama lagi!

-yahoo entertainment
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dilancar serentak "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx